CORETAN TERBARU NADH

Review Awak Suka Saya Tak?


Setelah lama aku beli baru dapat aku habiskan pagi tadi. Tebal okey. Bukan apa, bila nak baca novel kena ada mood dulu. Mula aku baca minggu lepas tapi mood ke lain. Jadi semalam baru mula serius baca.

Permulaan cerita agak lambat. Maksud aku tak menarik minat untuk baca seterusnya. Mungkin pasal mood aku kot. Lepas bab seterusnya dan lagi dan lagi. Terus melekat. Semalam tertidur dengan buku sekali.

Punyalah semangat nak habiskan. Yang penting ceritanya memang best. Aku suka. Tersenyum, ketawa, muhasabah dan buat aku berfikir. Memang unsur islamik sungguh. Aku lebih suka Damien dari Hilman. Heh korang kena baca sendiri. Meh aku buat sinopsis sedikit.

Hilman suka Intan sejak muda lagi. Dia chinesse yang masuk Islam sejak 21 tahun. Tapi ilmu agama dia lebih dari Intan. Pertemuan semula membimbing Intan menjadi lebih baik. Diorang berpisah selama dua tahun atas sebab tertentu. Kembalinya Hilman buat Intan makin suka. Lepas tu ada insiden berlaku dan muncul Damien. Lepas tu Intan dengan Damien ke Hilman?

Kenalah baca sendiri. Puas aku membacanya. Aku bagi 4 bintang. Yeah minat gila pada Damien. Maaf Hilman! Haha apalagi dapatkan buku ni segera. Tak sia-sia baca. Lawak, islamik, kekeluargaan, percintaan, persahabatan dan perkahwinan dua budaya berlainan. Sangat menarik!

Ps: Dia tak baca kot.
Published with Blogger-droid v1.7.4

11 comments:

Elly Jade said...

kak long bce yg enovel..
yg novel br amik td kt pos opis sbb masa pos laju dtg hr 2,xde org kt rmh.hehehe

seb baek kak ngah x cite semua.hahahaha

Eliza Sulaiman said...

wow! hahaahaha !!!

kene beli nie !

Dianz Ipoh said...

wah suka baca novel yea :)
saya xsuka .. hehehee
eyh awak kena tagged la http://2octobersecret.blogspot.com/2011/11/aku-ditagged-oleh-si-gadis-manis.html.. jom jawab soklan ..

Anonymous said...

Ada versi English tak? Kalau ada, nak beli. :D

Nong Andy said...

Macam mana nak dapat? carik kat mana ye iffah? teringin nak tengelam dlm dunia lain(dunia novel pula) kena order kan..

Lea Isnawi said...

dh lama x bace novel

aamalinaazman said...

hohohohoho
opah masih gigih mncri buku ni taw!
hehe

Cik Pulau said...

yuuuuu....
ai msukkan novel ni dalam list ai tuk beli...
hahahha..
macam pernah dgr je pasal tajuk ni..
tapi tak ingat kat mana..huhuhu

fRaMe+LenSeS said...

cam besh ja. nak pjm???

aDisH.sHidA said...

dah habis baca hehehe

Asyikin said...

okay, count it in ! :) dah masuk list dah

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers