CORETAN TERBARU NADH

Pengapit yang sengal

Assalamualaikum, selesai sudah upacara hantar menantu kakak kedua aku. Tak sangka dia dah kahwin kan. Rasa baru lagi aku mengepow duit dia. Semalam dapat duit lagi tapi oleh kerana tangki minyak kereta ayah aku telah kosong terpaksalah aku mengisinya. Haiyo ayahku ini. Kata gaji masuk tapi duit ada seringit-seringgit je. Dahlah mahal minyak sekarang.

Gambar? Ada kat facebook. Nak tengok ke? Haha ni aku tunjuk. Sebenarnya nak cerita aku jadi pengapit. First time tu. Cuak! Rasa macam nak lari je. Lepas tu nak ketuk-ketuk je pengantin lelaki kerana merendah-rendahkan aku yang rendah ni. Bini dia rendah jugak k.

Ini adik beradik aku yang tinggal. Ada kakak, abang ngan adik tak ada sekarang!
Masa nak mengipas kat pelamin tu aku janggal. Dahlah ada upacara tepung tawar. Hate it! Rasa macam nak maki je orang yang suruh buat. Bukan apa aku pernah dengar yang ustaz aku aka adik kepada ustaz pengacara AL KULIYAH cakap yepun tawar haram. Tu sebenarnya upacara adat orang india. Kita adapt menjadikan ia budaya kita. Macam-macam budaya kita dah serap sebenarnya. Kita je tak sedar. Mcam melenggang perut masa mengandung, salai orang mengandung, berendoi (semua budaya ada, aku pernah tengok kat melaka masa pesta makanan melaka 2010).
Bukti aku si pengapit!

Yang tak bestnya semua keluarga aku kena buat. Kami bukan tak mementingkan adat tapi benda yang mengarut kitorang tak berapa nak buat. Tapi tulah. Adat bertandang rumah orang. Kenalah buat ikut orang cakap. Macam-macam hal jadi. Aku asyik tergelak je. Nak control ayu apa? Tak ada maknanya. Haha Ada sekali akupun dibaling air apa tah dalam bekas tembaga tu. Katanya berkat dapat jodoh awal. Apa bendalah diorang ni. Muda remaja lagi ni. Eh tak remaja dah.

Aku pernah dengar yang kalau jadi pengapit lambat kahwin? Betulkah? Kakak aku jadi pengapit tapi kahwin je sekarang. Macam-macam kepercayaanlah. Yang penting aku dapat makan di meja pengantin. Gambar paling banyak mestilah kami si pengapit. Wakaka gila gambar. Penat senyum!


Ibu, Ayah, Abang ipar dan Kakak aku!

ps: Semoga kakak aku happy together and dapat anak cepat-cepat. Kesian ecah tak ada kawan!

Post by,
Miss Ran 

4 comments:

Nadhirah AR said...

bestnye jadi pengapit . ehehe :) dapat glemer gak . kan :)

Unknown said...

tak best pon..biase je..dpt mkn kat meja pngntin je bes

Naniey TJ said...

hahahaha.... sapa sblh tu?????
olor....bt pe nk ksh lmbt ke cpt.... da smpi jodoh kawen jgk......cth t'dkt aq ni ha.....hahahahaha......

Unknown said...

ceh gedikla ko..sbok ngn mamat tu pla..23 taun, uitm, hafiz kot nmenye

sangat tggi. erm ko bkak abg ipar akunye gamba, ade di tag die..g la survey k haha

ko da kwen ke? cte ko siyes best! puji ni

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers