CORETAN TERBARU NADH

Cintakah ini?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kakinya digoyangkan. Matanya masih tertancap pada novel Aku yang kau tinggalkan. Sedih tapi taklah sampai air matanya berlinang. Pantas ditutup buku itu. Amy melompat dari katil. Dia kehausan ketika ini. Jam menunjukkan jam 12.45 malam. Dia menguap.

"Kak, mana seluar? Ni apa seksi-seksi ni?" Mak menegur. Dia lupa dia hanya pakai baju tidur atas lutut parasnya. Amy Syazana tersengih-sengih saja. Mak mula membebel.

"Cik kak oi. Aurat tak jaga. Ni mak yang nampak. Kalau abang macam mana? Dah pergi pakai seluar," Zainab terus berlalu ke kamarnya. Amy melajukan langkah ke dapur. Malas mahu menyarung seluar hanya kerana air secawan.

Lantas tangannya mencapai cawan di rak pinggan. Kelibat sesuatu mengejutkan dia. Dia terjerit kuat.

"Arghh siapa?" Amy takut.

"Siapa tu?" Kuatkan suaranya.

"Abanglah, kenapa adik pakai macam ni? Hei saja je nak menyeksa kat sini," Lokman ketawa sinis. 

"Abang senyaplah. jangan bagitau mak tau," Amy malu dan terus berlari naik atas. Mulut maknya sungguh masin. Amy menyesal tak dengar kata emaknya tadi. Mujur abangnya tak berbuat apa-apa tadi. Risau juga hatinya.

xxxxx

"Morning mak," Hatinya gembira pagi hari.

"Kenapa dik? Nak jumpa pakwe ke? Awal bangun?" Abang menyampuk. Terus kepalanya teringat malam semalam. Selamat agak gelap. Kalau tak makin malu dibuatnya.

"Aah. Abang nak temankan ke?" Lokman dah gelak besar.

"Tak kuasa abang. Abang ada kerja. Kereta tu abang nak guna," Amy dah memuncungkan mulut.

"Alah, orang nak keluar jugak," Amy duduk di depan abangnya yang sibuk mengunyah nasi lemak.

"Tak boleh. Abang ada hal. Lepas tu nak servis kereta. Adik reti pakai je. Apapun tak tahu," Mak datang dari dapur.

"Alah, abang hantar adik dulu. Kang abang pergilah," Amy tersenyum senang.

"Malaslah mak. Entah mana dia nak pergi ni. Dating ya?" Lokman serkap jarang. Amy diam menunduk.

"Senyap tandanya setuju. Kan mak?" Lokman menyakat lagi.

"Amy, dah ada buah hati? Cepat ajak datang sini. Tak elok keluar berdua selalu," Mak mula berceramah. Abang sudah mengekek ketawa. Amy sebal.

"Alah orang tak nak kahwin lagi. Abang pun belum lagi mak," Amy mengutarakan rasanya.

"Abang lelaki. Dia tak apa. Amy tu. Mak risaulah. Kalau dia tak masuk meminang mak tak nak Amy jumpa dia lagi. Pergi mana pun mak tak tahu. Risau hati mak ni Amy oi," Lokman dan Amy diam. Masing-masing membatu apabila soal kahwin dibangkitkan. Lokman juga mempunyai buah hati. Cuma jarang sekali mereka bertemu kerana percintaan jarak jauh.

"Yalah mak. Tapi kali ni mak kasi eh Amy keluar. Kejap je mak," Mak berfikir lama. Kemudian mengangguk lemah. Malas nak perbesarkan isu. Janji anaknya cepat kahwin. Terhindar dari fitnah dunia.

"Terima kasih mak. Sayang mak. Abang jomlah," Lokman tersedar dari lamunan panjang.

"Jom apanya?" Protes.

"Mak kasi. Cepat hantar Amy kat Mall. Lepas tu pandailah Amy balik sendiri," Senyuman manis tak lekang di wajahnya.

xxxxx

"Awak, mak suruh masuk meminang," Dengan malas Amy menyampaikan pesanan maknya. Dia belum bersedia memikirkan soal kahwin walaupun umurnya sudah 24 tahun.

"Kan saya dah kata. Dari dulu saya nak masuk meminang. Awak tak kasi. Mak awak restu dah ke?" Tersenyum riang.

"Memanglah awak tu. Suka je. Saya tak sedia lagilah," Ikmal mengeluh.

"Kenapa awak dari kita kenal sampai ke hari ni asyik alasan yang sama? Saya betul-betul tak faham. Kita kenal dah lama. Saya dah lama bersedia nak jadi ketua keluarga awak. Kenapa?"

"Entahlah Ikmal. Saya tak tahu nak terangkan kat awak. Memang tak terbuka hati nak mendirikan rumah tangga. Tapi tak bermakna saya tak suka awak," Amy menunduk memandang jubin mall yang sudah semakin uzur.

"Kalau awak tak sedia. Saya tak boleh kata apa. Takkan saya nak paksa awak kan?" Ikmal melepaskan nafas kasar. Tidak faham dengan sikap buah hatinya yang dikenali setahun yang lalu. Mereka mendiamkan diri. Membiarkan sekeliling memenuhkan segenap ruang.

xxxxx

"Kalau kedua-dua belah pihak tak ada halangan. Saya rasa baiklah kita buat cepat. Benda baik tak elok dilengahkan," Ketawa kedua pihak bersatu. Amy dari atas mendidih mendengar. Hendak diluah mati mak. Ditelan mati bapak pula. Dia menerima walaupun jiwanya masih meronta.

"Jemputlah makan. Kami masak simple je," Mak meriuhkan suasana. Semuanya dah tersenyum senang. Mereka masing-masing menuju ke meja makan. Banyak juadah yang ada. Soto, nasi ayam dan nasi himpit bersama kuah kacang dan lodeh juga. Air panas serta sejuk juga disediakan. Tetamu haruslah di layan dengan baik.

"Amy, mari turun tolong mak," Panggilan Zainab diendahkan. Dia terus masuk ke bilik. Mujur saja teman lelakinya tak datang menyertai rombongan merisik ini. Mereka tak mahu bertunang. Bertunang dan nikah pada hari yang sama. Lebih senang katanya.

xxxxx

"Terima kasih Amy. Tak sangka sampai jugak hajat abang nak jadikan Amy isteri abang yang sah," Tersengih suaminya ketika Amy masuk ke bilik pengantin. Amy malas layan. Dia terus membaringkan diri.

"Amy, abang cakap dengan Amy kan?" Ikmal perasan perubahan sikap isterinya. Dari majlis tadi mukanya seakan tak gembira.

"Ya, orang penatlah. Apa kata awak pergi mandi. Diorang ajak solat jemaah kat bawah tu," Amy menutup mata kembali.

"Habis, isteri abang tak nak solat ke?" Ikmal mendekati isterinya. Amy tak menyedari kehadiran suaminya. Dia cuba melenakan diri.

Part 2 akan muncul. Dua part je ni. Aku ingat nak buat pendek. Tapi macam dah terpanjang sangat pulak. Dua bahagian je. Cerpen yang tak panjang tak pendek. Haha lama dah aku karang. Siapnya tak jugak= P

7 comments:

saiazuan said...

klaka lak prt intro dia.. :D

JIJI YU said...

ahaha..tu le..aku pon nak masok meminang jugak ni..tapi die dok stadi lagi..

fRaMe+LenSeS said...

ahahahaha. ai like. ai like. sempoi la cita ni jiran. nadh suka.. weeee~~

sergeant keroro said...

eeeeeeeeeeee, suka buat saspens.

cepat sambung!! XD

JIJI YU said...

ahah apehal aku rse laen je komen ko kat n3 baghu aku tu..aku rase ko tak paham kot..

cik pulau said...

sume like..
nak like jugakkk...
^^,

Sunah Sakura said...

komen jiji tu macam... hahahhaha

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers