CORETAN TERBARU NADH

Kenapa bawak beg?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Selalu kita tengok perempuan suka sangat bawak beg. Termasuk aku. Sampai kadang semua makanan boleh sumbat kat beg dia. Aku jugak. Kalau pergi tengok wayang benda wajib aku kena bawak cermin mata dan sweater. Kalau boleh bawak stokin aku bawak. Sejuk sangat. Tu ramai nak buat wayang tu.

Tapi kalau beg tu memang dah ada barang penting buat apa susah-susah tukar beg kan? Macam aku. Malas tukar. Pakai yang tu sampai terputus. Walaupun banyak beg lain. Haha tapi yang tak sedapnya masa keluar tadi. Aku kena teman ayah aku ambil kereta. Alah yang rosak hari tu.

Pintu tak boleh tutup. 700 lebih okey harga nak membayar. Katanya enjin pintu tu mahal. Gilalah! Mahal betul. Aku pun tukar baju, pakai tudung semua. Bawak beg biasa aku bawak. Sebab dalam tu ada IC, lesen, cermin mata. Semua penting bila nak memandu.

Jadi ayah aku dengan kejamnya menegur. "Banyak duit ke?" Aku pun jawablah. "Tak adalah. Kenapa?" Ayah aku gelak dia kata "Dah tu bawak beg kenapa?" Adoi. Geram sungguh. Ayat tak boleh kejam lagi. Salah ke bawak beg walaupun duit tak ada?

Hairan aku kaum Adam ni. Memang begini kot pemikiran diorang=P 

6 comments:

al_hakim said...

uit..kami cume suke yg simple2 je..hehe..cukup bwa diri je

Syazwan Che Deraman said...

bagi saya..
pelik jgak bila tengok pompuan tak bawak beg.

Sunah Sakura said...

ahahahhaha! biarlah kami nak bawak beg!!!

K said...

pompuan memang sinonim dengan beg XD

Cik Pulau said...

Kih3..
dulu seyes tak suka bawak beg..
g wayang pun bawak purse dgn enpon je....
masa tu.. purse terjatuh kat seat wayang.. hambekk.. naseb baek sempat perasan n carik balik, ada..
dermm..

lepas tu, g mana2 bawak je beg..
HAHAHAHA

Unknown said...

aku bawak beg lappy

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers