CORETAN TERBARU NADH

Duit bukan segalanya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Asyik fikir duit je ni. Tulah. Kawan aku kata aku mata duitan. Saja je cakap macam tu. Kot-kot jodoh orang kaya kan? Haha oh ya ada yang tanya survey kat mana. Hatten Square, Mahkota Parade, MMU Melaka, Dataran Pahlawan, Jaya Jusco Melaka.

Kadang bila fikir pasal duit ramai orang boleh jadi gila. Gila duit. Yalah, cuba tengok jutawan kena bunuh sebab duit. Bomohkan orang sebab duit. Mati kena ragut sebab duit. Anak beranak bertikam sesama sendiri sebab rebut harta. Orang tinggalkan isteri setia sebab wanita lain bagi duit. Orang jadi gigola, anak ikan. Entah macam-macam lagi. Sebab DUIT.

Jadi tak terkira betapa dasyatnya impak duit ke atas kita ni. Tengok mahasiswi jual dara sebab duit. Jadi perempuan simpanan. Ikut sugar daddy. Kira pelacur kelas ke berapa tak tahulah. Semuanya duit. Tapi sedar tak kita cara kita dapatkan duit tu halal ke haram?

Sedar ke kita duit yang masuk menyerap dalam tubuh kita ni duit haram. Jadi darah daging tu. Korang rasa duit segalanya waktu sekarang. Tapi bila dah mati bukan duit ikut sama. Bukan harta benda bawak masuk kubur tu. Jangan cakap esok masih ada. Sebab belum tentu esok masih ada untuk kita.

Jadi kawal nafsu. Jangan ikutkan sangat. Duit tu boleh cari. Cuma cara tu. Contoh kau jadi pisau cukur macam cerita pisau cukur tu. Sebab nak bantu family. Adik tengah belajar. Mak sakit. Tapi niat yang baik takkan menghalalkan cara kau cari duit tu. Datang dari mana duit tu. Tak kesian ke kat keluarga sebab makan duit haram?

Jangan sebab ikutkan nafsu, semua menderita. Ingat duit bukan segalanya=) Mintalah rezeki dari Allah S.W.T. Pasti ada hikmah disebalik semua rencana yang diaturkanNya.

6 comments:

K said...

betul tu, setuju! :)

Sunah Sakura said...

matlamat tak menghalalkan cara..

tengah takde duit skang ni...nak belajar kete pun takleh.. huhuh... kene tunggu elaun masuk... :(

scya lollita said...

wuuuuuu . suka (:

Diana @ BKKC said...

luv to follow ur blog...

semuga sentiasa dlimpahkan rezki yg halal lg berkat..

Anonymous said...

Seorang bijaksana mengatakan:

Imbangilah keduanya...

kejarlah dunia seperti kau akan hidup seribu tahun lagi,
kejarlah akhirat seperti kau akan mati esok hari,

BFF SEGMEN

Cik Pulau said...

setuju dan suka komen my kembar kat atas..^^,

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers