CORETAN TERBARU NADH

Dunia memasak

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Saja nak post lagi. Aku sawan blog weh. Ada dua lagi draft tak post. Serius angau sama blog. Tapi sementara hidup nilah nak share ilmu pengetahuan yang tak seberapa.

Aku salute kat PCM bukan nak jadi kaki kipas ke apa. Dia selalu post masakan. Tak kisah pun share resepi yang dia buat. Yang dia ambil kat blog orang lain pun dia backlink. Semua hebat memasak. Tapi satu je yang aku nampak kat blogger bernama Mat Gebu ni.

Tahu apa dia? Dia pandai menderhaka resepi. Ya kejam sangat perkataan tu. Kadang aku pelik. Kenapa orang tak berani nak ubah resepi yang ada. Kalau 2 cawan tepung. Tepat-tepat dua cawan dia letak. Dah doh lembik mula nak sedih. Tak jadilah. Keraslah. Buruklah.

Kita ada akal. Kita boleh fikir. Mana yang terbaik untuk masakan kita. Sebab nilah aku suka baca blog Mat Gebu walaupun tak banyak resepi aku cilok dari sana. Dia berani mengubah sesuatu tanpa tiru seratus peratus kat resepi. 

Mak kawan aku selalu cakap. Alah kita yang buat dia. Buat dia membawa maksud masakan kita. Kalau nak manis tambahlah garam. Kalau nak pedas tambahlah cili. Buat apa nak tiru masakan orang bulat-bulat. Orang macam tu penakut sebenarnya. Takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Kalau kita tak cuba macam mana kita nak tahu masakan kita sedap ke tak?

Macam kehidupan seharian kita jugaklah. Kalau kita tak berani nak mencuba sampai bila-bila pun kita ditakuk lama. Di bawah pimpinan orang. Mengikut telunjuk orang lain. Aku ingatkan diri sendiri jugak. Kalau suka jangan simpan. Cakap je saya suka awak. Haha gatal. Enough Iffah! Sekian=)

3 comments:

Nur Syahida said...

klu sy campak ja kak..haha lg mls

Solihin Zubir said...

heheh..blog mat gebu mmg seswai utk tatapan org yg nk cuba pelbagaikan skill resepi masakan.. hehe..

Sunah Mohammad said...

yezza~ macam tu lerr~

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers