CORETAN TERBARU NADH

Sesekali aku teringin

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Teringin apa? Teringin nak kahwin. Haha serius. Seronok pulak aku tengok orang dah kahwin ni. Peluk-peluk. Cubit-cubit manja. Pergi jalan-jalan berdua. Pegang tangan. Romantik okey. Sebab tu ada macam-macam slogan keluar.

Nikah connecting people!

Nikah is halal way!

No couple before nikah!

Katakan ya pada Nikah!
Yeah!
Oi banyak lagi. Pergi cari sendiri. Tapi ramai sangat nak jugak buat benda yang dilarang. Yang halal ada cari jugak yang luar. Yang tak kahwin lagi sibuk cari perempuan simpanan. Sibuk pergi clubbing cari gadis touch and go.

Kenapa? Sebab nak lari dari tanggungjawab. Bila sebut nikah banyak tanggungjawab kena pikul. Biasalah. Orang begini sukakan seks semata. Yang lain dia tak fikir. Sebab tu dia suka gaya hidup macam ni. Bila dah kena aids baru nak bertaubat.

Kadang aku fikir, adat perkahwinan jugak membebankan orang yang nak kahwin. Susahkan orang. Lambatkan proses mendirikan masjid. Menggalakkan maksiat. 

Yang penting, sebaik-baik wanita ialah wanita yang murah maharnya (mas kahwin), wanita yang cepat jodohnya dan wanita yang banyak zuriatnya. Aku nak tergolong jugak. Tapi macam susah je kan. Tapi tak cuba tak tahu. 

Bak kata cikgu aku tadi, kalau pihak lelaki ada RM1000 pun tak apa. Terima je pinangan tu kalau kita yakin dia jodoh kita. Rezeki boleh dicari. Jangan terlalu memandang tinggi pada duit. Nanti andartu mulalah gelabah=P

6 comments:

Sunah Sakura said...

maknanya i ni tak tergolong kot...sebab jauh je lagi...hahahaha~

Unknown said...

mmber aku ckp kalo dok pikir sal seks je...mknanye xleh kawen lg

Fasihah Supian said...

hehehehe andartu?? nasib baik i ni kecik lagi.hehe

Cik Pulau said...

lom sampai seru nak kawen lagi..
mybe sebab calon yang tapat masih belum ketemu.. lalala~

mas saari said...

besar tanggungjawab bila dah berkahwin ni...

fardhilah said...

sokong sgt.. org skg xpandang pengantin tu dah nikah ke belum, yg diorg pandang majlis sanding.

sy ada kwn, dulu dah tunang, pastu bila nak kawin ppuan minta RM15K utk hantaran. nak xnak terpaksa lepaskan. mana nak cekau oii RM15k klu keje kilang jer..

kesian.. bila aku pandang je muka kwn tu rasa sedih pulak.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers