CORETAN TERBARU NADH

Ada hikmah yang tersembunyi=)

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sebelum tu izinkan aku menyampaikan pesan kat JIRAN. Gedik betul nak melawat jiran Nadh oi! Okey, sekarang aku nak jawab soalan Cik Sunah yang baik. Tadi pergi KLIA hantar ibu dan ayah pergi jalan=)

Sekarang masuk topik sebenar. Aku nak cerita pasal perjalanan mencabar tadi. Ada baca entry pasal Allah sayang kita. Tak ingat siapa post. Tapi entry tu tulis ada hikmah kita terlanggar pagar dan terlambat. Kalau tak terlanggar tu mesti kita yang ada kat bawah trailer panjang. Siapa punya entry? Mengaku cepat hehe.

Seperti yang dirancang kami pergi ke KLIA. Masa ni ayah bawak kereta. Naik kereta perdana. Lebih kurang 5 km kami pergi isi minyak. Nak dijadikan cerita lepas beli makanan ringan. Pintu belakang sebelah aku tak dapat tutup pintu kereta. Dia macam tak lekat. Tak tahu kenapa. 

Jadi kami buat keputusan untuk patah balik. Kat highway hala Cheras memang jauh baru boleh U turn. Bayangkan aku asyik pegang pintu takut terbukak. Serius bahaya. Boleh tercampak tu. Tapi aku leka kejap terbukak sikit. Selamat masa tu slow. Ibu dah bising-bising cakap "Masa nilah kereta nak buat hal. Orang nak cepat," Aku pun ulang cakap benda sama. "Mungkin ada hikmah bu," Banyak kali juga. 

Sampai rumah dah pukul 9.30. Nak sampai airport pukul 10.30. Aku cadangkan naik Toyota Camry. Boleh pecut. Kalau Wira yang selalu aku naik alamatnya lewatlah sampai. Ibu berat hati. Aku kan tak pernah bawak kereta Toyota tu. Perdana pun dua kali je kot bawak. Kereta ni memang banyak lainnya dari kereta Wira yang aku selalu balun tu.

Antaranya, enjin tak pakai kunci. Guna tekan-tekan. Handbreak tak ada. Ada kat kaki. Gear ada manual dan auto. Memang banyak aku belajar tadi. Nak betulkan side mirror pun berhenti tepi jalan. Adik aku risau. Aku pun. Tak pernah bawak sebelum ni. Orang lain pun tak berani bagi aku bawak =)

Tapi sampai KLIA, kami dihalau dengan cepat. Ibu ayah aku risau. Nak betulkan seat pun tak reti. Terkial-kial jugaklah. Diorang dah beriya halau. Kata dah malam. Lewat sampai rumah nanti. Aku pun pergilah dengan tak tahu jalan. Tahu jalan pergi je. Haha ayah aku dah bagi ceramah tapi kami SESAT jugak.

Tapi mujur sesat kat Putrajaya je. Atleast dah dekat dengan rumah. Patut dari KLIA aku masuk simpang PICC. Tapi aku main terus je. Kereta meluncur dengan gembira. Memang best bawak kereta ni. Serius lain dengan Wira. Haha siapa nak beli Toyota Camry 2.4 digalakkan. Tapi minyak sendiri fahamlah ye.

Aku sesat lama jugak kat Putrajaya. Dah fikir nak telefon Sunah nak mintak no bro Ben. Takpun nak telefon Along Usop. Mungkin dia tahu. Tapi kami main redah je. Patah balik lepas salah masuk one way. Mujur tak ramai orang. Aku patah balik dan berjaya jumpa jalan yang selalu kami nampak. Tepi jalan nampak taman Cabaran. Eh betul dah ni.

Aku sampai dengan selamat. Adik aku sangat membantu. Aku punya pengalaman hebat malam ni. Harap ibu ayah aku tak risau. Kami okey di sini. Ibu dah pesan jangan keluar merata. Ada kes kecurian semalam. Rumah kena bakar sebab pencuri nak bakar CCTV sebenarnya. Terbakar rumah sekali. Ya Allah manusia akhir zaman. Hikmah yang aku dapat banyak.

Boleh memandu Camry yang diidamkan.
Dapat kepercayaan ibu yang selalu tak yakin bila aku bawak kereta.
Tahu jalan ke KLIA dan balik.
Boleh tengok Putrajaya waktu malam. Sangat banyak lampu.
Dapat hantar ibu ayah dengan selamat. Bila lagi nak berjasa kan?
Dapat tengok ibu ayah happy. Harap diorang tak risau kami. Selamat bercuti=)

1 comment:

Sunah Sakura said...

entry saya okehhhhhh!!!! ahahahhahah~

alhamdulillah... banyak hikmah yang tersembunyi.. :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers