ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hans seorang jejaka yang menjadi idaman ramai wanita gara - gara lakonan hebatnya yang persis superstar Bollywood iaitu Shah Rukh Khan serta superstar Rajnikanth. Sebut sahaja filem apapun yang dibintangi oleh beliau pasti filem itu akan meletup dan mencapai tahap box office walaupun kadang - kadang beliau hanya memegang watak tambahan yang kemunculannya tak sampai pun 10 saat.
Memang begitu ramai pengarah filem yang berebut - rebutkan si Hans untuk berlakon di bawah produksi mereka sehinggakan setiap poster filem mereka pasti diletakkan wajah Hans walaupun Hans masih belum memberi kata putus untuk berlakon dengan mereka. Ini membuatkan Hans bersikap takbur, angkuh, sombong, bongkak, berlagak dan sebagainya lagi kerana tahu khidmatnya ditagih ramai pihak.
XXXXX
Namun segalanya berubah apabila pada suatu hari, Hans ditawarkan berlakon dengan seorang gadis yang belum ada pengalaman menjadi seorang pelakon. Wajahnya comel tapi sayangnya gadis itu seakan tomboy. Hans melihat ke arah gadis yang penerbit maksudkan. Alangkah terkejutnya Hans kerana gadis itu sangat luar biasa. Bibirnya hitam pekat. Bajunya serba hitam. Rambut pendek siap bertopi. Sekali tengok pasti orang ingat gadis itu berjantina lelaki.
Hans tetap dengan egonya. Dia mahukan gadis itu sebagai pelakon pembantu sahaja. Dia tak sanggup berlakon dengan tomboy. Hans sudah tiada jalan lain. Penerbit tetap dengan keputusan mereka iaitu mengambil gadis itu sebagai heroin. Hans mula merancang sesuatu untuk mengenakan gadis itu.
XXXXXX
Percutian ke pulau Bali di Indonesia terpaksa dilupakan seketika. Dia sangat tertarik dengan rancangan yang direka khas untuk mengenakan pelakon baru itu. Babak pertama ialah di tempat kerja. Hans sebagai bos dan pelakon itu sebagai gadis Bandar yang dipaksa oleh bapanya untuk bekerja kerana masalah sosial gadis itu semakin menjadi-jadi. Hans sebagai Arash dan gadis tomboy sebagai Siti Zafrina @ Zaf.
ACTION:
“Yes, apa? Sejak bila ada temuduga ni? Saya tak tahu pun?” Bertalu persoalan yang timbul. Arash bengang. Semalam dia balik lewat dari disco. Lepas itu kena interview pulak. Setiausahanya sudah biasa dengan perangai Arash.
“Tapi bos, budak tu dah ada depan pintu bos,” bisik Amira.
“Yalah-yalah,” jawab Arash malas.
“Dik, boleh masuk ye,” Kata Amira sopan.
“Bos kau tak nak kerja ke? Menyusahkan aku je kena berdiri lama,” Kata Zaf kasar lantas menolak pintu dengan kuat.
XXXXX
“Hai cik tomboy, pandai jugak awak berlakon. No wonderlah penerbit beria nakkan awak. Rupanya memang kena dengan watak tu.” Gelak kecil.
“Hei jantan keparat, kau bajet kau bagus sangat ke? Aku tengok macam budak hingusan je!” Bidas si Tomboy.
“Jantan? Very funny. Habis ko tu apa? Minah ke mamat?” Hans gelak besar. Seronok rupanya bereperang mulut dengan si Tomboy.
“Peduli akulah. Yang penting tak ada aku tak jalan filem ni, ok!” Si Tomboy berlalu.
Hans tersengih.
“Jagalah kau minah tomboy. Aku ni Hans lah!”
XXXXX
“Mana Hans ni? Lambat lagi ke dia nak sampai?” rungut pengarah. Dia bosan dengan perangai Hans. Mentang-mentang popular.
“Aiya Ah Meng, apa lu susah hati sangat? Lu bagi wa alamat dia. Wa kasi hentak kepala dia baru dia ingat kita punya kerja. Amacam?”
Ah Meng mengangguk-angguk. Betul sangat cakap Si Melati ni. Oh bukan Melati tapi Lat.
Ketukan bertalu-talu dipintu buat Hans geram. Dia menyumpah seranah orang yang mengganggu tidurnya. Dalam keadaan mamai dia pun membuka pintu lantas satu penumbuk hinggap tepat di mata kirinya. Tersungkur Hans ke lantai. Hans sudah tak ingat apa-apa.
“Aiya Lat, apa lu sudah buat sama ini Hans? Lebam macam mana mau cover. Ini amoi sangat kuat,” Ah Meng mula membebel. Melati tak mengendahkannya. Hatinya sangat puas. Berlainan pula dengan Hans, sejak kena tumbuk dia asyik senyum je.
Mana taknya terkena penangan panahan cinta pandang ke? Entah ke berapa. Yang penting dari penumbuk terus ke hati.
XXXX
Sejak hari bersejarah itu, Hans cuba mendekati Melati. Habis tersebar gossip Hans ditumbuk. Tapi dia tak hiraukan sedikitpun. Yang penting hati Melati menjadi milik dia. Hans berubah 100%. Tak sangkakan? Itulah penangan penumbuk. Hilang semua keangkuhan. Jika ada tawaran berlakon Hans menolak jika tiada Melati. Hai ada juga perangai pelik. Tapi sehingga kini Melati belum Berjaya ditundukkan. Hans takkan pernah berputus asa. Dia pasti akan dapat MELATI SI TOMBOY!
Ps: Ni dari contest. Saja nak republish. Bacalah masa tengah bosan ni kan=P
6 comments:
mesti comel MELATI tu kan..hehe bestnye Hans asyik senyum je sejak kena tumbuk..kihkihkih ;D
kelakor pulak cite ni..hahahhaha~
haha..cam novel la plak ko tulis panjng2 gni..tapi best cite dia..
aku minat kwn ngn tomboi..sbb tomboi x jiwang..kalau jiwang pon, diorang suka sorok2 kan..haha
waaahhhhhh.. hebakkkk. hebakkkk.. ai like.. ihihihi
=)
nice...
Post a Comment