CORETAN TERBARU NADH

Cintakah ini? 4

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Seperti biasa part sebelumnya di sebelah tepi sana. Godek sendiri okey.

Amy duduk di birai katil. Dia masih teringat kata-kata abangnya, Lokman. Hatinya mula risau. Hari ahad pun batang hidung suaminya tak kelihatan. Dia bangung tadi Ikmal tiada di rumah. Sejak pindah mereka tidur di bilik berasingan. Ikmal tak membantah. Namun, sudah sebulan mereka duduk di rumah seperti kawan. Tiada apa yang beza. Seperti teman serumah lagaknya.

"Apa Ikmal buat?" Getusnya perlahan. Amy bingkas bangun. Dia perlu mencari tahu tindak tanduk suaminya.

"Apa aku nak buat ya?" Amy mundar mandir di ruangan kamarnya.

"Hah, selongkar biliknya dulu," Amy mendapat idea. Segera keluar kamar. Pintu bilik suaminya dibuka. Namun, gagal. Kunci!

"Mamat ni kunci pulak. Ada ke kunci pendua?" Amy mula risau. Kepala otaknya sudah berpusing ligat. Dia sudah mula berasa tak senang. Ini semua gara-gara abangnya. Puas dia mencari kunci pendua namun gagal. Akhirnya dia membuat keputusan untuk memasak. Perutnya sudah berkeroncong.

xxxxx

"Sampai bila kau nak buat macam ni?" Iskandar bertanya.

"Entahlah. Aku pun tak tahu. Kadang aku rasa patut aku tak payah paksa dia kahwin dulu,"

"Tulah, tapi kan dah jodoh. Kau nak buat apa lepas ni?"

"Aku diam dulu. Biarkan dia yang cari aku. Aku dah malas nak buat dia terima aku. Terseksa bro,"

"Amy memang. Aku kenal dia. Kau jangan risau. Dia mesti tengah cuak sekarang," Lokman pula menyibuk.

"Saya harap sangat bang," Dia mendengus. Letih hidup seperti bujang begini. Mujur saja ada Lokman dan Iskandar.

"Jom pergi main futsal. Malam ni ada team lawan," Iskandar mengajak.

"Yeke?" Lokman menyelit.

"Aah, baik punya. Team kita memang sedia je ni,"

"Jom Mal. Kau duduk sini buang masa je tau," Lokman mengajak.

"Saya bukan bujang lagi. Sampai malam pulak?" Ikmal serba salah.

"Masa nilah kau nak rasa bujang. Nanti Amy dah ikat kau. Masa tu memang kitorang surrender!" Iskandar pula menyampuk. Keduanya tergelak besar.

xxxxx

Amy menonton televisyen sendirian. Jam menunjukkan pukul 10 malam. Namun, kelibat suaminya masih tak kelihatan. Dia mula berprasangka. Telefilem di kaca tv tidak diendahkan. Lamunan jauh mengenangkan kisah rumahtangganya yang mula bergoyang. Salah dia juga.

Dia mulai bosan, dicapainya Ipad 2 pemberian suaminya seminggu lalu. Dia tak berniat nak mengakses internet. Hanya mahu bermain game. Angry Birds dipilih. Tekun sungguh dia bermain. Terganggu dengan lagu Alhamdulillah, Maher Zain berbunyi. Dengan malas Amy mengambil handsetnya.

"Mak," Sepatah kata. Malas dia nak jawab. Namun, terkenangkan maknya yang mengambil berat tentang perkahwinan ini. Dia menekan punat berwarna hijau.

"Hello, assalamualaikum mak,"

"Waalaikumsalam, buat apa? Lambat jawab," Mak mula menyoal. Amy memikirkan ayat sesuai untuk kelentong emaknya.

"Kat bilik air tadi. Kenapa telefon malam-malam ni mak?" Zainab menggeleng.

"Salahke mak telefon. Harap kamu? Haih lama lagi nak dengar suara. Batang hidung pun tak nampak," Mak seakan rajuk.

"Ala, orang busylah mak. Bukan sengaja. Abah mana?" Segera tukar topik.

"Abah tengok bola. Kamu tak tidur lagi ke? Esok kan nak kerja?"

"Belum mengantuk. Abang ada ke mak?" Amy sengaja bertanya. Teringat kata-kata abangnya pagi tadi.

"Tak ada. Main bola. Kan ke Ikmal pun main bola jugak. Takkan kamu tak tahu," Mak mula syak.

"Eh Amy lupa. Abang ada cakap pagi tadi," Amy mengawal rasa. 'Main bola?'

"Amy okey ke dengan Ikmal tu?" Zainab risau.

"Okey je mak. Mak tak payah risau. Anak mak ni isteri terbaik," Sempat melawak. Malas susahkan hati orang tua.

"Mak mana tak risau. Kamu kalau ada masalah bagitau. Jangan kata kamu ke hulu Ikmal ke hilir. Itu bukan perkahwinan," Mak sudah mula. Tiba-tiba air matanya bergenang.

"Tak apalah mak. Pandailah Amy nak jaga perkahwinan Amy ni," Amy mengawal rasa.

"Yalah, mak percaya kat akak. Kalau tak ada masalah, legalah hati mak ni," Amy terdiam.

"Dahlah, abang Lokman kamu dah balik ni. Ikmal kejap lagi baliklah tu. Okeylah. Assalamualaikum," Mak terus letak. Air matanya berderai. Mata tertancap pada pintu. Masih tak kelihatan cahaya dari lampu kenderaan suaminya. Dia menangis teresak-esak. Lama. Sehinggakan dia tertidur di situ.

xxxxx

"Awak, awak!" Si isteri meracau. Ikmal terjaga. Laju menuju ke arah bilik isterinya. Di tolak pintu kuat. Dia sendiri yang mendukung Amy ke atas setelah isterinya sudah ketiduran.

"Sayang, kenapa ni?" Pipi isterinya ditepuk-tepuk perlahan. Amy terkejut. Masih separa sedar. Segera dia menangis di bahu suaminya itu. Lama sungguh. Ikmal terkaku. Masih menenangkan isterinya baru berani membuka mulutnya. Banyak persoalan yang timbul.

"Sayang," Bahu isterinya dipegang lembut. Amy masih menunduk. Mimpi sebentar tadi sungguh menakutkan. Mimpi buruk yang tak ingin dia ulangi. Sungguh!

Ps: Saja nak saspen. Bila nak habis? Weh geram betul. Part ni tak habis jugak. Tak terfikir ending lagi sebenarnya. Korang nak macam mana? Terima kasih yang mengikuti jiran-jiran, Nadh, Lini, Jiji, Sunah. Tak lupa keroro si alien. Haha

7 comments:

fRaMe+LenSeS said...

jiwa kacau.. aahahaha.. tak sabar nak tau selanjutnya.. weee~~

Cik Pulau said...

happy ending please...

dia baik ngan laki dia, masak sama2, then pregnant, dpat anak, lokman pn kawen jugak.

hahaha..

budaksowt said...

bilalah nak sampai ending ni...ish2..


Latest entri:Ada Raksasa Disebalik Bukit

K said...

adeh.. saje buat saspens lagi, hehe XD

Sunah Sakura said...

aduiiiiiiiiiiiiiii tak abis lagi???????????? hahahahhahha~ gggrrr! cepat2...nak tau ending!

Admin said...

Salam.
Anda menulis dengan sangat baik. Teruskan bakat ini.

fardhilah said...

ciss.. tak hbs lg..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers