CORETAN TERBARU NADH

Segmen-apa kata depa

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Klik gambar untuk join
"Abang, jemput makan," Suaminya senyap tak berkutik. 
"Abang, marailah makan ni. Ina dah buat sarapan pun," Amalina berjalan ke arah Dafi yang membatu.
"Ni apa?" Dafi bersuara keras. Telefon bimbitnya di tangan suaminya.
"Apanya abang oi?" Amalina memandang pelik. Setahunya dia sudah cukup setia dengan suaminya.
"Ina jangan nak tipu abang. Ni gambar siapa?" Matanya laju tertancap ke gambar yang dimaksudkan suaminya. Dia terus ketawa.
"Apa yang kelakar?" Dafi geram.
"Abang, abang. Takkan tak perasan gambar tu zaman bila punya," Amalina menekan perutnya. Sakit.
"Gelak sakan nampak. Suka tipu abang. Dah curang boleh pulak gelak macam ni?" Dafi mencampakkan telefon bimbit isterinya ke lantai. Pecai berderai. Terkejut. Sepi seketika.
"Apa abang ni? Cemburu sangat kenapa? Tu kan gambar masa kita belum kahwin," Amalina mengutip perlahan handsetnya.
"Taulah, tapi kena ke simpan gambar laki lain kat dalam handset? Ke awak sembunyi-sembunyi jumpa dia kan?" Dafi serkap jarang.
"Mana adalah. Tu kan gambar abang," Amalina merengus. Suaminya tak pakai cermin mata rupanya.
"Abang ke? Jangan nak tipu. Kenapa selekeh je tu. Macam tukang cuci je abang tengok," Dafi duduk kembali. Geram.
"Abang, tu masa abang tengah mengurat saya. Abang berlakon jadi cleaner masa kami sibuk tangkap gambar. Tu gambar abang terselit. Bukan abang yang buat ke? Tuduh orang lain pulak. Malas Ina layan. Abang makanlah kat luar," Amalina naik ke atas.
"Sayang, sorrylah. Abang lupa. Tak apalah kita beli handset baru okey?" Amalina tak mengendahkan suaminya yang selalu cemburu buta. Pintu dihempas kuat.
"Sayang...janganlah macam ni. Maafkan abang sayang," Dafi masih memujuk. Lama.

Ps: Tamat sudah. Lain kali jangan nak cemburu buta. Tak pasal melayang duit beli baru. Dah tu selamat bini tak mintak cerai. Padan muka=P

9 comments:

cikmemy said...

cite betul ke ni dear?hohhohoho..lawan + sweet....i like~

JIJI YU said...

cemburu ni kalo lbeyh2 aku meluat tol

al_hakim said...

wah..mmg ade bakat buat novel kak ni..tq sudi join..=)

AI said...

- yezz...padan muke...hahaha

nadzli azlan said...

dafi , baik punyerrr ! heheheh :)

Jer ... said...

laki dah kawin jadi gmuk kan kan -_-

sergeant keroro said...

baik punye!! XD

K O R I E said...

salam akak~
kita jumpa di segmen yg sma^^
korie join jugak sgmen ni.

akak mmg berbakat dalam mnulis drama ler. keep it up yea

waRDah a.k.a QiQi said...

hahahaha... congrats!!! memang kretip habis!! ^__^

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers