ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Part 1 klik kat tepi sana ye. Selamat membaca=P

Ikmal mecuit pinggang isterinya. Terkejut Amy dibuatnya. Jeritan bisa menggegarkan jantungnya.
"Awak! Jangan ganggu saya boleh? Serabut tahu tak?" Amy terus ke bilik air. Hati bengkak.
"Abang gurau je," Ikmal terduduk. Pening memikirkan telatah buah hatinya yang lama dikenali. Pantas dia mengambil keputusan untuk turun bersolat di bawah.
xxxxx
"Mana Amy?" Abah menyoal. Ikmal tersenyum.
"Mandi. Nanti dia turunlah tu," Razak terus menepuk bahu menantunya.
Tak sangka akhirnya dapat juga dia menantu. Umur anaknya bukan muda lagi. Tapi liat sungguh bila perkara kahwin dibangkitkan. Kini terbuka hati anaknya menjadi isteri lelaki pilihan sendiri. Abah tersenyum gembira. Ikmal menyembunyi rasa.
"Ikmal, tolong panggil abang Lokman solat. Dia buat apa lama sangat kat luar tu," Dia hanya menurut perintah.
Keluarga isterinya kecil saja. Dua beradik. Yang tinggal nenek dan seorang makcik saudara. yang lain semua berangkat pulang. Esok baru datang untuk mengemas rumah bersama.
"Abang, jom solat," Ikmal mengajak perlahan. Lokman tersentak. Dia memandang suami adiknya lama.
"Kenapa abang tenung saya macam tu? Papa dah panggil tu," Lokman merengus.
"Kang lepas makan kita keluar kejap. Kau teman aku," Lokman berlalu. Ikmal terkebil-kebil sebentar. Penerimaan abang Amy dingin. Dia mula gusar.
xxxxx
"Mak, abah, kami nak keluar kejap. Amy tak payah ikutlah eh," Amy menjeling Lokman geram. 'Saja nak sakat orang'
"Orang tak nak ikut pun," Dijelirnya lidah. Mak terus menepuk bahunya. Kuat. Dah bersuami masih berperangai begitu. Abah hanya menggelengkan kepala.
"Boleh, tapi jangan lewat sangat. Ikmal tu baru je kahwin," Mak berpesan. Amy hanya memandang televisyen. Dia malas nak memandang suaminya.
"Tahulah mak. Anak mak pun tak kisah suami dia balik lewat pun," Lokman memandang adiknya. Amy hanya berpura-pura tak mendengar.
"Ada pulak tak kisah. Diorang pengantin. Inai jari baru pakai," Mak mula membebel. Lokman menghidupkan enjin. Ikmal hanya menurut. Hatinya berasa tak senang.
xxxxx
"Abang, kita nak ke mana?" Ikmal memecah sunyi. Lokman leka memandu.
"Tempat lepak. Aku ada hal nak bincang dengan kau," Kereta membelok ke sebuah Masjid. Indah sungguh.
"Kita kan dah solat Isyak tadi? Ikmal makin pelik.
"Siapa kata kita nak solat?" Lokman matikan enjin. Dia segera ke pondok berdekatan. Jemaah masih ramai berlegar di ruangan masjid. Ikmal mengikut sahaja abang iparnya. Debaran hati kian memuncak.
"Ada apa ni bang? Sampai jauh kita berjalan," Ikmal terus bertanya. Lokman senyap seketika.
"Aku bukan tak suka kau. Jauh sekali benci kau," Lokman diam semula. Ikmal menanti penuh sabar.
"Tapi, aku tengok adik aku tak gembira sejak family kau datang merisik tiga bulan lepas. Jadi aku harap kau faham," Ikmal sedikitpun tak terkejut.
"Saya faham bang. Saya tahu dia memang tak sedia. Tapi bila saya kenangkan kami dah lama kenal. Saya yakin memang dia hawa saya. Saya nekad beritahu keluarga. Cuma saya pun tak sangka secepat ini kami dinikahkan," Terang Ikmal yakin. Lokman senyum.
"Aku tahu tu. Kau kena sabar dengan perangai adik aku. Dia anak bongsu. Kami dua beradik je. Degil semacam sikit. Aku takut kau tak tahan," Lokman meluahkan rasa terpendam.
"Insyallah bang. Saya yang buat keputusan ini. Saya yakin saya boleh jalankan tanggungjawab saya sebagai suami. Usahlah abang risau sangat. Cuma, saya risau dia tak boleh terima hakikat lagi," Ikmal menunduk.
"Itu kau kena sabar. Dia memang macam tu. Mungkin sebulan dua ni kau layankan je karenah dia. Diapun bukan jahil pasal ilmu rumahtangga. Takkan selamanya nak memberontak. Cuma aku nak kau sabar. Tu je," Lokman menepuk bahu iparnya.
"Baik bang. Tunjuk ajar abang akan saya gunakan. Lagipun abang lagi kenal adik abang kan. Tapi saya nak minta pandangan abang," Lokman berubah riak.
"Apa dia?" Ikmal menarik nafas perlahan.
"Kalau saya nak pindah rumah kami sendiri, okey ke?" Lokman tersenyum. Tiba masanya adiknya berdikari. Isteri memang hak suami.
"Aku tak kisah. Aku rasa Amy pun takkan membantah. Dia bebas. Tapi kau kena cakap baik-baik dengan mak, abah. Biasalah kami dua beradik je. Yang penting, kau mampu sara adik aku tu bila berjauhan dari kami. Itu dah cukup," Lokman berdiri.
"Jomlah. Kita balik. Sorry ganggu. Lupa aku malam pertama korang," Sempat lagi dia menyakat. Tapi Ikmal langsung tak terkuis. Dia tahu Amy pasti menolak.
xxxxx
"Lambat awak balik?" Amy terpacak di tengah bilik. Langsir balkoni mengibar. Angin malam sungguh dingin.
"Abang sayang tu. Banyak kami borak tadi. Ramah dia kan?" Dibukanya baju tshirt. Dia rimas. Isterinya tak pula bersuara. Ikmal menukar singlet. Lebih selesa untuk tidur.
"Amy," Panggilnya.
"Amy, tidurlah. Lewat dah ni," Pujukannya tak berjaya. Ikmal pantas ke arah balkoni. Dilihatnya Amy sedang berpeluk tubuh. Mungkin kesejukan.
"Sayang, kenapa ni? Sejuk kat luar ni?" Ikmal betul-betul dibelakangnya. Amy senyap juga.
"Amy, please. Cakap dengan abang. Jangan diam je," Gelisah Ikmal. Diraihnya tubuh si isteri ke pelukan. Amy masih membeku. Mereka diam sahaja. Ikmal makin runsing.
Ps: Wakaka ni dah part 2. Macam mana ni? Tak habis jugak lagi=P Last la part 3. Jangan panjangkan lagi. Oh tidak!

8 comments:
ahahahahha. ai like.. ai like.. weee~~
nape yer si amy tu masam muka????
lalalala~
adakah dia.. tetttt..
ahahaha..aku cam nak meminati citer ni..dewaasa nye aku..
laaaaa, cepat sambung lagi. malam ni jugak, hehe XD
banyak tol idea die :D
cerpen suami isteri ;)
cepat sambung!! mencabar sungguh nak tgu2 ni
typo kat sini..."Ikmal, tolong paling abang Lokman solat"
Post a Comment