CORETAN TERBARU NADH

Perjalanan yang jauh

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hari ni aku bercerita pasal perjalanan pulak. Semalam kongsi. Esok tak tahu apa pulak. Yang penting aku penat. Sampai Melaka sudah. Tak tahu kenapa. Lama tak drive jauh kot. Jauh ke? Aku mengantuk. Dah macam-macam aku bawak untuk bekalan. Tapi tak cukup.

Macam kitalah. Perjalanan di bumi Allah yang besar. Banyak kita kumpul. Amalan yang pastinya. Kita rasa cukup tapi masih tak pernah cukup. Aku terfikir kalau aku mati tadi macam mana ye? Cukup ke amalan aku untuk bekalan? 

Nyaris bertembung dengan VIVA kalau terbalikkan perkataan tu? Tettt. Kereta tu keluar dari stesen minyak. Main masuk je jalan. Tak nampak kereta laju ke apa. Aku tak sempat hon. Aku elak terus pecut. Gila. Macam drift je rasa. Aku bawak 100kmj jugak tadi. Kalau tak dua-dua mati.

Mungkin ada hikmah. Yang lain kalau nak masuk jalan orang tengok kereta ada ke tak. Ni kalau JPJ test failed mandatori tau! Hish buat aku bengang je. Lesen terbang ke apa???

2 comments:

Sunah Sakura said...

heh, nanti jangan marah no kalau i tak pandai bawak... :p

Unknown said...

huk aloh..peringatan la tu kot..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers