CORETAN TERBARU NADH

Wanita dan tudung!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Hah korang fikir apa bila tengok title tu? Isu hangat? Nak naikkan trafik? Tajuk je gempak tapi isi? Macam-macamkan? Kita manusia yang berbeza. Sebab itulah macam-macam persoalan akan timbul di benak korang. Okey, aku akan leraikan satu per satu ok. Macam nak kupas bawang. Kupas luar baru dalam ok. Oh ini bukan entry masak-masak. Serius!

Wanita??? Itu aku. Tapi kenapa? Tiba-tiba aku teringat kisah pagi aku tadi. Mandi-manda di swimming pool salah sebuah hotel di Melaka. Tak payah lah bagitau korang spesifik. Kang habis aku diekori. Payah! Macam popular sangat. Tak popular ni pun ramai nak ekori tau. Kata wanita. Hehe comel ke tak itu lain kira kalau nafsu kalah binatang! Aku suka lari topik. Intro lebih-lebih.

Tudung? Hijab? Shawl? Segala bagai fesyen tudung yang ada. Aku nak kongsi rasa dengan korang kalau orang nak lah. Aku pergi mandi manda bertudung. Aku tahu ramai orang pakai tudung kat dunia ni. Kawan-kawan aku ramai bertudung. Tapi rata-rata bila aku tanya mandi pakai tudung ke tak? JAWAPAN...Korang rasa apa? Dah malas bagi korang berteka-teki. Jawapannya TAK. Why? Kenapa jadi begitu? Kita ni kehulur ke hilir pakai tudung. Terjun sungai tanggal. Terjun laut free hair. Terjun bathtub pakai tudung tu gila oke!

Kenapa jadi macam ni? Apa konsep yang diorang nak tunjukkan? Aku akui aku tudung tak labuh. Bershawlie bagai lagi. Tapi aku tetap dengan prinsip aku pakai tudung ke mana jua bila ada bukan mahram! Sebab? Allah lah. Bukan sebab mak. Kalau tak lama dah aku free hair kat perantauan ni. Pergi genting tanggal tudung? Tak! Pergi Desa Waterpark tanggal tudung? Tak! Abang ipar ada kat rumah? Pakai! Sepupu lelaki datang? Pakai! Tu belum kira Pakcik saudara bukan saudara ayah atau ibu. Belum pakcik baiki rumah.

Jadi bagi yang tak pakai tudung kat rumah kenapa? Aku teringin nak tanya tapi aku takut. Kang kata macamlah kau baik sangat! Macamlah kubur aku kai jaga. Macam ustazah. Blah blah blah. Aku tahu. Mereka ada konsep menutup aurat sendiri kot. Jangan marah aku ye. Jangan nak kata aku. Aku bukan mengaibkan korang. Ada aku taip nama? Tak kan. Jadi you can sue me now! Tunggu akhirat nanti senang cerita. Aku tahu aku tak baik mana. Siapa nak mengaku diri baik?

Berani buat tanggunglah akibat. Aku bukan nak bermegah. Aku tahu ramai maki aku. Teruskan! Aku terfikir orang pakai tudung ni bukan baik sangat. Macam aku juga. Yelah pakai tudung, lengan pendek dan terjun pakai legging. Wow nampak segala. Tapi kenapa pakai tudung kak? Kenapa bertudung kalau nak seksi? Yang lelaki lagi suka tengok tu. Dah lumrah. Jangan kata aku salah. Hakikat kan? 

Tapi  ramai akan kata aku tak pakai tudung bila mandi dengan keluarga. Bila tak ramai lelaki. Bila nak mandi sebab rimas. Bila nak mandi tak ada tudung spare. Guess what? Aku tak ada tshirt lengan panjang aku pergi pinjam kakak aku. Aku tak ada tudung spare. Aku mandi tetap bertudung. Dan tudung basah tu da lembab-lembab da aku pakai juga. Sebab nak tutup diri kita tak ada alasan. Tiada alasan kukuh untuk menidakkan arahan ALLAH S.W.T. Hidayah? Bila? Time dah nazak ke datang???? Okey aku stop! Ramai panas malam ni. TERMASUK AKU! Ya aku tegur diri sendiri juga!

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers