ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
"Abang, semoga abang bahagia. Ina tetap akan tunggu abang," Amalina tersenyum. Matanya masih bergenang air mata. Nurin mula sayu melihat bekas tunang lelaki itu.
"Bos, jemput masuk," Izamir menyedarkan Nurin. Dia hanya mengangguk. Dia masuk rumah Izamir. Maknanya dia akan bertemu muka dengan emak lelaki itu. Dia berdebar. Dipandangnya penampilan sendiri atas bawah. Baju pejabat. Rasa malu pula.
"Jomlah bos. Baju bos okey je," Izamir memahami. Hasunah ke depan. Dia nampak seseorang di luar.
"Eh Iz. Ajaklah kawan masuk," Hasunah tersenyum. Dia tahu perempuan tu sudah dengar pertelingkahan keluarga tadi. Dia cuba mengawal emosi. Nurin masuk dan terus bersalam. Sopan. Izamir hanya memandang.
"Iz, buat air. Mak layan tamu ni," Izamir nak tak nak ke dapur. Dia bukan tak pandai. Cuma risau bos di luar sendirian dengan emaknya. Entah apa soalan yang akan ditanya.
xxxxx
"Nama anak ni apa?" Hasunah memulakan perbualan. Tak pernah Izamir anaknya membawa perempuan pulang ke rumah. Keadaan tak jangka pula. Hatinya dah berbunga. 'Perempuan ini istimewa' bisik hatinya.
"Nurin, mak cik. Maaflah tak bawa buah tangan. Saya tak tahu pulak Izamir nak ke sini," Tersenyum. Debaran makin kuat. Masa ini amat tak sesuai untuk berkenalan. Tapi apakan daya. Emak Izamir layannya mesra.
"Nurin ni kerja sama dengan anak makcik ke?" Hasunah memandang raut wajah Nurin. 'Comel' Hatinya berdesis.
"Aah saya kerja sama dengan dia," Jawab Nurin sopan. Dia enggan menghebahkan bahawa dia bos. Tak mahu digelar sombong dan bongkak pula.
"Maaflah. Makcik bukan apa. Iz tak pernah-pernah bawak orang datang rumah," Kata-kata emak Izamir menarik perhatiannya.
"Yeke makcik? Saya pun memang tak pernah datang rumah lelaki macam ni. Rasa kekok pula," Jujur Nurin memberitahu. Hasunah senyum. Dia suka Nurin. Baginya Nurin begitu jujur dalam kata-katanya. Pandangan seorang ibu takkan menipu. Izamir kembali menatang air. 3 gelas semuanya.
"Jemput minum, bos, mak. Air tangan orang bujang," Sengih.
"Jemput minum Nurin. Anak makcik memang boleh harap. Suruh je buat apa. Dia mesti buat," Hasunah tersenyum. Nurin minum perlahan.
"Oh ya, Iz ni kawan sekerja kamu ye?" Izamir tersedak.
"Apa pulak mak. Dia bos tau. Ayah dia empunya syarikat tu," Hasunah terkejut. Nurin tersengih. Bocor sudah rahsianya. Sungguh dia tak kisah kalau orang tak tahu dia anak orang berada.
"Eh, Nurin tak beritahu pulak. Dia kata kawan kerja je," Hasunah malu.
"Mak, bos Iz tak kisahlah. Dia okey je," Nurin hanya mengangguk. Dia suka melihat keakraban dua beranak. Izamir duduk di sebelah emaknya.
"Makcik bertuah. Anak makcik pekerja yang rajin," Nurin berkata perlahan. Dia tak tahu nak kata apa lagi. Kekok menguasai diri.
"Itulah, dia jelah harta makcik. Seorang lagi dah menikah. Busy dengan family sendiri," Hasunah bertukar nada. Nurin rasa bersalah.
"Maaf makcik. Tapi sungguh. Iz memang boleh harap budaknya. Sebab dia rajinlah saya bagi dia cuti hari ni. Iz awak tak payah office. Teman makcik je," Nurin ikhlas.
"Apa pulak bos? Kerja banyak lagi. Lagipun bos jangan lupa. Bos nak balik office macam mana? Guna kereta saya kan tadi?" Izamir menolak tawaran bosnya. Dia sudah malu dengan apa yang berlaku hari ini.
"Makcik dah biasa seorang kat rumah. Nurin dengan Iz pergi kerja. Tapi satu je makcik nak mintak..." Keduanya memandang.
"Mintak apa mak?" Iz tanya terlebih dahulu. Nurin turut tertanya.
"Nurin makan tengahari sini. Lepas makan baru balik. Makcik segan kalau Nurin datang tak makan apa-apa," Hasunah bersungguh. Izamir menggaru kepala. Dipandangnya bos. 'Bolehke bos makan kat rumah buruk dia ni?'
"Oh makcik ni. Susah-suah je. Tapi kalau makcik bersungguh, takkan saya nak tolak kan?" Hasunah tesenyum bahagia.
"Tapi makcik, bagi saya tolong ya?" Izamir terkejut.
"Bos pandai masak ke?" Nurin menjeling.
"Mestilah. Kat rumah saya suka masak. Lagipun mak dah tak ada lama," Nurin menunduk. Hasunah menyiku Izamir atas keterlanjuran kata.
"Maaf bos. Tak ada niat pun nak perlekeh bos," Izamir segera bangun. Hasunah menepuk bahu anaknya dan berlalu ke dapur.
"Tak apalah, Izamir saya tak ambil hati pun. Saya masak sedap-sedap. Nanti awak komen okey?" Nurin tersenyum dan ke dapur. Dia buat seperti tiada apa yang berlaku. Izamir tersenyum bahagia. Dia terlupa tentang kerja. Terlupa tentang Pak Long. Terlupa tentang Nurin ialah bosnya.
xxxxx
"Hai Lini," Iqbal berdiri sebelahnya. Azlini sibuk mengemas meja. Kerjanya bertangguh. Bos tak masuk pejabat membuatkan dia lebih banyak kerja. Terpaksa menjawab panggilan masuk yang banyak.
"Kau nak apa Iqbal? Aku busylah," Azlini tiada mood nak layan. Kerjanya memaksa dia tumpukan perhatian yang sewajarnya. Iqbal monyok di depan.
"Ala, janganlah kau aku. Panggil abang. Jangan lupa abang lagi tua tau," Iqbal Hakimi tersengih. Azlini memandang pelik. Pagi tadi dah pelik. Sekarang lagi pelik.
"Kau peliklah Iq. Dari pagi lagi. Kenapa? Kena sampuk ye?" Azlini memandang pujaannya.
"Aah kena sampuk. Sampuk dengan wanita bernama Azlini. Jomlah lunch. Abang belanja," Azlini tergoda.
"Er nak makan sama eh? Tak pernah pulak kau ajak aku Iq?" Senyum sindir.
"Ala ni abang ajak ni. Bahasakan abang, Lini," Azlini tersenyum bahagia. Lama-lama hatinya cair. Bukan selalu Iqbal ajak makan. Selalunya hilang berkepit dengan pekerja lain.
"Jom, tapi kau belanja tau. Aku nak makan banyak,"
"Anything for you dear," Tangan Azlini ditarik. Lagak mereka tak ubah seperti pasangan bahagia.
xxxxx
"Eh kau nampak tak apa aku nampak tu?" Wany mula bersuara. Dia pelik melihat dua orang kawan sekerjanya.
"Aku nampak. Apa yang kau pelik. Si Iq tu kan playboy," Azizi membalas.
"Tulah, yang peliknya dia dengan Lini. Kau tahu kan diorang selalu je gaduh. Si Lini bukan taste Iq pun," Wany menjeling ke pintu. Keduanya berpegangan tangan.
"Kau tak nampak baju Lini? Semua tersembul. Mana Iq tak suka. Aku pun suka. Tapi selamat iman aku kuat lagi tau," Azizi bersenda.
"Eh gatal kau kan," Keduanya ketawa.
Ps: Tamat sudah part kali ini. Pelakon tambahan: Cikgu Jiji dengan adik Wany dari geng KBU=)
4 comments:
hehe aku baru sedor aku dah jadi retiss sekangni
tetiba ada jiji...sibukkk jeeee! ;p
wohoo... mesti mak iz dah berkenan kat cik nurin tu yer.. hahaha..
errkk.. lini kuar lunch dengan iqbal?? adeh..
ehhh.. ada watak baru la..
kikiki..^^,
makcikkkkk......hahahahaha
Post a Comment