CORETAN TERBARU NADH

Kahwin

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Nak kahwin ke tak?
DeviantART
Mood kahwin je aku ni. Serius masa karang cerita Cintakah Ini. Sebenar kepala aku asyik ligat pasal kahwin. Kalau korang perasan aku dah ke arah islamik sikit. Terima kasih kepada rakan blogger. Bagi aku idea yang banyak pasal percintaan dalam Islam.

Tapi bila sebut nikah kahwin ramai mengeluh. Banyak benda nak settlekan. Kawan aku bercinta 6 tahun belum nak kahwin pun lagi. Antara sebab mereka yang tak nak kahwin sekarang ialah:

Tak ada pasangan.
Tak ada duit nak sara anak orang.
Tak sedia nak jadi isteri.
Tak kerja lagi.
Nak bagi mak ayah rasa gaji dulu.
Takut nak pikul tanggungjawab.
Tak enjoy kalau kahwin awal.
Tengah study tak boleh fikir kahwin.
Tak ada yang masuk meminang.
Belum puas hidup solo.

Banyak sangatlah. Tapi memang. Kalau tak sedia. Jangan paksa diri. Tu kira kahwin paksalah tu. Kita tak minat, tapi kita paksa diri jugak. Kadang boleh bawa kebaikan. Kadang boleh mendatang keburukan. Tapi ramai cerita pasal kahwin. 

Dah gatal. Tapi tak nak kahwin sekarang. Nak grand kan. Kena tunggu duit sendiri dulu. Kadang aku fikir kalau ikutkan duit tak pernah nak cukup. Ada je keluhan. Kalau nak kahwin, jangan tangguh. Nanti perasaan kita berubah. Macam ada makcik tu. Dia nak kahwin lagi. Sebab kena cerai dengan laki pertama. Tapi bila tangguh-tangguh terus tak nak kahwin. Sebab jaga cucu.

Jadi korang nak kahwin ke tak korang punya pasal. Janji batas kena jaga okeh? Siapa nak kahwin dengan aku? Haha gila=P

12 comments:

al_hakim said...

hurm..nak kawin.hukhuk

JIJI YU said...

mmg duit takkan pernah cukup

fRaMe+LenSeS said...

kahwin? menarik tajuk ni.. weee~~

Eera Shera said...

nak kawin jugak..haha

cik pulau said...

hahaha..
ayat terakhir..
like~~~~
^^,

Sunah Sakura said...

nak kawen ke tak, nak kawen ke tak..

ghab van hal said...

kahwin memag banyak hal..suke pesanan anda tengtang buang anak tuh..:)

Jahidih Saili said...

saya..haha..gurau...

kahwinlah cepat2..bila dah kahwin rezeki mkn brtmbah..:)

sergeant keroro said...

nak kahwin, tapi.....

*sigh*

mas saari said...

orang yang bersedia untuk berkahwin adalah orang yang bersedia untuk memikul tanggungjawab yang lebih!

farahin nasir said...

saya takmo! sy takmo! takmo kawen ngan kamu.. hahhaa..
biase la bile dah makin dewasa nie, otak dah makin besedia utk fikir sal kawin.. :)

KALO FOLLOW RAMAI2 NAK WAT APE KAN??

efa nur said...

nak kawin jugak!! heee :D


entry terbaru: Dugaan itu suatu nikmat

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers