CORETAN TERBARU NADH

Ipad 2

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ni aku nak bercerita pasal Ipad pulak. Uih macam orang kaya pergi survey tadi. Dari 2 petang sampai pukul 7 kot berjalan. Penat. Sebab mata meliar tengok barang menggoda iman. Sabar wahai hati.

Apa yang aku tahu Ipad memang canggih. Sukalah kalau orang yang suka gajet ni. Siap ada game yang banyak. Nampak Angry Birds tadi. Kan ada display. Siap satu keluarga duduk berumah kat situ. Main game. Amboi salesmen takkan tak marah kot. Ada yang sibuk minum air cool blog lagi. 

Aku pulak risau. Haha tapi yang menarik boleh ada Microsoft Office. So nak buat kerja bolehlah. Cuma yang tak best kenalah email kerja ke netbook kalau nak print ke apa. Setiap barang kena beli asing dan mahal. Dia punya case je 200. Masak.

Tapi bestlah. Sempat aku usha macbook. Nipis dan ringan. Best kan kalau ada duit? Haha tapi member aku tak beli lagi. Stok tak ada. Kalau order sebulan baru dapat. Kalau order kat internet 2 minggu boleh dapat. Satu Melaka kitorang round tadi.

Ipad je ada. Ipad 2 tak ada stok. Centre Apple pun tak ada stok. Sedih sungguh. Aku tak sabar nak pakai. Tumpang sekaki. Nak beli 1899 kot. Tu pun yang 16gb. Uih baik beli makanan. Kenyang jugak. Apa kata korang? Tapi benda ni sekejap je bestnya. Nanti keluar yang baru lagi. Dan lagi dan lagi. Makin tak ada nilai=)

10 comments:

K O R I E said...

bli jea syarikat Apple tu trus.. puas hati. bley dpt smua gadget diorang^^. Gurau jea kak ;)

Efa Nur said...

memang best kalau ada duit..!!
nak jugak..!! hehehe :D

Jom Terjah Sini :)

Sunah Sakura said...

jadi tunggu yang baru lagi dan lagi dan lagi... :p

Unknown said...

tak pernah puas

al_hakim said...

ni survey kat mane ni?jusco ke?

K said...

tunggu yang baru, baru beli yang lame. keh2.

jimat jimat

Rawkzell said...

makan sedap

fRaMe+LenSeS said...

takdak nafsu dekat teknologi gadget sekarang ni.. sebab ada menda lain yang nak kena pikiaQ.. lalalalalala~~ :)

Unknown said...

oo..kampungku di melaka..xde stok ipad..wahh..

fardhilah said...

canggih mmg canggih , hati ni terpaut jg. tp bile terpikir..
pakai ipad ni kene ada duit banyak. maintenance mahal woer.. software semua main beli. klu harga 1-2ringgit xpe ni cecah ratus juga. huh..xsanggup. beli baju anak lg best. so hati pilih galaxy je la. tp tu pun xbeli lg.. nak kumpul duit lg. kali ni nak pakai duit sendiri, xnak pakai duit laki..baru rasa benda tu berharga. hahahah

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers