CORETAN TERBARU NADH

Tips untuk nak dapat follower ramai macam...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kalau nak ramai macam Bro ben boleh klik sini. Hehe aku nak cerita pasal follower. Membaca entry bro ben my sifu tak diiktiraf membuatkan aku terfikir. Yelah tips dari amatur siapa nak layan. Eh ada aku kisah? Kalau aku kisah lama dah bungkus blog cintan cintun aku ni.

Aku tau korang teringin nak ramai follower dan membaca entry. Takat follow je baik ko pergi FB paksa semua kawan-kawan saudara geng-geng masuk follow blog kau. Ni tak, kita nak tambat hati dia supaya melekat baca blog kita sampai bertahun lamanya.

Tips original ni. Tak main ciplak-ciplak.
1. Tengok pembaca korang punya latar belakang. Tua, muda, perempuan, lelaki, dia minat masak? suka baca novel? Tak kisahlah. Yang penting kenali mereka.

2. Ikut rentak diorang. Maknanya kau tulis blog acuan korang sendiri tapi ikut citarasa mereka. Kalau diorang suka baca cintan-cintan kau tulis cintan-cinta versi kau. Apa susah?

3. Jangan copy paste berita sama. Orang bosan. Versatilekan berita tu. Orang bunuh diri contohnya. Buatlah cerita gempak.

4. Ada kisah lawak yang selalu dengar. Korang ubahsuai menjadi gaya korang.

5. Cerita korang punya life tapi buat orang lain faham, rasai, terhibur dengan entry kita. Selitkan nilai murni.

Kesimpulan menulis blog macam cikgu jugak. Kalau cikgu asyik suruh baca buku sama bosan tak? Kan simple. Gunakan kaedah pelbagai tarik minat pembaca. Bila mereka tertawan, entry simple macam mana pun diorang nak masuk baca. Tak kisahlah kau tulis apapun. Still masuk dan baca kan? Cikgu Ran nak stop dulu. Nak ikut ikut. Tak nak tak paksa. KLIK SINI untuk yang matang dan profesional sikit.

Post by,
Miss Ran 

7 comments:

Ujang9897 said...

baik cikgu..=)

dapat jugak ilmu...

shahjiehan said...

erk terasanya..SJ slalu copy berita yg menarik je..ptt la org x mai..sabaq ja la... uhuhu

Anonymous said...

thnx bagi tips utk blogger yg baru dan masih mentah dalam dunia blogging macam nadia neeh.Hihi dapat la nadia amek sikit pengalaman dari kamu ye.

Tasha said...

wah cikgu kita ni..... bila dah berkata-kata..... macam2.
p/s: rajin nyer MR update blog

Nurdiyana Yaccob said...

terima kasih cikgu....tips berguna..tp nk jd kreatif ni yg deqdeq x pandai lagi..msh belajar utk menjadi kreatif agar leh jadi glamour mcm ujang...hehehe

Cikgu Khairul Arif said...

nice info..cheers =)

Engku Sulwani said...

hehe dah folow.
folow sy jgk ye :)
thks 4 the tips!

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers