CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Kau teristimewa

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Republish. Macam biasa sebab nak selit kat Widget cerpen. Korang jangan malas baca lagi. Ada perubahan. Haha sebab ada kejutan untuk semua. Aku tambah=P.

Dia mengetap bibir geram. Pandangannya tak lepas memandang gadis berbaju kurung. Sungguh menarik walau hanya baju kurung kapas yang agak lusuh.
"Mar, kau kenapa senyap tetiba?" Nadzri menegur. Pelik pula dengan sikap rakannya.

"Tu awek," Umar menjuihkan bibirnya.

"Awek? Dah tu kau nak aku buat apa?" Umar mendengus.

"Kau kena tolong aku. Aku nak dia," Terus Nadzri dan Shah tertawa.

"Serius ke ni Mar?" Shah menepuk belakang kawannya.

"Seriuslah. Aku nak ngorat dia. Korang ada idea tak?" Mereka dah ketawa terbahak-bahak. Perempuan itu bukan sahaja berbaju kurung malahan bertudung litup. Pelik sekali melihat Umar bertukar selera.

"Korang kenapa? Aku seriuslah beb. Tak nak tolong sudah," Umar masuk ke perut keretanya dan memecut laju.

"Eh apahal kawan kau tu? Baran semacam?" Shah memandang gadis itu semula.

"Jom, kita pergi tanyakan minah tu. Kot single. Boleh aku masuk jalan," Kepalanya diketuk Shah. Nadzri mengaduh.

"Kita tanya untuk Umar. Bukan untuk kau. Dah jom!' Shah laju meninggalkan Nadzri ke belakang.

xxxxx

"Ira, kenapa tak nak terima abang dalam hidup Ira?" Umar duduk bersandar. Puas dia mencuba. Sejak pinangannya diterima keluarga Sheera. Kini hanya beberapa hari mereka akan bergelar pasangan suami isteri yang sah.

"Saya tak nak kahwin dengan awak. Awak faham tak?" Sheera mengeluh. Dia letih.

"Ira, beritahulah kenapa? Abang tak tahu pun Ira tak nak kat abang. Sekarang persiapan semua dah buat," Umar pula mengeluh.

"Saya tak mampu bahagiakan awak. Carilah orang yang lebih layak. Assalamualaikum," Sheera naik ke atas. Ditinggalkan Umar sendirian. Emak mula menggeleng.

"Mar, tak apalah. Ira memang macam tu. Nanti makcik pujuk dia. Nak makan?" Mak Pah pelawa bakal menantunya makan. Umar hanya menggeleng. Dia meminta diri untuk pulang.

xxxxx

"Mak, Ira tak boleh kahwin dengan dia. Tolonglah mak," Mak Pah menggeleng. Sayu pula hatinya melihat anaknya teresak begitu.

"Kenduri nak dekat dah. Tolong jangan malukan mak. Ira nak mak mati sakit jantung ke nak?"
Ira mengangkat muka dan meluru ke arah maknya. Dia tak suka apabila kematian diungkit. Trauma rasa. Keduanya menangis di situ.

xxxxx
"Umar, bolehlah salam pengantin perempuan," Shah selaku pengapit memberi isyarat. Umar berpaling. Isterinya tertunduk. Ada sesuatu yang mengganggu rasanya.

"Sheera Adilla," Kawan-kawan mengusik. Sheera masih tertunduk. Nampak suaminya benar-benar dekat dengannya. Debar hatinya.

"Salamlah Ira," Alia singgung lengannya. Dalam keterpaksaan dia menghulurkan tangan dan bersalaman. Kaku rasa. Pantas tangan itu diraih dan dicium. Syahdu saat ini. Air mata menitis saat dahinya dicium Umar. Dia redha ketentuan Illahi. Yang lain sudah bergosip di belakang. Ada yang ketawa. Ada pula yang sebak melihat saat bersejarah ini.

xxxxx

"Saya tak boleh terima awak buat masa ni. Tolong bagi saya ruang peribadi sendiri. Tentang family, jangan risau saya akan cover," Kata-kata itu sungguh tak terduga.

"Ira, abang tak rasa abang boleh penuhi impian Ira. Abang lelaki. Suami Ira pulak," Umar meraup wajahnya.

"Ira, takkan sedikit pun tak ada ruang untuk abang?" Sebak.

"Tak ada. Saya dah kata. Saya memang tak boleh terima awak. Semua awak punya pasal. Kalau awak tak masuk meminang. Takkan saya tersepit macam ni. Sekarang please. Saya penat. Tak larat nak cakap apa-apa dengan awak. Kalau nak ceraikan saya pun. Ceraikan 6 bulan dari sekarang,"

Umar memejam mata. Begitu tegar isteri yang baru dinikahi melemparkan kata-kata tanpa rasa. Dia sikit pun tak menyesal. Walau apapun terjadi dia tetap akan jaga Sheera Adilla sebagai isterinya sehingga takdir memisahkan mereka. Itu janjinya.

xxxxx

"Awak, tolong belikan barang untuk saya," Muka Sheera berkerut.

"Beli apa pulak?" Umar masih asyik menonton drama Nora Elena.

"Beli tu," Suara semacam. Umar memandang ke arah isterinya. Iklan di televisyen tak diendahkan.

"Yang tu," Sheera tunjuk ke arah televisyen. Umar pelik.

"Ira nak beli tv baru ke? Kita berdua je kat rumah ni. Buat apa nak beli tv banyak-banyak," Umar ketawa.

"Bukan, yang tulah," Sheera bangun dari sofa. Umar masih terpinga-pinga. Dia renung iklan itu lama.

"Ooh tuala wanita?" Umar ketawa berdekah-dekah. Sheera membuat muka dan terus berura hendak ke atas. Sakit perutnya tak tertanggung lagi. Dia perlu berehat. Tangannya ditarik.

"Abang tak faham. Sorrylah sayang," Dipeluknya kejap. Sheera tak menolak seperti selalu. Terkejut barangkali.

"Abang belikan ya. Tapi lepas drama ni boleh?" Sengaja disakat isterinya. Sheera menolak tubuh sasa suaminya kuat, tanda protes.

"Tak apalah. Saya pergi beli sendiri," Kelibat isterinya diperhatikan saja.

"Sayang, abang belikan. Sama macam kat iklan ye?" Umar jerit. Sheera senyap.

xxxxx

"Sakit lagi?" Umar mengetuk pintu terlebih dahulu.

"Tak, awak kenapa datang sini?" Terkejut.

"Abang risau," Tersentuh hatinya.

"Saya dah okey. Dah beli benda tu?" Sheera tetap malu.

"Dah, nah," Umar meletakkan tuala wanita di sisinya. Sheera tak segera mengambilnya. Dibiarkan seketika.

"Ira, ambillah. Tadi nak kan? Ke nak abang pakaikan?" Usik Umar. Ketawa Umar membingitkan telinga Sheera. Dia segera ambil dan bergerak untuk bangun dari pembaringannya.

"Sayang, Meh abang pimpinkan nak?" Tangan Umar segera memegang lengan isterinya. Ditolak keras. 

"Saya bukan sakit apapun. Awak tak payah nak tunjuk romantik kat sini," Sinis. Umar hanya memandang isterinya ke bilik air.

xxxxx

Bunyi loceng memaksa Sheera Adilla bangun dari duduknya. Terlalu asyik dengan komputernya. Hari ini dia mengambil cuti kerana pening kepala pagi tadi.

"Mak, abah bila sampai?" Mak Pah tersenyum. Hanya anaknya yang ada di rumah.

"Baru je. Tekan loceng terus masa sampai tadi," Abah pula menyampuk.

"Hah, jemputlah masuk. Panas ni," Sheera mengangkat beg besarnya. Tiba di ruang tamu Sheera meletakkan beg perlahan.

"Mak abah duduk dula. Ira buat air. Kejap lagi abang Umar baliklah tu," Sheera meninggalkan mak abahnya sebentar.

Tangannya segera menelefon Umar.

"Hello awak, mak abah datang. Nampak macam nak tinggal sini. Macam mana?" Umar ketawa. 

"Gelak pulak. Saya serius ni. Macam mana kalau kantoi?" 

"Ira tak payah runsing. Kunci bilik Ira. Ambil barang penting masuk bilik abang. Berapa hari je pun kan?" Umar membuat keputusan. Saat inilah yang dinantikan.

"Okeylah kalau macam tu. Saya ikut je," Letak. Umar tersenyum panjang.

xxxxx

"Umar,"

"Ya abah," Umar berjalan mendekati bapa mertuanya yang berdiri di luar rumah.

"Umar, abah ni dah tua. Lama makan asam garam," Mukadimahnya membuatkan Umar sedikit gentar.

"Ya abah. Umar tahu. Banyak lagi saya kena belajar dari abah," Umar sengaja menyembunyikan rasa yang berbaur.

"Abah tengok kamu dengan si Ira tu macam tak bahagia. Abah ni risau anak menantu abah. Kalau bahagia alhamdulillah. Boleh cepat-cepat jadi atuk. Ye tak?" Abah berseloroh dalam masa serius.

"Abah jangan risau. Kami okey. Biasalah proses perkenalan. Ai bah, awal sangat nak cerita pasal anak. Baru sebulan kami menikah," Giliran Umar pula berseloroh. Keduanya ketawa.

xxxxx

"Ira, janganlah duduk kat karpet tu. Tak selesa. Meh tidur sini," Umar memanggil.

"Saya okey. Awak jangan ingat mak abah saya ada awak boleh ambil kesempatan kat saya. Ingat saya suka ke awak peluk-peluk saya tadi?" Panas hatinya.

"Ira, sampai hati tuduh abang macam tu? Ira tahu tak abah dah syak. Ira suka mak abah tahu kita sememangnya tak bahagia? Tak macam suami isteri lain?" Suaranya agak keras. Umar sudah pun duduk di depan Sheera.

"Hah? Abah tahu? Abah kata apa?" Sheera sudah mula cuak. Dalam hatinya hanya memikirkan kebahagiaan mak dan abahnya. Dia cuba keraskan hati untuk terima Umar. Bukan dia tak suka tapi ada sesuatu yang membuatkan dia dingin sebegini.

"Abah cuma kata kita nampak tak bahagia. Abah nak cucu cepat kalau boleh," Umar senyap seketika. Dia menantikan reaksi isterinya. Malang sekali Sheera buat selamba. Seperti tak dengar soal anak dibangkitkan.

"Ira dengar tak?" Umar tak puas hati. 'Mustahil tak dengar' Getus hati lelakinya.

"Dengar, dah tu nak saya buat apa?" Ira mendengus.

"Tak ada apalah. Abang nak tidur. Kalau Ira tak selesa kat sini. Tidur je kat atas ni. Abang tak kisah, Memang tempat Ira pun," Umar naik ke katil. Sheera bungkam.

xxxxx

Angin menderu masuk. Langsir sudah melayang-layang. Sheera terjaga dari lena. Memandang tepat pada tingkap. Hatinya mula merasakan sesuatu. Perlahan dia menutup semula matanya. Ketakutan mula menyelubungi.

Prakkk. Bunyi itu. Sheera tak putus berdoa dalam hati. Pantas tarik selimut tutup mukanya sekali. Sheera sudah berpeluh dingin. Hujan turun lebat selebatnya. Petir mula berlawan antara satu sama lain. Sheera bangun dan terus mendapatkan Umar di atas katil.

"Awak....awak..bangun!" Bisiknya. Umar tak juga terjaga. Cahaya petir menerjah masuk membuatkan dia makin takut. Sheera segera memeluk Umar erat.

"Ira kenapa?" Umar terjaga mendengar tangisan bersungguh Sheera.

"Sayang, kenapa ni?" Umar mengesat air mata isterinya. Dia meraih Sheera ke pelukannya. Erat sekali. Mereka lupa segala sengketa. Senyap. Hanya hujan menemani suami isteri itu hingga ke dinihari.

xxxxx

"Maknya, mana anak kamu ni? Dah pagi takkan tak bangun lagi?" Abah membebel.

"Biarlah bang. Diorang kan pengantin baru. Biarlah tidur lama sikit," Mak Pah dah ketawa. 

"Baguslah. Abang memang tak sabar nak bercucu. Asyik tengok kamu je Pah. Bosan," Tergelak besar. Suka menyakat isterinya.

"Bosan dengan saya ke bang? Abang mujur teringin cucu. Kalau teringin anak sendiri memang saya luku abang," Mak Pah serius. 

"Hai, abang dah tua. Tunggu kubur panggil je ni," Mak Pah juga menginsafi diri. Keduanya masih menanti anak menantu turun makan sarapan pagi.

xxxxx

"Ira, bangun sayang," Umar mengejutkan isterinya. Nyenyak sungguh dia tidur. Kalau tak mengenangkan mak dan abah ada di rumah. Memang dia tak mahu melepaskan saat-saat indah bersama isteri tercinta.

"Eh, dah pagi," Sheera mamai. Dia bangun terus ke bilik air. Umar memandang sambil tersenyum.

"Awak turun dulu. Nanti saya turun," Padahal dia sudah malu dengan Umar. Sungguh. Kelemahannya terlihat. Pastilah malu nak berdepan dengan suaminya kelak.

"Abang nak tunggu Ira. Kita turun sama-sama," Umar ketawa. Sheera geram.

"Awak...awak..." Sheera memanggil dari dalam. Dia lupa membawa baju baru untuk ditukar. Umar tak segera menjawab. Sengaja dia membiarkan.

"Ah, awak dah turun ke?" Sheera menjerit dari dalam. Namun tiada suara sahutan. Dia tekad untuk keluar kerana yakin Umar sudah turun.

"Arghhhhhhh!" Terasa erat pelukan dari belakang.

"Syhhh abanglah ni," Umar ketawa.

"Awak buat apa ni?" Sheera lemas.

"Peluk isteri sendiri," Umar menjawab.

"Lepaskan saya. Saya panggil tak menyahut kenapa?" Sheera berusaha melepaskan diri. Namun, tualanya hampir terlucut.

"Awak lepaslah. Tuala saya," Rayuan isterinya meruntun jiwa. Dia melepaskan perlahan.

"Benci!" Umar ketawa. Duduk di birai katil sambil memandang isterinya mencari baju.

"Jangan pandang sayalah," Sheera sungguh malu.

"Abang pandang isteri abang. Tak salah kan?" Umar mendekati isterinya. 

"Jangan mengada Umar. Saya nak tukar baju. Baik awak turun dulu. Kang mak abah kata apa pulak," Umar membatalkan niatnya. Meskipun naluri lelakinya bergelodak hebat ketika ini.

"Abang turun dulu. Cepat sikit," Flying kiss dihadiahkan. Sheera menjegilkan mata.

xxxxx

"Sayang, dah dekat dua bulan kita kahwin. Takkan sedikit pun tak ada rasa cinta untuk abang?"  Sheera terdiam.

"Abang macam tunggul kat rumah ni. Kalau betul Ira tak boleh terima abang juga, abang rela lepaskan Ira," Umar berat hati.

Keduanya diam. Sheera tiba-tiba sebak. Air mata bergenang. Sungguh berat beban yang dia tanggung kerana tak sanggup memberitahu suaminya perkara sebenar. Umar memandang sayu. 

"Kenapa Ira nangis? Abang salah cakap ke?" Umar risau. Segera dia duduk di sebelah isterinya. Peluk rapat.

"Ira berdosa dengan abang. Ampunkan Ira. Ira tak sanggup lukakan hati abang. Lelaki yang pertama berada di hati Ira," Tangisan memenuhi segenap ruang. Umar terkejut dengan pengakuan isterinya itu.

"Sayang, kata-kata itulah abang nantikan selama ni. Sebelum kita kahwin lagi," Umar mencium ubun-ubun isterinya penuh kasih.

"Tapi..." Sheera memandang suaminya dengan renungan sukar ditafsirkan. Umar berkerut.

"Ada satu benda yang Ira rahsiakan dari abang selama ini. Mak abah pun tak tahu," 

"Apa dia?"

"Ira ada penyakit,"

"Apa? Ira sakit apa sayang?" Umar benar-benar terkejut.

"Ira ada lemah jantung. Sebab tu malam tu Ira..." Umar tersengih memikirkan.

"Sayang, mati itu pasti. Takkan sebab penyakit Ira nak korbankan sisa hidup Ira dengan bersedih dan meratapi nasib? Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya," Umar menasihati isterinya.

"Jadi, abang tak kisah kalau Ira mati sebelum abang? Sebelum anak-anak kita lahir?"  Sheera berhenti menangis.

"Anak? Abang suka tu," Segera Sheera mencubit lengan suaminya. Malu menerpa. Lupa tentang penyakitnya yang baru dia ketahui tak lama dulu.

"Abang serius. Kalaupun ditakdirkan Ira pergi dulu sebelum abang. Abang redha. Siapa kita nak melawan takdir Ira? Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya, Jadilah! Lalu jadilah ia. Dalam surah Al Baqarah, ayat 117,"

"Abang, maafkan Ira. Maafkan Ira kerana mengabaikan tanggungjawab seorang isteri selama ini," Sheera memeluk suaminya.

"Sayang, maaf abang sentiasa tersedia untuk Ira. Bagi abang Sheeralah cinta sampai mati. Tak ada orang dapat gantikan tempat di hati abang. Terima kasih sayang. Terima kasih atas segalanya," Sheera Adilla menangis. Tangisan kegembiraan tanda syukur ke hadrat Ilahi.

xxxxxx

"Sheera, dah setahun setengah umur anak kita. Sayang tahu tak? Anak kita panggil abang, Walid. Lama abang nantikan. Tapi sayang jangan lupa. Anak kita menanti Uminya. Nak panggil Umi pula. Cepat-cepat balik. Abang rindu dan anak kita pun rindu," Sheera tersenyum mendengar suara suaminya di corong telefon. 

Kini dia di tahan di sebuah hospital terbaik di India. Penderma organ iaitu jantung bersedia memberikan jantungnya. Siapa sangka dengan takdir yang Allah telah ciptakan. Begitu indah hidupnya. Sebulan berjauhan dengan keluarga di Malaysia. Dia sudah mula belajar erti rindu. Bukan suaminya tak mahu temankan. Tapi terikat dengan kerja. Lagi pula adiknya belajar di sini. Di Manipal. Dia tak kesunyian lagi.

Tamat=)
Saja nak tambah penamat yang lebih baik. Aku tak suka ending tergantung. Kalau cerpen untuk contest ending dia lain. Siapa baca yang tu mesti tak nak baca yang ni=P

3 comments:

Cik Pulau said...

yerr..
sangat tak suka ending tergantung..
this one..
like so much~..

^^,

Sunah Sakura said...

oh, i likeeeeeeeeee~~~

Unknown said...

suka sgt cerpen nih!!! :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers