CORETAN TERBARU NADH

Dari Dapur Seri Iman 24

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Datang lagi? (Sila buat gaya penyambut tetamu spa dalam filem pisau cukur)
Haha annoying gila muka aku je update entry. Lepas tu aku cerita masak je kan? Jangan bosan. Cuti ni je ada masa lapang melampau. Nanti dah praktikum rindu nak blogging. Rindu nak masak. Kang aku selitkan BBM kat dalam ni pulak. Haha siapa tahu?

Okey masuk bab masak. Aku buat lepas makan tengahari. Seronok je dapat menyepahkan dapur omak den. Hehe...

Puding Milo blink-blink(Saja bikin gempak)

Aku ternampak kat blog sifu aku. Erk dah cerita masak mestilah Sifu gebu. Bukan Sifu ketak-ketak. Tapi tak ambil resepi dia sebab bahan tak sama. Aku main hentam ikut suka. Jom tengok. Ni betul-betul DERHAKA.

Bahan:
1/4 Agar-agar(Yang panjang-panjang tu)
Milo 3 sudu besar
Pewarna kuning(Ikutlah korang)
2 sudu besar Gula
1/2 cawan Susu pekat
500 ml Air

Cara:
Cairkan agar-agar kering dengan air.
Dah cair ambil 1 senduk agar-agar letak dalam mangkuk.
Masukkan pewarna dan gula ke dalamnya.(Yang sikit tu)
Yang lain masukkan susu dan milo. Kacau.
Sejukkan agar-agar kuning dan biarkan keras.
Dah siap, potong dadu.
Taburkan agar-agar ke bekas. Masukkan agar-agar milo. Tapis ya.
Sejukkan. Siap.
Tapi aku gedik. Kami iaitu dengan adik, telah menerap pelbagai bentuk.
Ala terap biskut tu.
Jadi macamni hasilnya.
Kanak-kanak sukalah! Memang tak senonoh rupanya. Tapi sedap!

Post by,
Miss Ran 

2 comments:

Aida Tamrim said...

Waaa... Menarik jeeee...Cam nak rasa jeee.. Leh ker ? Hehehe

Unknown said...

Rasa la bila da buat nanti..sedap

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers