CORETAN TERBARU NADH

Tolong jawab soalan aku ni

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku baca blog ni. Pasal aurat. Saja cari ilmu. Sekali aku terbaca yang di bawah ni. Tak faham. Kalau pakai shawl tu dah berlilit banyak kali. Menyerupai lelakikah? Haram ke walaupun dah menutup aurat?

Larangan berpakaian menyerupai lelaki

Setiap pakaian yang khusus untuk lelaki iaitu diketahui oleh masyarakat bahawa ia sememangnya untuk lelaki, tidak harus untuk wanita memakainya. Begitu juga, pakaian yang khusus untuk perempuan iaitu diketahui oleh orang ramai bahawa ia sememangnya untuk wanita, tidak harus lelaki memakainya. Contohnya; wanita yang memakai seluar lelaki dan lelaki yang memakai kain wanita.

Di dalam hadis diceritakan; suatu hari Nabi s.a.w. masuk menemui isterinya Ummu Salamah. Ketika itu Ummu Salamah sedang memakai tudungnya. Lalu Nabi berkata kepadanya;لَيَّةً لا ليَّتَيْنِ“Lilitlah dengan satu lilitan sahaja, bukan dengan dua lilitan”. (Riwayat Imam Abu Daud dan al-Hakim. Menurut al-Hakim; hadis ini soheh. Tashih al-Hakim dipersetujui oleh Imam az-Zahabi. Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 7744).Menurut ulamak; tegahan Nabi di atas tujuannya ialah supaya cara pemakaian tudung oleh perempuan tidak menyerupai cara pemakaian serban oleh kaum lelaki iaitu dengan melilit di kepala dengan beberapa lilitan.

Sesiapa tolong aku. Terima kasih=)

8 comments:

FasiHaH SupiaN said...

Kena tanya ustaz nie....

Jiejah Gorjes said...

oh...lilit byk kali menyerupai serban. mmm tentang shawl tu tak pasti lak ada menyerupai serban ke? nak tau gak jawapan yg sahih ni...

Atiqah Sa'ahiry said...

bru ku thu,,ye ke ne?..shawl tu .lilit jugak 2 kali..

sergeant keroro said...

rasenye tak kot, sebab shawl melilit muka.

serban hanya rambut, bahagian atas kepala jek.

tak tahu sangat gak, pendapat jek.

cik pulau said...

tak tau..
tak berani bagi pendapat.huhu

misz athiqah said...

salam..jenguk jengah di sni..=)..

info yg mnarik dan yg tbaru saya tau..=)..saya pggunaan shawl dan pashmina tidak dibenarkan lah??...huhu...blum penah baca lagi pasal nie..key2..=)..thanx bkongsi info..

Sunah Sakura said...

erm...menarik...pashmina masih lagi satu lilitan saje, tak sampai dua pun...shawl tak pasti pulak..

tapi kat part hadith SOHIH ni... "perempuan tidak menyerupai cara pemakaian serban oleh kaum lelaki iaitu dengan melilit di kepala dengan beberapa lilitan."

melilit di kepala dengan beberapa lilitan...erm...so, shawl kan di kepala...jadi mungkin juga dikategorikan dalam tu.. ini ikut kefahaman i..

tapi better tanya yang lebih pakar... :)

Aliaaalalala :) said...

Maksudnya lilitan seperti fesyen wanita sekarang yg pakai mcm serban kat atas kepala tu. :) Harap dah terjawab

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers