CORETAN TERBARU NADH

Gembira tak datang bergolek

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ya dia bukan datang melonjong. Tapi kita kena tarik perasaan tu datang. Kalau asyik fikir tentang kemurungan dan kesedihan kau akan macam tulah sampai bila-bila. Serius tak suka baca status FB yang menarik simpati. Menyampah oke. Kau menunjukkan kau lemah sangat. Di mata beribu orang yang dah add kau.

Kadang aku rasa kita ni gembira depan mata tapi nak cari kesedihan jugak. Nak menangis jugak. Orang suruh ketawa nangis jugak. Tengok MaharajaLawak kalau nak ketawa. Susah apa? Penat diorang melawak. Ingat senang?

Tapi korang pilih jalan menuju kesepian, kesedihan. Macam mati laki. Padahal duit tak ada. Bukan apa pun. Duit tak ada pinjam mak ayah. Kalau tak ada jugak member ada. Susah sangat pinjam Along. Itu kalau nak tempah mautlah.

You are what you choose. Jadi kalau kau pilih mood gembira, gembiralah kau. Kalau sedih, menangislah sampai bengkak-bengkak mata. Kita diberi pilihan. Contoh kau putus cinta. So moved on jelah. Dah orang tak nak. Takkan nak meratap sayu pulak. Lainlah orang tu meninggal dunia. Tu patut sedih.

Kadang aku rasa kita ni overacting. Lebih-lebih sedihnya. Tak tahulah nak tarik simpati ke apa. Tapi kita boleh ceriakan hidup kita. Siapa lagi nak tolong kita kalau bukan diri sendiri? So nak happy pergi keluar dengan kawan-kawan. Tengok cerita lawak. Ni pergi duduk tepi tingkap meratapi. Memanglah sedih memanjang. Jadi pilihlah jalan kegembiraan yang baik=)

12 comments:

K said...

baca blog keroro, haha XD

konpem gumbira :p

Damn Nations said...

Hm... nasihat bernas... siapa yg makan kek dia rasa sedapnya! hahaha

Sunah Sakura said...

macam nak wat entri sal ni gak lah~

Putera Insan said...

http://luahanpendapatcadangan.blogspot.com/.............
join la blog kite....

saya cello191 said...

yup...kadang2 manusia over react...
padahal hal kecik ja...tapi nanges lebih2~~

nadzli azlan said...

cara hepikan diri saya adalah berenang merentasi laut china selatan ! ngiahahahha :p

mas saari said...

betul tu...
akak pun tak suka orang yg terlalu sedih2 sgt sampai merintih2 minta simpati! macam hidup dia akan berakhir je..

Unknown said...

mind set kita sebenarnya amat penting dalam menentukan mood

Benrauf said...

Betul. Aku setuju. Aku pilih bahagia.
:)

Muhamad Zulazwan Bin Chukop said...

soal perasaan ni subjektif...kne sendiri pandai pujuk perasaan sendiri...

-Yok mampir diluk = biar muslim..bukan islamic......

tamlegend said...

kejamnya entri...hehehe.tp ada betulnya jugak.. cos this life are to short to be sad...we are what we are thinking. if u think to be sad, u will be sad...if u think to be happy, u will be happy. its ok to be sad. but after that u need to move on...hehehe...melalut panjang lak aku di blog org...sory2...

Sunah Sakura said...

erkkk! bagusnya tam ni, datang sini gak dia... :D

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers