CORETAN TERBARU NADH

Ikhlaskan hati

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku seronok boleh update dah. Hehe tapi busy tetap ada. Kenapa? Sebab sabtu ni aku terlibat dengan kursus LADAP. Latihan dalam perkhidmatan. Siapa kata rajin? Aku dan rakan sekerja rasa berbelah bagi. Nak pergi ke tak. Adat duduk rumah orang. Menumpang pulak. Jadi kami cuba merelakan diri pergi. Memang penolong kanan berkias-kias. Nak pergi bagus dapat timba ilmu. Tak pergi pun tak apa sebab awak belu bergelar guru. Jadi kami membuat keputusan untuk pergi!

Kita memang akan rasa terbeban kalau banyak kerja tapi pernah kita terfikir tak untuk ikhlaskan hati. Nanti semua benda jadi mudah. Percayalah. Aku walaupun tertekan nak buat lesson plan hari-hari tapi aku puas. Gembira. Sebab orang aplikasikan apa yang kita ajar. Bak kata Bro Ben masa buat segmen memang dia jenuh nak letak link, tapi dia berpuas hati dengan pencapaian dia kan? 

Kerja kita kena dengan hati ikhlas. Tak ikhlas tu yang bunuh murid, rendam sampai lemas. Macam-macam hukuman sebab cikgu tertekan. Cuba tengok hospital gila, berapa ramai cikgu kat sana? Siapa kata kerja guru mudah angkat tangan? Haha terpengaruh dengan budak-budak ni. Jadi cikgu memang kena tak malu. Nak menari, bercerita, menyanyi. Semua membuatkan kulit aku telah tebal. Aku dah buat semua tu dalam masa 3 hari ni. Korang percaya aku pemalu?

Memang pemalu pun. Sebab tu tak nak join gath. Malu. Tapi hari ni aku tak malu. Siap flying kiss lagi. Budak suka cikgu pun terhibur. Nak marah-marah buat apa? Penat je. Yang penting objektifnya tercapai. Lain kali aku nak ajar BI guna lagu je. Senang pandai. I love you teacher. Berebut nak kata I love tak tahan. Wah ramai peminat aku. Siap main kiss-kiss. Sah memang aku semakin tak malu!
Post by,
Miss Ran 

1 comment:

Tasha said...

hahaha.....siapa yang tak suka guru yang happening??? masa skolah2 dulu pun I suka guru2 yang buat anak murid rasa seronok nk belajar.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers