CORETAN TERBARU NADH

Aurat oh aurat

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Memang tak suka situasi begini. Rasa nak lesapkan diri sekarang jugak. Aurat tertayang tanpa sengaja.

Tadi aku turun tengok luar. Kot-kot hujan. Mestilah tak pakai tudung. Sebab jengah dari pintu dan memang tak berniat nak keluar. Sekali aku nampak lelaki motor besar kat depan rumah. Tengah senyum kat aku. Apakah? 

Muka serabai. Tudung tak pakai. Memang malu gila dan rasa berdosa. Aku jenguk dia ada lagi. Ada hal lah tu. Aku pun ambil kain batik tutp ala-ala perempuan melayu dulu-dulu. Sila jangan bayangkan. Malu sangat.

Aku pun datang kat dia. Rupanya tukang baiki laptop. Aku pelik kenapa tak bagi salam? Aku tak adalah tanya. Angguk jelah dengar dia cakap. Lepas selesai terus aku lari masuk dalam.

Sampai sekarang aku rasa bersalah dan malu. Senget. Mungkin dia dah bagi salam. Aku kan kat atas. Mana nak dengar. Serius pengajaran hari ni walaupun nak jenguk luar pakailah tudung.

Serius rasa berdosa. Kalau dulu-dulu kawan aku selalu gurau. Hah dia dah nampak aurat kau, dia kena kahwin dengan kau.

Aku fikir lama. Ramailah kena kahwin dengan orang yang membuka aurat untuk tatapan umum kalau macam ni. Pengsan!

7 comments:

AI said...

- sorang2 kat umah ke? cepat kunci pintu!

faizalnizam said...

larh. brother laptop rupanya. mungkin salam dia bagi tak cukup lantang kot.

Anonymous said...

haiyakk..
pengajarannye, ttuplah aurat xkire dmana berada
*tq atas peringatannya :)

K said...

maybe setakat salam orang depan pagar je leh dengar. mane lah tahu kan.

suka ayat last, hehe XD

ct kektus said...

pasni cuba pasang mikrofon depan rumah, hehehe

mas saari said...

kadang2 perkara macam ni kita tak alert kan? sama2 perbaiki diri!

Fasihah Supian said...

itulah, kadang rasa konfiden sgt xde org, sekali tue....

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers