CORETAN TERBARU NADH

Iffah Afeefah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hah entry ni bukan untuk memuji diri sendiri ke apa. Ni segmen pengenalan dengan kawan-kawan yang baru singgah kat blog. Nama aku, IFFAH AFEEFAH. Memang dalam IC macam ni. Jangan pulak ada yang mempersoalkan nama aku.

Serius rasa terhina. Bukan apa. Nama ni yang aku bawa selama aku bernafas di muka bumi. Nama aku jugalah yang akan ku bawa ke akhirat kelak. Tak ada nak cari publisiti letak nama gempak-gempak. Sedih okey bila ada yang tanya macam tu.

Aku tak salahkan dia. Aku cuma nak luahkan apa aku rasa. Mula berblogging memang aku tak nak guna nama sebenar. Aku ingat sini macam YM. Sekadar suka-suka. Tapi lama-lama aku sedar untuk apa guna identiti lain sedangkan nama aku punyalah baik maksudnya.

Aku terfikir sejenak. Orang panggil aku nama sebenar kan lebih baik. Nama yang baik penat ayah dan ibu aku beri. Tak kisahlah orang nak kata nama aku tak sedap ke apa. Tapi buat apa malu dengan nama sendiri kan? Jadi aku mula menggunakan nama sebenar kat FB dan blog.

Bagi sesiapa yang nak panggil MissRan pun tak apa. Aku tak marah. Percayalah inilah nama aku dan aku tak malu guna nama sendiri. Sebab Iffah Afeefah ada satu je dalam seribu. Tak percaya? Search google. Susah cari sebiji nama aku. Iffah banyak. Afifah banyak. Kau ada nama bunyi lebih kurang sama? Macam Izzah Izzati. Ada? 

Seronok pulak dengar orang panggil nama sebenar. Lebih mesra aku rasa. Haha apa pendapat korang?

6 comments:

Syasya Acing Mitchy said...

cantik nama kak Iffah Afeefah ^^

.fariza. said...

sedap nama tu. :)

Farah Hanim said...

hhi nice name. maksudnye pun cantik ^^,

Sunah Mohammad said...

sebab tu i panngil u iffah... ngeee~

cik pulau said...

hohoho..
cik pulau dah lama la tau nama sebenar ni.. lalala~^^,

fRaMe+LenSeS said...

wahhhh.. jerit cam peminat fanatik. :P

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers