CORETAN TERBARU NADH

Review 3,2,1 CINTA

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sebab dah ada yang tanya best tak. Aku publish jugaklah entry ni=P Kalau tak best jangan salahkan aku. Minat orang berbeza kan?


5 BINTANG WA CAKAP SAMA LU

Apakah akan terjadi apabila nisbah perempuan lebih tinggi berbanding lelaki? Siti Aishah ataupun Sam (diana Amir) merupakan seorang perempuan yang berpewatakan kasar, tinggal bersama ayah dan adik tirinya selepas kematian ibu bapanya. Selepas beberapa kali bertukar universiti, Sam akhirnya memilih untuk melanjutkan pelajarannya bersama rakan baiknya Ayam (Pierre Andre). 

Di sana, Ayam memomokkan Sam dengan artikel tesisnya iaitu 'perempuan 37:1 lelaki, menyebabkan Sam rasa tak senang duduk dan mula mencari jalan unyuk mencari teman lelaki segera sebelum menjadi andartu. Sam secara tidak sengaja terlihat lelaki idaman remaja, Nazril (Farid Kamil) dan memutuskan utk memikat beliau. Malangnya Nazril tak berminat langsung dengan Sam dan rakannya, Ayam sendiri tidak menyokong usahanya itu. Namun ianya tidak mematahkan semangat Sam. Adakah Sam, seorang perempuan kasar dapat memikat hati Nazril? Nantikan filem 3, 2, 1 Cinta di pawagam berhampiran anda 

Klik sini untuk baca lanjut.

Apa yang aku nak cakap lagi? 5 BINTANG untuk filem ni. Serius ketawa. Banyak sangat. Tak larat pulak. Tak ada scene bosan langsung. Part sedih memang hebat. Nak nangis pulak. Memang citarasa aku. Kalau ada masa memang nak tengok lagi. Serius santai. Kekeluargaan. Kasih sayang. Persahabatan.

Aku tak larat nak bagitau betapa hebatnya filem ni. Serius tak klise. Lepas tu ada dua jejaka dalam cerita ni. Antara Nazril dengan Fariz aka Ayam. Yang mana Sam pilih. Memang terbaik. Tepukan gemuruh! Siapa tak suka cerita macam ni memang aku tak tahu kata apa. Memang sangat best. Lompat-lompat gembira. Inilah cerita kegilaan aku sekarang=P


5 comments:

sergeant keroro said...

ada link download tak?? hehe XD

BlueberrY CheesE said...

hihiih. nak tgk lah. mcm comel diana amir dalam cite ni. hihi

mas saari said...

mesti kelakar gile kan? nak tgklah jugak..

Andrik McVean said...

i must watch it then :)

Razil Tahir said...

esok jugak gi tgk! yeah!
thanks!! :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers