CORETAN TERBARU NADH

Cintakah ini? 3

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Part 1, 2 kat tepi okey.

"Morning pengantin," Suara-suara menyakat. Sengaja Amy turun dulu. Dia biarkan suaminya diulit mimpi. Bukan apa, cuma segan.

"Mana laki hang?" Mak saudara yang lain pula bertanya. Amy hanya tersenyum dan menunjukkan jari ke arah atas. Malas dia melayan karenah orang. Tak habis-habis nak menyakat.

"Mak," Amy memeluk bahu emaknya. Zainab sedang sibuk memotong bawang terkejut.

"Amy, geramnya mak. Mana suami kak?" Mak memang terbiasa panggil dia kakak. Walaupun dia tahu dia bongsu. Tapi panggilan itu tidak menguba apa-apapun. Dia tetap manja seperti selalu.

"Ada kat atas," Amy menjawab malas.

"Amy, kenapa mak tengok anak mak ni lain macam je. Ada masalah ke?" Amy geleng. 

"Mak tak suka Amy masam macam ni. Keluarga kat luar tu ramai. Kang jadi cerita pulak bila diorang balik nanti," Mak menasihati. Dia menunduk.

"Amy tak sedia. Tu je," 

"Tak sedia apa? Majlis ni? Ke pasal kahwin?" Mak mula memperlahankan suara. Risau hatinya.

"Semuanya. Amy rasa cepat sangat," Amy seakan berbisik. Mak hanya menepuk-nepuk bahu anaknya. Bukan masa yang sesuai untuk berbincang. Amy segera mengambil alih tempat emaknya. Biar dia pula yang memasak. Zainab tersenyum.

xxxxx

"Amy mana mak?" Itulah pertanyaan pertama Ikmal. Usikan yang lainnya diendahkan. Banyak lagi kerja yang belum selesai di rumah ini. Kalau dilayan makin menjadi-jadi.

"Ada tu tengah masak. Kejap lagi bolehlah makan," Mak menjawab tenang. Dia pun laju melangkah ke dapur.

"Sayang," Ikmal menegur. Amy seperti selalu membatukan diri.

"Nak abang tolong?" 

"Tu hidangkan. Saya nak buat air," Ikmal menurut saja.

"Lagi?" Amy menunjukkan sudu dan pinggan. Ikmal laju mengangkatnya.

"Eh, Ikmal. Kenapa buat semua ni?" Mak mula segan. Patutnya menantu tak payah susah payah macam ni sekali.

"Tak apalah mak. Saya memang dah biasa. Saja nak tolong Amy," Yang lain dah mula bersoseh-soseh. Mungkin mereka rasa ini berita hangat pagi hari kot.

"Tak payah. Mak tak senang tengok menantu pulak buat semua ni," Mak segera mengambil pinggan dari tangan Ikmal.

"Tapi mak, saya nak tolong je," Zainab tersentuh.

"Pergi duduk dengan abah dan abang Lokman tu. Kejap lagi mak panggil makan," Ikmal akhirnya mengalah.

xxxxx

"Betul ke nak pindah?" Amy bertanya.

"Betullah. Abang nak kita berdikari. Lagipun abang Lokman setuju," Ikmal bersahaja.

"Kenapa tak bincang dengan saya dulu?" Amy geram.

"Abang dah cuba. Tapi Amy asyik mengelak. Jadi nilah jalan terbaik. Lagipun, takkan nak selamanya duduk di sini?" Ikmal berlembut. Kalau api dengan api makin keruh jadinya.

"Amy, Amy setuju tak?" Amy masih diam.

"Kalau tak setuju abang tak nak paksa. Nanti abang kata kat parents Amy kita tak jadi pindah," 

"Siapa kata saya tak nak. Bila nak pindah?" Ikmal tersenyum.

"Minggu depan. Tapi kena tengok rumah hari ni. Amy tak pernah tengok kan? Jom siap," Ikmal masih tersenyu. Teruja. Amy hanya menurut.

xxxxx

"Sejak pindah rumah baru. Abang pun tak kontek kan?" Suara Lokman membebel di corong telefon.

"Sorrylah bang. Kitorang sibuk dengan kerja. Nak kemas rumah lagi," 

"Yalah, dulu mak kemaskan kan?" Lokman menyakat. Amy tergelak suka.

"Jahat. So abang macam mana? Tak nak kahwin lagi ke?" Amy risau.

"Abang bila-bila boleh kahwin. Tu adik jangan risau. Tapi abang telefon bukan nak cerita pasal ni," Serius.

"Pasal apa pulak? Abang nak datang ke?" Gelak.

"Bukan, ni pasal korang. Okey ke?" Amy tersentak. 'Abang Lokman pun perasan?'

"Okey apa ni abang? Macam suami isteri biasalah," Amy masih berselindung.

"Jangan nak pura-pura dik. Abang tahu. Kesian laki Amy tu. Jangan sebab ikutkan rasa nanti badan adik yang binasa," Lokman risau.

"Alah, Ikmal okey je. Dia faham,"

"Sekarang memanglah. Abang takut bila lama-lama dia bosan. Mulalah mata pandang ke lain," Lokman saja menakutkan adiknya. Dia kena sedarkan adiknya. Degil takkan bawa ke mana.

"Abang jangan nak mengarutlah," Amy berdebar.

"Abang nasihatkan je. Abang ni lelaki. Ingat pesan abang tu. Jangan awak gigit jari sudah," Ketawa Lokman jahat. Amy mula gundah gulana.

Part 3 habis. Apakah? Mati aku. Bila nak tamatkan ni? Part 4. Jangan marah ye=P

4 comments:

sergeant keroro said...

miss ran suka buat saspens, hehe XD

Sunah Sakura said...

aiyokkkkkkkkkkkk ingatkan da habis!!! hahaha~ cepat2!

cik pulau said...

hahaha..
hanya mampu tergelak..
sambung lg..
lalala~

fRaMe+LenSeS said...

tamo wat cita dah la camni.. sebab mesti tak macam cita kamu.. jeles sangat... T.T

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers