klik kat muka bro ketak-ketak okey |
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Wardina marah ketika ini. Mundar mandir menantikan kehadiran suaminya. Lama sungguh. Jam menunjukkan 10.00 malam. Deruman kereta membuatkan dia bingkas ke depan. Suaminya dipandang tajam."Abang, sekarang pukul berapa? Baru ingat nak balik? Abang ingat saya ni tunggul ke apa kat rumah ni? Saya isteri abang tahu?" Dia melepaskan marahnya. Suaminya masih terpinga-pinga.
"Tolong jangan marah tak tentu hala boleh tak? Abang penat. Baru balik. Tak malu ke jiran-jiran dengar awak duduk marah saya kat luar ni? Hish janganlah asyik ikutkan cemburu buta awak tu. Rimas abang!" Keras nadanya. Ditarik isterinya masuk ke dalam. Pintu sengaja dibiarkan buka.
"Abang cepat cakap abang pergi mana sampai malam baru balik? Abang memang sengaja nak naikkan darah saya kan? Saya tinggal seorang kat rumah. Dahlah tak bekerja. Sunyi tahu. Abang pulak balik lewat macam ni. Mana saya tak marah bang?" Dilampiaskan segala amarah. Suaminya masih senyap. Azrae segera mengambil sesuatu dalam keretanya. Dia malas bertekak.
"Selamat hari jadi, selamat hari jadi, selamat hari jadi isteriku, selamat hari jadi...Sayang, penat abang cari kek bentuk love macam ni tau. Tu yang lambat tu. Dalam kereta ada hadiah. Sayang mesti suka. Tangan abang penuh. Tak boleh ambil. Pergi ambil sendiri ya," Suaminya menyanyi sungguh merdu. Tangisan mengisi ruang. Ingin saja dia memeluk suaminya. Namun segera dia ke kereta mengambil hadiah. Terkejut bukan kepalang.
"Abang! Banyaknya coklat. Macam-macam jenis pulak. Abang, jangan kata abang pergi langkawi beli semua coklat kegemaran saya? Wah Fererro, Cardbury, Kisses, Daim, Cote De. Macam-macam ada. Abang! Saya minta maaf pasal tadi,"
Add caption |
Dengan juraian air mata segera dia memeluk erat suaminya yang berdiri di depan pintu. Sungguh tak sangka seharian suaminya mencari coklat pelbagai jenis hanya untuknya. Kasih ini takkan hilang walaupun api cemburu masih kian membara.
Tamat!
8 comments:
wah nice kot... romantiknya suami dia...
wahh!!!
putera idaman ku!!!
huk3
wahh..coklt..menimbun..makan puas tu..
itulah kero :P
p/s : pandai buat watak yang kena dengan jiwa, hehe XD
sweettt nyer,,,,.......
teringat nora elena marah seth
sebab tak belikn bunga ros :)
xabis lg aura nora elena..hehe..berangan blh..realiti jgn diharap sgt..hehehe..coklat mkn byk blh merosakkn gigi...:)
singgah bc n3 d sini...bc cerita ini...:)
http://akutetapaku85.blogspot.com/
hehe..suweeetnye..=.<
Post a Comment