CORETAN TERBARU NADH

Part 1: Kasih benarkah itu?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Deeya melajukan langkah. Hatinya bagai tak keruan/ Seolah ada perkara buruk berlaku. Lantas tangan dlambai-lambai menandakan dia menanti teksi. Namun tiada satu pun yang sanggup berhenti melihatnya kehujanan. Hujan membuatkan Deeya kesejukan. Baju kurung kapas miliknya kuyup. Dia hanya mampu menahan kesejukan sehingga menggigil.

Rasa hiba bertandang. Dia ligat memikirkan ibunya di rumah. Risau kerana sudah terlalu lewat. Dia masih belum pulang jua. Hari makin gelap. Azan maghrib berkumandang menandakan waktu telah masuk. Deeya kesal. Hanya stesen bas usang yang mampu menjadi tempat perlindungan ketika ini. Sedari tadi dia cuba menahan sebarang pengangkutan. Namun gagal. Jauh dia berjalan untuk sampai ke sini. Kelas memandu di Cheras adalah paling hampir dengannya. Mujurlah wang simpanan cukup untuk biayainya. 

"Bilalah hujan akan berhenti," keluh Deeya sendiri.
"Cik, berdoalah agar hujan akan berhenti. Sudah senja ni," suara lelaki datang dari mana Deeya tak tahu. Berpaling dia laju. Dadanya berombak. Ketakutan jelas kelihatan di raut wajahnya. Lelaki itu hanya tersenyum.
"Jangan takut, saya bukan hantu." Gelak kecil. Namun, Deeya tetap menjauhkan dirinya dari lelaki itu. Berjanggut. 'Bagus, sunnah Nabi.' Deeya komen di dalam hati.
"Cik ada masalah? Kenapa takut?" Lelaki itu bagai memahami tingkah Deeya.
Pantas kepala Deeya menggeleng. Lelaki itu senyum lagi. Entah mengapa setiap kali lelaki itu senyum Deeya rasa sesuatu. Tapi dia tak pasti. Lelaki itu bagaikan sinar. Tapi ada sesuatu yang aneh tentang lelaki ini. Deeya berfikir sejenak.
"Awak jangan pelik. Saya naik kereta. Tapi hujab lebat sangat. Saya ada masalah mata. Jadi tak boleh memandu dalam hujan," seperti biasa lelaki itu senyum. Hati mana tak cair dengan senyuman manis. Bahkan Deeya pernah dengar bahawa lelaki paling kedekut senyuman dan air mata. Tapi entah betul entah tidak. Bukankah senyum itu satu sedekah.
"Cik nak pergi mana?" Tanya lelaki itu setelah Deeya tak melayannya tadi.
"Balik rumah," Dia sebenarnya takut diapa-apakan. Doanya tak berhenti. Takut masih menyelubungi. Lelaki itu melangkah ke arahnya. Semakin dekat. Deeya mula takut dan...

BERSAMBUNG=)
Siapa-siapa ada idea jom sambung cerita ini.
 Post by,
Miss Ran 

3 comments:

Hanieqha said...

will sambungkn cerita ni.. hehe

CARA2 MELAJUKAN BROADBAND ANDA YANG DAH HABIS LIMIT ATAUPON YANG LEMBAP

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

alaa..maera tak pandai wat cite laa..

Yang Comel,
Khumaera Ismail

Miss Ran said...

@hanieqa nak smbgkan bole jugak

@maera hek2..ala try je

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers