CORETAN TERBARU NADH

Part5: Kurasakan sesuatu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
'Apa aku dah buat ni? Ya Allah' Izamir meraup wajahnya, Riak jelas seribu penyesalan. Kerja di hadapannya dibiar sepi. Bukan sengaja. Tapi hati dan akalnya sibuk memikirkan hal lain. Masing-masing memberontak. Izamir mengeluh perlahan.
"Azlini, aku nak jumpa bos kejap boleh?" Bisik Izamir. Dia bimbang orang lain akan mendengarnya. Cukuplah Iqbal berperasangka terhadapnya.
"Jumpa? But why?" Azlini pelik. Muka Izamir penuh mengharap membuatkan Azlini rasa simpati.
"Okey aku try. Tapi tak janji. Depends kat boslah," Izamir mengangguk perlahan. Dia risau. Hatinya berbolak balik memikirkan reaksi si gadis. Benar, gadis itu telah mencuri perhatiannya. Hati lelakinya mengiyakan kebenaran itu.
"Sorry Iz. Bos tak nak jumpa sesiapa. Dia betul-betul moody," Izamir kecewa. Dia ingin ke tempat duduknya. Tapi bunyi pintu dibuka membuatkan dia berpaling.
"Bos, nak ke mana?" Azlini bertanya. Izamir nampak Bosnya muram.
"Saya nak keluar. Mungkin lama. Kalau ada hal penting baru telefon saya," Derap langkahnya laju meninggalkan pejabat. Izamir tekad.
xxxxx
"Bos, tunggu!" Nurin terhenti. Suara itu. Ya suara yang bermain di mindanya sedari tadi. Dia perlukan ketenangan. Tapi suara itu menggugat rasa di hati. Dia berpaling. Lambat.
"Ya ada apa encik Izamir?" Nurin berlagak seperti tiada apa yang jadi antara mereka berdua.
"Bos, kalau bos tak kisah. Saya nak berbincang dengan bos," Muka mengharap jelas kelihatan. Hati Nurin segera mengatakan sudi tapi mulutnya enggan.
"Okey, kalau pasal kerja saya akan luangkan masa sekajap untuk awak. Kalau bukan, saya minta diri dulu," Nurin segera menuju ke keretanya setelah Izamir mendiamkan diri.
"Bos, saya nak bincang pasal personal. Saya nak bos dengar. Kalau saya tak bincang dengan bos. Saya tak dapat tumpukan kerja. So ini ada kaitan dengan kerja. Will you?" Izamir menghambur segala kata. Gadis ini keras kepala. 'Mujur saja dia bos' Izamir getus di hatinya.
"Oh awak buat saya terkejut Izamir. Paling panjang kata-kata awak sejak kita kenal. So nak naik kereta saya or pergi asing-asing?" Sinis tapi hati melonjak suka.
"Izamir, awak dengar tak ni?" Nurin geram. Izamir selalu saja mendiamkan diri tiba-tiba.
"Oh ikut bos. Lagipun kita menuju tempat yang sama. Tapi..." Nurin mengerut.
"Tapi apa?"
"Tak manis pulak saya biarkan bos memandu. Naik kereta saya jelah bos," Izamir mencadang.
'Oh, tak apa. Awak drive je kereta saya. Saya okey," Nurin senyum. Hati Izamir berdebar. 'Yes dia tak kisah' Hatinya berbunga.
xxxxx
"Lini, Izamir mana?" Iqbal memegang cawan minuman. Nyata dia tak nampak apa yang berlaku tadi. Azlini senyum. Dia takkan mengkhianati kawan sendiri.
"Iqbal, kau buat air untuk kau sorang je ke?" Azlini sengih. Pura-pura tak dengar pertanyaan Iqbal.
"Kau kan perempuan. Kau buatlah air sendiri. Takkan nak harap aku kot?" Azlini tersentap. Teruk benar jawapan yang diterima.
"Iqbal, kalau tak nak buat untuk aku tak apalah. Tak payah nak jawab macam tu sekali. Azlini berlalu. Kecil hatinya.
"Alah perempuan ni. Lemah sangat. Cakap sikit nak nangis," Bebel Iqbal sendirian.
"Eh mana Izamir ni. Bukan nak jawab soalan aku. Pergi merajuk pulak. Dasar perempuan. Sikit-sikit merajuk sikit-sikit nangis. Selamat buah hatiku tak macam tu," Iqbal duduk di tempatnya. Rakan sekerja yang lain senyap tanpa kata. Mereka malas nak masuk campur. Mereka tahu perangai Iqbal Hakimi yang buaya tapi hipokrit.
'Izamir tuang ke apa? Tadi ada je tengah buat kerja. Bukan nak bagitau dulu' Monolognya. Iqbal mula rasa tak sedap hati. Dia mengatur strategi supaya Nurin cepat-cepat jatuh ke tangannya.
xxxxx
"Bodoh punya jantan. Dengan orang lain baik pijak semut tak mati. Tapi dengan aku?" Azlini memandang cermin bilik air. Air mata sendu hinggap tanpa dipinta. Sebak dada melihat lelaki kesukaannya begitu tergilakan perempuan lain.
"Apa kurangnya aku? Kenapa kau nak tackle orang yang jauh? Aku ni, lama aku tunggu. Tunggu kau berubah hati. Dulu Shida, lepas tu Deeya, lepas tu Tasha pula jadi mangsa kau. Sekarang kau nak kacau bos aku pulak. Lelaki tak guna!" Jerit Azlini. Sejak dulu dialah pembantu bagi menyelesaikan masalah perempuan yang ditinggalkan Iqbal. Dia kena jadi pelakon hebat di sisi Iqbal. Lama kelamaan hati terpikat. Walaupun jahat manapun seorang bernama Iqbal Hakimi.
"Kau tunggu Iq. Aku akan pastikan kau jatuh cinta dengan aku dan waktu tu kau takkan kenal aku siapa," Penuh perasaan Azlini meluahkan. Syaitan bersorak gembira. Lantas Azlini menyapu air mata yang singgah tadi. Dia benar-benar ingin berubah. Seperti gadis idaman Iqbal Hakimi. Perempuan yang bisa menggelodakkan naluri seorang lelaki. Perempuan yang mampu membuatkan hati lelaki tak keruan. Perempuan yang membuatkan lelaki pandang dua kali.
'Aku akan pastikan Iqbal!' Azlini senyum Dia duduk. Iqbal mengerlingnya dari jauh. 
'Okey je aku tengok. Tadi merajuk. Bulan tengah gerhana kot' Iqbal meneruskan kerja tertangguh.
Nurin telah memberikan amaran keras semalam. Dia masih gagal menyiapkan tugsan yang diberikan. Panas telinga mendengar wanita pujaan memarahi begitu sekali.
'Oh Nurin!' Senyuman terlakar. Hanya Nurin bermain di mindanya.

ps: Kejam sangat pulak watak si Iqbal Hakimi ni kan? Haha adik jangan marah eh. Nanti nak buat lagi jahat. Wahaha semua yang baca cerita ni kena komen. Kalau tak aku tak nak sambung. Wahaha jahat gila=p Harap entry ni menyejukkan hati heroin.

5 comments:

BeloG MTT said...

Nak kena baca dari part 1 ni ! :)

Puteri Katek said...

hahahahaha!! sejuknyeeeeeeeeeeeeee....

mekasih miss ran!! hahahah..................

tapi mcm betul aje, izamir tu suke diam secara tiba2... hahahaha tettttttttttt

Sunah Sakura said...

perghhhh~ azlini pun macam kejam je... :p

fRaMe+LenSeS said...

suka watak kejam tu.. ai like sangat.. ahahaha

Cik Pulau said...

adehhhh...
kak sunah cakap azlini kejam la..
hahahah....
tp memang pun.. kih3

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers