CORETAN TERBARU NADH

Asyik gaduh

Selalu tak korang asyik gaduh dengan seseorang? Kadang tu perkara remeh je? Tahu apa puncanya? Aku menulis berdasarkan pengalaman aku. Bukan nak kata pasangan bercinta. Dengan kawan ke apa ke. Mesti ada pergaduhan kecil yang buat rasa kita letih nak hadap.

Punca utama masalah tu ialah terlalu banyak berkomunikasi. Ikutlah guna medium apapun. Sms, call, twitter, fb dan face to face sekalipun. Bila kita banyak berborak antara satu sama lain, kadang ada yang kita cakap akan menimbulkan salah faham.

Ini contoh. Ada sesetengah lelaki tak suka mesej 24 jam. Alasan dia nak masa untuk bersendiri. Jadi bila tak balas dia anggap perempuan tu faham. Sebaliknya perempuan tunggu bagai nak rak. Risau jadi apa-apa. Tapi lelaki tu tetap tak mesej dan bila mesej terus lupakan hal dulu.

Bengang? Mestilah. Penat kot tunggu. Sebab tu ada perbezaan antara lelaki dan perempuan. Ada juga perempuan yang macam tu. Orang prihatin dia tak nampak. Sebab tu aku kata komunikasi berlebihan pun buat kita akan bergaduh. Buat serabut otak je kan.

Jadi saranan aku, kurangkan komunikasi. Biarlah seseorang ada masa dengan keluarga, kawan dan lain-lain. Sebabnya, nanti kita jugak yang sakit hati menunggu balasan. Dia tak salah. Kita yang bengang sendiri. Sudahnya makan hati. Ya aku tahu penantian satu penyeksaan. Sebab tu malas nak mesej ke apa. Handset terbiar je. :-P

Ps: Dia pelik tapi benar erk.
Published with Blogger-droid v1.7.4

10 comments:

Sunah Sakura said...

baeklah you...i janji akan kurangkan...

cintailmu89 said...

err..memang kenyataan pon..
rimas kalau asyik nak bersms je..

maszull said...

assalamualaikum iffah...mmg betul sesetengah lelaki mmg x suka sms selalu jadi biarkn sampai die sendiri yg hantar sms dulu...:)

aamalinaazman said...

emmmmm
kak ngahh
betul
makan ati sowg2 jugak =(

Daddylicious said...

mmg perlu sendiri kadang2...

Sis Lin said...

arghhh owang lelaki ni tim bercinta tel mcm nyawa, 24jam duk asyik sms..tp bila dh kawin dh depan mata..ermmm sms pagi, ptg bru jawab...hahahaaaa

percayalahhhhhhhhh :p

Masz Mukhtar said...

Dah balik ke kau? Skema. Haha

Nong Andy said...

Pelik kan? benda kecik pun dah jadi hal.. pasal sms pun boleh jadi rajuk yg pjg. Tapi lelaki x sensetif hal2 tu & kita pempuan pula anggap lelaki Psikik bleh baca isi hati kita hahaha.. p'puan selalu ckp terbalik. Kalau marah kata takde apa2.. Tapi menjeruk rasa mcm nak pengsan!

*Ini pengalamanku sendiri.. bila ingat balik aku akan tergelak sendiri! ops.. sori iffah.. dah terpjg! ingatkan blog aku tadi :)

fRaMe+LenSeS said...

ada ja pengalaman macam ni. but bkn Nadh la. sahabat nadh. last mmg tau la. orang tu tak mau pn kat depa. so moral of the story, main senjata perang peluru tabur ya. ahahahha :P

Asyikin said...

masing-masing ada space sendiri :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers