CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Semalam yang dingin

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku sendirian di sini mencari ketenangan


Petang itu aku berjalan di persisiran pantai seorang diri. Kenapa? Mungkin aku bosan. Bosan dengan semua masalah yang menyerabutkan kepala aku. Jadi haruslah aku mencari ketenangan. Tadi aku main keluar tanpa beritahu mak. Mungkin mereka sedang cari aku. Ah pedulikan. 

Semua benda mereka tentukan. Kadang-kadang aku rasa macam anak kecil. I'm 23 years old now. Tapi mereka takkan pernah faham isi hati aku. Aku bukan suka memberontak. Kalau aku berani seperti kakakku sudah tentu aku akan bahagia sekarang. Aku tak puas hati kenapa family orang lain tak peduli sangat bahkan yang tak peduli langsung pun ada. Aku rimas. Dikongkong. Disoal macam polis pencen tak ada kerja. Entah! 

Aku  ingin sekali mahu  ikut jejak kakak aku yang dah bahagia dengan pilihan hatinya. Namun aku tak kuat. Malah siapa yang mahu membawa aku lari dari realiti yang menyedihkan? Belum juga ku temui lelaki seperti itu. Kusut!

“Abang Faizal.” Tanpa sedari nama itu terkeluar dari bibir nipisku. Dialah yang membahagiakan kakak aku ketika ini.  Sudah lama tak bertemu mereka. Last call, dah berbulan-bulan lamanya. Khabar kakak aku, Maria sedang mengandung. Aku terlalu sibuk dengan tugasan di universiti hingga terlupa yang aku ada kakak.  

Mungkin dia telah jauh dibuang keluarga. Ya, siapa nak anaknya kahwin lari. Mak ayah aku dah terus halau dan tak mengaku anak. Kakak aku yang sangat berani. Tinggalkan harta, keluarga kerana cinta. Ringtone lagu L.O.V.E milikku berbunyi.

‘Ah pasti mak yang telefon,’
Angin menderu menampar-nampar mukaku. Seolah menyuruh aku mengangkat telefonku yang sedang terjerit-jerit. Aku bingit. Dan aku putuskan untuk membiarkan saja. Aku ingin menikmati saja lagu itu. Lagu lama namun rohnya seakan baru. Roh sentiasa segar. Membuatkan fikiranku melayang-layang mencari di balik makna lagu itu sendiri.

Xxxxx

Muka si ayah ketat. Mereka sedang menunggu kepulangan aku. Aku mengambil tempat dan memandang semua. Ayah mendengus. Emak pula menikus saja. Aku tahu salah aku. Namun, aku perlu ruang sendiri. Untuk merasakan bebas seketika dari kongkongan dalam sangkar emas. Kadang kala aku terasa seperti burung yang terperangkap cuma di dalam sangkar. Ingin saja aku katakan kepada mereka aku ingin bebas. Namun, kudratku tiada.

Seronok keluar? Jantan mana pulak angkut kau?” Berdesing telingaku dengan tohmahan itu. Ayah terlalu berfikiran negatif. Semua gara-gara kakakku yang melarikan diri. Yang jadi mangsanya aku. Namun aku tak pernah salahkan kakak kerana aku sentiasa bersyukur kerana salah seorang dari kami berjaya lari dari cengkaman biarpun aku yang tertinggal di sini. Sangkar kononnya emas, namun menyakitkan dalam segala segi. Perih. Letih duduk di rumah sendiri.
“Aku tanya jawablah!” Tangan ayah sudah dihayunkan. Pap! Terasa sakitnya. Pedih pipiku seketika. Darah pekat mengalir di hujung bibir. Senyuman sinis aku hadiahkan. Itu kasih seorang ayah?
“Kau senyum? Kau ni memang tak guna!” Tamparan kali kedua mengenai wajahku lagi. Air mata pantas ku seka. Ibu cuma membatu di situ. Aku puas dengan sikap ayahku. Inilah ayah aku yang tak pernah faham apa ertinya kasih sayang. Yang dia tahu taburkan duit dan kami kena menurut perintah. Kalau tidak papa kedana. Ugutannya sentiasa menghantui aku. Hingga kini aku tetap takut untuk keluar dari cengkaman. Tiada keberanian langsung untuk keluar.
“Kau memang anak tak guna. Kau nak jadi macam perempuan sial tu ke?” Ayah menengking.
“Ya, kalau boleh yah. Kalau boleh Mal nak jadi macam Kak Maria,” Aku luahkan juga. Ayah menyinga kembali. Entah apa yang ayah katakan aku lupa. Yang aku tahu sakit perit diterajang bapa sendiri. Itu normal. Yang lebih menyedihkan mak hanya mampu melihat dengan tangisan. Aku benci itu!

Xxxxx

Kisah lalu memang menyakitkan untuk diingati. Walau ia berlalu meninggalkan aku. Kesannya tetap ada. Aku dipaksa kahwin. Pilihan keluarga. Ya, memang mereka tak mahu lagi menjaga aku. Kata ayah, aku ibarat sundal. Lebih baik dia lepaskan aku. Biar suami aku ajar aku jadi perempuan. Bukan betina. Itu katanya. Takdir Allah bukanlah sebaik mereka rancang. Aku juga tak berniat menjadi anak derhaka. Jika itu pilihannya, aku terpaksa demi bebas dari seksaan fizikal dan mental sejak kecil lagi.

“Hai menung apa lagi tu?” Suami aku menyapa dari belakang. Di tangannya penuh beg. Kami mahu bercuti. Erti kata lainnya pergi berbulan madu.
“Tak ada apa. Tiba-tiba teringat cerita dulu,” Suamiku Qhalif senyum memandang aku. Dia tahu apa yang aku fikirkan. Aku tahu dia sangat memahami. Allah turunkan ujian besar buat aku. Dialah lelaki yang menjadi tunggak utama cerita aku jika ceritaku ialah novel. Dialah penyelamat aku. Aku hargai segala yang dia lakukan untuk aku.
“Dah sayang. Kita lambat pulak nanti,” Ujarnya. Bahu aku terasa disentuh. Pantas saja aku menghadiahkan senyuman manis buatnya. Aku mendongak sedikit merenung wajahnya.
“Abang, sebenarnya kita tak pergi pun tak apa. Susahkan je nak kena jalan jauh macam ni,” Aku mulakan bicara. Bukan apa, kedah jauh. Jauh dari tempat kami. Muar, Johor. Selatan ke Utara pula.
“Hish ada pulak kata macam tu Lia. Dengar sini, kita kena pergi. Inikan honeymoon kita,” Sengihan nakal buat aku tersipu. Sempat lagi menyakatku.
“Tapi jauh. Kita boleh pergi yang dekat je kan?” Aku cuba memujuk. Bukan apa, aku benar-benar pelik kenapa sampai ke Kedah suaminya ajak. Bukan ke Pulau Langkawi masalahnya.
“Kenapa kedah? Lia okey je dekat-dekat sini je,” Soalku lagi. Qhalif tersenyum. Senyumannya memang menawan. 
Banglo umpama sangkar emas bagiku
Masih aku ingati, senyuman inilah membuatkan aku selamat dari si suami durjana. Aku dipaksa kahwin dengan lelaki tak guna. Anak orang kaya. Tapi papanya saja yang kaya. Bukan dia. Aku terseksa di banglo mewah itu. Lelaki bergelar suami meneguk air syaitan. Keluar masuk dengan perempuan liar sesuka hati. Aku tak mampu bertahan lagi.

Pada masa tu aku mula terasa ingin membunuh diri agar segala penderitaan lenyap dari sisi. Inilah nasib aku. Selamat dari mulut harimau, terus dingap buaya. Tragis bukan kisah hidup aku? Tapi berkat semangat dan senyuman yang Qhalif lemparkan aku terpanggil untuk memulakan hidup kembali. Suami tak guna telah pun aku tinggalkan dengan meminta fasakh. Qhalif uruskan semua. Aku sangat berterima kasih kepadanya.

 Xxxxx
Aku dan Qhalif sampai juga ke sini
“Malia, abang tahu tempat ni sangat bermakna buat Lia. Sebab tu abang cuba juga dapatkan cuti. Dan inilah tempat berbulan madu kita. Arwah atuk Lia mesti seronok kat atas sana,” Qhalif senyum. Aku tahu dia bangga dapat membahagiakan isterinya walau sedikit cuma. Aku tahu niatnya. Yang penting aku benar-benar terharu. Lengannya aku paut. Kepala dilentokkan. Sawah padi terbentang indah. Rumah tinggalan atuk masih utuh di tengah. Betapa rindunya aku dengan kasih sayang. Hanya atuk yang memberi aku makna kasih sayang sepanjang aku meningkat usia.

“Abang terima kasih,” Aku senyum. Air mata mengalir tanpa aku paksa.
“Hei, kenapa sayang ni?” Qhalif pantas menyapu air mataku. Aku senyum nipis. Bahagia dan terharu. Akhirnya, semalam yang mendinginkan diri telah lari jauh dariku. Yang ada hanyalah kehangatan kasih sayang seorang suami. Aku bersyukur itu.
“Abang tahulah abang ni baik, romantik, manis macam gula-gula. Tapi janganlah buat abang bangga,” Qhalif ketawa. Aku menyiku laju. Tak habis-habis dengan perasan.
“Abang mana ada manis. Tengok semut tak ada pun dekat dengan abang?” Aku pula cuba menyakatnya.
“Eh apa pulak tak ada semut Lia sayang. Ini sebelah abang ni. Semut besar punya,” Suamiku buat dengan gaya sekali. Menunjukkan betapa besarnya ‘semut’ itu. Aku menjegilkan mata. Akhirnya, aku yang terkena semula.
“Ala sayang. Awakkan semut abang. Di mana ada gula di situ ada semut. Di mana ada Abdul Qhalif yang gagah perkasa di situlah ada si manja yang comel, Auni Malia,” Aku ketawa senang. Dia juga. Suka sangat perasan dan suka sangat memuji aku. Tapi aku suka akan pujian itu. Makin bertambah sayangku padanya. Hangatnya cinta kami telah berjaya mencairkan dinginnya kasih ayah dan mak aku satu tika dulu. Mana mereka? Aku pun tak tahu. Sejak mereka humbankan aku dalam neraka dunia, aku telah lama putus hubungan dengan dia. Kakakku, Maria juga.

“Lia…” Qhalif memanggilku.
“Iya abang,” Aku memandangnya di sebelahku. Dia sengih. Pasti ada yang dia fikirkan.
“Apa dia?” Aku mula tak sabar.
“Sayang abang tak?” Aku termalu sendiri. Aku angguk perlahan. Dia memasamkan mukanya.
“Jawablah dengan suara yang merdu. Sayang abang tak?” Aku sengih. Lalu menyebut tiga kata. I LOVE YOU!
“Kalau sayang, lepaskanlah tangan abang. Kesian abang tak boleh nak bergerak ambil barang kita. Berapa lama lagi kita nak jadi pak pacak kat sini sayangku Lia?” Aku mendengus perlahan. Terkena lagi. Pantas tangannya aku lepaskan. Dia berlari ke kereta. Aku mengejar suamiku laju. Seperti mana aku mengejar kehangatan cinta dalam hidupku. Kejarlah cintamu sebelum terlambat.

Nota Iffah: 
1. Tamat sudah. Ini cerita lama diberi nafas baru dan tajuk baru. Mula-mula memang lama aku tulis. Sampai ringtone tu je. Sejak umur 21 aku tulis. Cubaan membuat cerita yang penuh ranjau berduri tapi macam tak layak lagi je jadi novelis macam Naniey TJ tu kan? Haha. 
2. Korang apa komen karya kali ni? Ada peningkatan ke sebaliknya?
3. Perasan tak aku guna gambar? Ala-ala Reenapple bukan? Yang penting Mimie mesti tengah jeles baca cerpen aku. 
4. Bila lagi korang semua yang membaca blog aku dan Warnakaseh nak join Pesta Cerpen? 31 Mei 2012 makin dekat. Cepat hantar karya di sini.

14 comments:

fRaMe+LenSeS said...

amboih ending dia. nak kejar2 jugak la camni. :P

EZAD AMIR said...

Oh sweet nyehh ending...
Nk agi nk agi...nk agi cerpen cmni!!
Ngeh3...
(^_^')
pnjam tajuk jap,
nk wt cerpen jugak la...
''semalam yg hangat''

Naniey TJ said...

ceh...dan2 je keluar nme aq.... sy xlah sehebat mane... awk blogger HOT.... saya pe de.... iskiskisk... kte kn sme2 msih bljr menulis...:P . hukhukhuk...

well.... cm slalu sy komen... sy suka sbb da keseimbngn dialog dan penerangan... ayt pon da pnjg n puitis... good job.... one day, jom la bt novel....

fRaMe+LenSeS said...

Naniey : Iffah bleh. iffah bleh. nadh sebagai jirangg support ja la. ehehhe

Anonymous said...

ayat nak manis je dia ni..mencik~

w.s.c

Nong Andy said...

aku terpaksa bersabar dengan berukbandku.. aku teruja sekali nak baca . bila habis baca.. susah pula nak komen. hais.. hanggin betul aku jadinya hehe..

okeh komen aku?

citer ni memang 'pedih' tapi juga sweet.. ala tu kan signature die.. hehehe..

tang semut-semut besar tu muhahahaha.. sweet gila. paling sweet ialah Abd Qalif yang gagah perkasa muahahaha.. tergelak sendiri di buatnya.

citer ni sepatutnya jadi novel. sebab byk sgt yg di 'short'kan bila ia jadi cerpen..

*Iffah.. aku memang jeles, tahap dewa ni jelesnya hehehe.. lagi satu. aku nak DUSH..DUSH..Dush BapaK si Malia tu.

Azura Mendezz said...

Simple & catchy..best! =)

kiera'sakura said...

auwwwwwwww lepas diuji pasti Allah hadirkan kemanisan kan.. akak suka.. baca smbil senyum2..hihihihihi

CikUna said...

wewit.. sweetnye dia.. finally bahagia juge.. ermm. nak berangan kejap.. dush2..

Sunah Sakura said...

gaya bahasa lebih lembut dan mendayu..ade ketegasan dalam kelembutan..kehkehkeh..

nice gaya bahasa yang ni..thumbs up!

reenapple said...

aku speechless membacanya.. =)


realiti kehidupan bukan?? heheheh. Akusuka ini.. dan seperti biasa, kau buat ending sweet.. hehhe. Dan aku perasan cara kau karang nampak lain. berbeza dari sebelum ini.. nice.. =)

Bidadari Syurga said...

aduh... kali ini cepren kamu lebih matang dan sedikit terguris. mujur endingnya bagus... aku gembira walaupun hanya dalam cerpen ending dia bagus....

ps: dah boleh jadi novelis ni... ganti norhayati berahim...

Cik Pulau said...

fuhh..
ingatkan suami pilihan keluarga tu yg best..
rupanya tak..
haihh..
ehmmm.. cerita ni nampak matang sikit.. hiii~

syakey said...

ni kalau di detailkan lagi mesti best! lagi lagi kalau part mcm mana qhalif slamatkan malia.

menarik,jalan cta yg menarik ^^

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers