CORETAN TERBARU NADH

Mangsa fesyen

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ya isu kali ini adalah berkaitan dengan aku. Kenapa aku cakap mangsa fesyen? Aku memang sangat suka fesyen. Lagi-lagi pasal shawl. Dah banyak aku beli. Simpan aje. Kenapa? Kat hostel tak boleh pakai. Tempat aku  untuk mendidik guru bukan perempuan biasa. Pihak pentadbir yang cakap. Bukan aku. Memang susah jaga anak perempuan. Serius aku menanti untuk keluar dari sana. Tapi entah. Aku rasa baik pulak aku tercampak kat majoriti perempuan, melayu dan Islam. 

Semua ada pro dan kontra. Itu je aku mampu fikir dan fikir. Aku anggap ni takdir yang paling hebat. Banyak yang aku boleh muhasabah. Yang boleh aku syukur. Tapi aku tetap jadi mangsa fesyen. Nak dapat duit free, lepas tu shopping sakan. Tak kira mahal ke murah. Beli, beli dan beli. Untuk pakai tapi tak tahu bila. Fesyen sekarang banyak berkaitan shawl. Ya aku tahu. Shawl tak cukup menutup aurat. Jarang, pelik, warna yang terang, aksesori yang menarik perhatian.

Tapi aku suka. Entah bila aku berhenti jadi mangsa fesyen. Aku sangat berharap. Aku nak shawl labuh. Supaya aku tutup sikit. Errk boleh macam tu? Sila tampar aku kerana asyik mengikut fesyen. Tolong! Aku malas nak tampar diri sendiri. Ayah Ibu aku tak bising tapi aku tahu diorang tak suka. Wakaka aku pengaruh adik aku. Jahatnya aku. Ena jom tutup aurat tapi berfesyen. Erk boleh?
Post by,
Miss Ran 

3 comments:

fRaMe+LenSeS said...

boleh. nak berfesyen tadak salah. tapi kena la betoi2 ikut landas2 yang ditetapkan islam. tudung pakai2 jugak. tapi yang betulnya menutup dada kan?sekarang ni? ramai pakai, tapi.. arap2 kamu berjaya dalam usaha kamu. nadh doakan kamu.. ;)

♥sophie♥ said...

berfesyen tak salah asalkan menutup aurat bukan :)

Solihin Zubir said...

pakai tudung labuh, pastu lilit la dgn shawl.. heheh..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers