CORETAN TERBARU NADH

Apabila MukaBuku disalah guna!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Banyak sebenarnya keburukan MukaBuku. Bukan website tu salah. Tapi orang yang menggunakan tu. Banyak situasi aku dapat lihat. Sebab kadang-kadang aku pun nampak dan alaminya.

Cari pasangan untuk ehem2:
Korang faham sendirilah kan. Banyak perempuan tayang lurah dada konon menggoda untuk cari sugar daddy. Banyak sangat. Antara sedar atau tak je. Kadang sampai meluat tengok. Please call if you want my service. Erk apakah? Mencari partner buat maksiat.

Tayang aurat:
Oh ni lagi best. Tayang gambar kawan-kawan surprise party konon. Kawan tak pakai tudung masa tu. Tak apa. Kita tunjuk untuk kita-kita je. Yelah bila kena hack semua orang tengok. Kalau aurat kita sendiri tak apa lagi. Ni dahlah kau tak tutup aurat. Kau seret orang tayang aurat jugak kenapa?

Bermesra melampau:
Ni lagi. Berbulu mata tengok. Sayang you dah makan. I rindu. Macamlah kau sorang je ada pakwe. Geli mata aku tengok. Tak payahlah bagitau semua yang kau ada pakwe. Kang clash kau jugak malu. Konon kau jelah bahagia dengan buah hati kau tu. Rasa menyemak je kat MukaBuku orang begini!

Group tettttt:
Group makin menjadi-jadi. Gay sedunia. Kelab lesbian Malaysia. Hot girls. Pengkid port. Entah apa nama group. Sungguh memalukan bila ada juga orang Islam yang join group begini. Kononnya untuk mencari teman yang mempunyai rasa yang sama dengan dia. Yang memahamilah konon. Sekali kau pun jadi gay erti kata sebenar. Apa kes?

Fan Page MAKI:
Maki memang orang suka. Orang ni buat salah. Dibuatnya page lepas tu maki hamun kat sana. Konon korang paling baik. Paling suci. Dah kalau kau pun join maki. Kau pun sama taraf dengan dia. Kalau kau pakai otak tak ada maknanya page maki-maki wujud. Nak tegur ada cara beb. Jangan ikut amarah je. Syaitan suka!

Sindir menyindir:
Ni lagi tak sedap dengar. Status nak menyindir je. Macam nak tujukan seseorang. Tolonglah hentikan. Korang nampak tak banyak mata memandang. Bukan dia je yang akan terasa. Orang lain yang tak berkenaan kena tempias. Dah tu buat orang jadi musykil. Kalau dah terasa. Tak ke kau dah sakitkan hati dia. Larat ke kau nak mintak maaf dengan dia? Kalau dia tak nak maafkan macam mana?

Jadi hentikanlah perbuatan korang ni. Malulah orang Islam perangai macam ni. Kita bukan kawan dengan seorang dua. Beratus malah beribu. Tak semua boleh terima apa yang kita buat kat MukaBuku tu. Kalau korang rasa megah sangat dengan MukaBuku korang tu silalah jangan kawan dengan kami-kami yang konon baik.

Aku malaslah nak kecoh. Tapi makin menjadi-jadi. Belum pasal penyalahguanaan Event lagi. Pening aku. Rasa macam tak nak je ada MukaBuku tu lagi=(

5 comments:

JIJI YU said...

ade ek yg cari pasangan ehem2..ehehhe..

Siti Farah said...

bermesra melampau... tu yg paling tak suke..uhuhuu

mas saari said...

sbb tu akak dah jarang buka mukabuku ni...buka pun sbb nak ping entry je!

^baju kurung^ said...

ai pon fedap dah. guna utk bnda xpela, ni...hmm

fRaMe+LenSeS said...

banyak skg kan? sebab tu orang kata muka buku ni, ada bawa kebaikan dan keburukan. jika kita guna untuk kebaikan, jadi baiklah dia. guna jalan yang salah, salah la dia.. weeee~~~

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers