ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Definisi bahagia bagi aku, kesenangan jasmani dan rohani serta kehidupan yang penuh dengan rasa gembira. Mari sama-sama kita tanya siapa diri anda dan adakah anda bahagia?. “Aku seorang kaya, adakah aku bahagia?” , “Aku adalah orang kenamaan, adakah aku bahagia?”, “aku adalah manusia yang menjalani kehidupan biasa, adakah aku bahagia?”
Tidak semua orang mengecapi nikmat kebahagiaan dalam hidup. Ada yang hanya mampu melihat kebahagiaan itu tanpa tahu bagaimana rasanya bahagia. Rasa bahagia tidak akan dapat kita beli dengan wang ringgit, emas permata mahupun harta yang menggunung. Ianya adalah perasaan yang hadir dalam diri kita sepanjang mengharungi kehidupan ini. Suka untuk saya berkongsi nasihat dari guru saya, katanya bahagiakan diri anda dahulu sebelum anda bahagiakan orang-orang di sisi anda. Susah ke nak bahagia? Tak susah cuma kita perlu :
Redha : redha dengan keadaan diri anda, dimana anda berada, siapa anda, bagaimana kehidupan anda, terimalah dengan hati yang terbuka. Ikhlas dalam setiap perkara. Adakah anda tidak bahagia sekiranya anda seorang yang miskin?, jadi jika anda kaya, anda pasti anda bahagia?, adakah anda tidak bahagia bila terasa serba kekurangan?, tapi adakah anda bahagia menjadi manusia sempurna?. Redhalah. Setiap kejadian itu sudah ditentukan hikmah disebaliknya.
Syukur : Kenapa Allah menarik kembali nikmat yang diberikan pada hamba Nya?. Jawapannya kerana hambaNya tidak bersyukur dengan pemberian. Sentiasa berkeluh kesah, sentiasa inginkan sesuatu yang tidak menjadi miliknya. Kawan-kawan, sebutlah Alhamdulillah diatas setiap perkara yang terjadi pada anda. Itu tandanya anda bersyukur padaNya. Kurniaan yang paling besar yang harus kita syukuri adalah nikmat kehidupan. Alhamdulillah hari ini Allah masih beri peluang kita melihat, mendengar, bercakap, berjalan, membaca, dan melakukan apa sahaja yang kita suka. Bukankah kurniaan itu sudah terlalu besar dan kenapa perlu kita meminta lebih lagi?. Ucapkanlah Alhamdulillah. Aku bersyukur dengan anugerahMu wahai Tuhanku.
Keazaman : berazamlah bahawa kita ingin menjadi manusia yang paling bahagia dimuka bumi Allah ini. Hidup ini adalah pilihan. Buruk atau baik sesuatu pilihan itu terletak pada diri kita sendiri. Adakah bahagia itu datang sendiri?. Tidak selagi kita tidak mencarinya. Bahagia itu adalah pilihan. Terpulang pada anda untuk memilihnya. Jika sekarang anda tidak bahagia, letakkan azam di dalam hati anda, aku ingin bahagia. Dan berusahalah mencari. Insyaallah, anda akan temuinya.
Akhir kalam, kehidupan ini sentiasa berjalan samada anda bahagia ataupun tidak. Mengapa bazirkan masa anda dengan rasa tidak bahagia. Bahagiakanlah diri anda dan kongsikan rasa bahagia dengan orang-orang disekeliling anda. Ingat ! bukan mudah untuk mendapatkan bahagia, jadi jangan terlalu mudah untuk melepaskannya. Sekian.
Ps: Bahagiakah dia kini?
11 comments:
syabas.....hahahaha
kalo ko leh wat sume tu..kompom hati senang
sy ade buku lah tahzan..buat pneman masa dulu2...huhuhu terasa sentiasa bersyukur baca post ni :)
ehmmm..
erkk..ni yu ke sape yang tulis ni??
insya'Allah bahagia selamanya...
ni penulis kedua ke yg tulis?
manusia selalunye tak penah cukup. kalo ade harta segunung pun tak puas lg. sbb nafsu pun makin besar
mudah2an....bahagia milik kita semua
baru di timpa musibah yang amat menyayat hati ku ... amat amat sedih bagi diri seorang ibu .... buku La Tahzan baru ku beli ... tiap kali ku baca baris baris ayatnya pasti aku menanggis ...
setuju. ;) kalau kita sedar diri apa yang kita mahukan hanyalah redha ALLAH, semestinya bahagia akan datang kepada kita. ;)
as salam..
alhamdulillah..setuju ;)
tapi,pakcik nak tambah sikitlah.(khusus merujuk kepada perenggan akhir)membahagiakan diri sendiri, bukan semudah yang disangka.berkongsi kebahagian dengan orang-orang disekeliling, antara jalan mudah mendapat kemurkaan-Nya.kenapa? teruskan membaca..
perjalanan menempuh kebahagian dalam redha-Nya, seperti kita yang masih hidup ni sedang menempuh mithaq dan sa'ada. kenapa pakcik kata begitu?
seperti berblog..kita mungkin melihat persepsi kebahagian dengan berhubung rapat(ukhwah) sesama blogger tu adalah lebih dari segala-galanya.tidak terkecuali, ilmu-Nya. tapi mungkin kita tidak sedar, dalam kita cuba mengecapinya, keburukan juga sentiasa menyelubungi diri..contohnya..
kuat berblog..sampaikan dalam sehari mampu menaip lebih dari 1 entri. dalam sehari mampu blogwalking berbelas-belas blog..atas alasan ukhwah.
jika direnungkan, adakah setiap yang kita lakukan itu betul2 memberi faedah kepada diri sendiri dan orang lain disisi-Nya? maksudnya faedah itu,dari segi input dan output..
apakah erti bahagia yang kita lihat sesama manusia ini tak kira dalam medium blog, pergaulan atau apa saja ini adalah mulia disisi-Nya?
dan mungkin juga kita tidak sedar..dalam kita mengisi ruang-ruang kebaikan dalam ukhwah itu demi kebahagiaan, kita turut menyelitkan unsur dan perkara yang tidak disukai oleh Allah..seperti..
lihatlah..ketika kita sedang update entri disaat azan hampir/sedang berkumandang.dan blogger nampak update entri tersebut..dia memilih untuk reply entri tersebut dahulu (mungkin beranggapan hanya nak komen pendek), dan meninggalkan seketika keutamaan solat..punca perbuatan tersebut dari mana??
kita lihat ia sebagai bahagia kerana ia input yang berguna buat pembaca..tapi sebenarnya ia belaku pada saat dan ketika yang salah..
dan yang lainnya..kita mengajak lebih ramai rakan2 untuk berborak dan bergembira sesama sendiri dengan perbualan dan perbincangan. tetapi pada masa yang sama, adakah kita tanya diri kita, apa yang telah kita lakukan saat berborak itu telah kita isikan dengan perkara2 yang mulia disisi-Nya?
sekali kita mencari kebahagiaan, entah berapa banyak kali syaitan laknatullah akan mencelah untuk menyelitkan maksiat dalam masa..
jangan kita hanyut dalam ukhwah semata-mata ingin mengecapai rasa bahagia itu..syaitan itu sentiasa mencari ruang yang mungkin tidak terduga dek akal..melainkan kita sedar dimana silap dan risikonya..
wallahua'lam..
fahami konsep sebenar bahagia, insya'Allah kita akan selamat berada dalam garis sempadannya =)
peringatan buat diri sendiri juga. huhu..
alhamdulillah =]
kita selalu mn cri permata tetapi tak menyedari si kaca yang menlindungi diri..
Post a Comment