ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Okey, inipun dari segmen bro ben. Dia memang bagi aku berfikir. Tanpa dia takkan senang-senang nak buat cerpen. Siapa kutuk bro ben aku tak tahulah nak kata apa. Segmen dia kitorang join. Kau kisah apa? Suka kumpul dosa free kan? Tak faham aku!
Ilham Bro Ben |
Para pelakon:
Ady perasan artis > Dia memang pelakon tetap filem aku.
Pak Cik Gebu > Dia tukang masak famous. Jadi kena letak.
Pak Cik Beng > Dia si ketak-ketak. Yang gambar depan sekali ni dialah=P
Pakcik Jambu > Dia empunya Sinchot. Suka baca
Pakcik Lebah > Banyak sangat lebah dia ada sampai terpaksa ambil dia berlakon dalam cerita ni.
Pakcik Angin > Sebab dia asyik mengeluarkan angin di mana saja. Selamat kat Alamanda tak=P
Pakcik Ustaz > Sebab suka dia melakonkan watak anak umi soleh=P
Pakcik Waca > Sebab kerja dia asyik nak belasah orang je haha (Gurau k, kang aku pulak kena)
Pakcik Janggut > Sebab? Adalah haha.
Ady mengeluh. Kekasih gelapnya telah diculik. Dia kecewa teramat sangat. Segera didail nombor rakan baikna iaitu Pakcik Beng. Dia mengharapkan keperkasaan Pakcik Beng mampu menghapuskan penjenayah yang menculik buah hatinya.
"Apa kena culik?" Pakcik Beng panik!
"Yelah, aku cuak. Tak tahu siapa boleh tolong," Serius nadanya. Pakcik Beng segera meletak telefon kemudian mendail rakan di gymnya. Sesungguhnya situasi begini memang rakan-rakan di sana sangat diperlukan. Pakcik Beng berjaya mengumpul 4 orang jejaka yang gagah menumpaskan penjenayah. Mereka ialah Pakcik Gebu, Pakcik Ustaz, Pakcik Angin, Pakcik Lebah. Masing-masing ada senjata tersendiri.
"Ady perasan, kau jangan risau. Kawan aku kuat! Diorang tak payah pakai sejata pelik lagi moden," Kata Pakcik Beng.
xxxxx
Mereka berkumpul. Ady pelik melihat mereka. Fizikalnya tak seperti Pakcik Beng yang sungguh ketak-ketak. Ady mengerutkan dahinya ala Faizal Ismail. Pakcik Beng menepuk bahu Ady.
"Kenapa kau bawak diorang? Tak boleh lawan punya ni," Ady risau. Pakcik Beng seakan mempermainkan hatinya. Jiwanya tak keruan. Kehilangan buah hatinya membuatkan jiwanya separuh telah hilang.
Kejadian itu berlaku di airport. Ady sibuk menanti kepulangan si jantung hati dari jepun. Siti melancong ke jepun hanya kerana musim bunga sakura yang digilai. Tapi sedang Siti dan rakan berjalan ke pintu keluar. Mereka ditahan dan ditarik masuk ke kereta. Ady belum sempat berbuat apa-apa. Dia terduduk. Hanya mampu memandang no plat kereta si penculik.
"Siti!" Ady jerit tiba-tiba.
"Hoi budak ni gila ke apa?" Pakcik Gebu sedang memegang sudip berkata. Geram menanti arahan Pakcik Beng yang tak muncul jua.
"Rileks, aku nak rancang strategi. Okey sekarang kita duduk. Bincang elok-elok. Si Ady nampak no plat kereta je. Itu dah boleh membantu sangat." Kata Pakcik Beng.
"Okey, Beng kitorang tunggu arahan kau je," Kata Pakcik Angin.
"Tapi apa yang korang boleh tolong?" Ady bertanya pelik. Mereka tergelak besar.
"Ady, kau jangan pandang mereka tak ada mata tau," Kata Pakcik Beng.
"Lah tengok badan pun dah tau. Kalah kita nanti," Ady sugul.
"Kawan-kawan ceritakan kehebatan kalian sekarang!" Pakcik Beng serius.
"Aku walaupun pakai sudip tapi aku juara masak memasak okey. Aku akan serang mereka dengan sudip berkuasa tinggi aku ni," Ady melongo. Terkejut! Cahaya bersinar-sinar dari sebuah sudip!
"Aku adalah raja Lebah. Kau tengok aku macam nerd tapi aku pengumpul lebah. Sekali aku bukak poket ajaib ni, beribu lebah serang penjenayah tu tahu?" Kata Pakcik Lebah dengan angkuh sekali.
"Ohhhhh, kau pulak?" Jarinya menunjuk ke arah Pakcik Ustaz berkopiah.
"Aku ustaz," Ady tergelak.
"Jadi?" Ady bertanya jengkel.
"Aku bisa mencairkan hati yang telah hitam dengan ayat-ayat suci supaya mereka sedar yang mereka telah terpesong dari jalan Allah iaitu jalan yang diredai.
"Dahlah. Aku dah tengok peta. Kereta tu menuju ke Damansara. Kita kena gerak sekarang," Pakcik Beng memberitahu.
"Tapi aku belum update blog lagi," Ady menyangkal.
"Blog ke Siti lagi penting?" Pakcik Gebu geram.
xxxxx
"Kau kenapa kau tak pilih aku? Aku lagi handsome dari dia?" Pakcik Janggut geram. Siti hanya senyap. Azlini disebelah ketakutan. Dia tak sangka yang si janggut yang menculiknya dan Siti.
"Aku tanya jawablah," Pakcik Janggut tengking. Terkejut Siti. Konconya yang lena turut terjaga.
"Apa ni bos? Dengan anak dara kenalah berbahasa sikit," Kata Pakcik Jambu. Pakcik Waca dan Pakcik Angin tersengih macam kerang busuk.
"Busuk! Siapa kentut?" Azlini jerit. Tak tahan bau itu. Semua berpaling kepada Pakcik Angin.
"Rilekslah, macam korang tak pernah kentutkan?" Pakcik Angin buat muka tak bersalah. Pakcik Waca sekeh kepalanya laju-laju.
"Adik Siti sayang, boleh nafas tak? Abang ada boleh tolong CPR," Gatal mukanya.
"Jangan harap. Saya rela mati tahu!" Siti jerit sekuat hati.
"Janggut, ganas juga awek hang ni. Pasai apa dia lagu ni? Orang nak bagi free apa," Pakcik Jambu mencangkung depan Azlini. Tertarik dengan kecomelan kawan Siti.
"Siti marah pun bukan ada si perasan tu nak datang. Abang handsome kan ada?" Pakcik Janggut sengih lagi.
xxxxx
Tiba-tiba terdengar azan. Kuat.
"Ada masjid ke kat sini Waca?" Pakcik Janggut bertanya pelik.
Masing-masing mengangkat bahu. Seraya melihat jam. Belum maghrib.
"Lebah! Lari!" Pakcik Angin menjerit.
Pakcik Gebu menghempuk sudip ke kepala Pakcik Jambu. Pakcik Ustaz masih lagi azan bagi menginsafi mereka yang lainnya. Pakcik Beng sibuk mengalahkan Pakcik Waca yang kurus sahaja. Ady berusaha menumbuk muka pakcik Janggut. Akhirnya mereka tumpas. Pakcik Ustaz menangkap dan mengikat mereka. Muka mereka bengkak kerana lebah yang beribu tadi.
"Siti tak apa-apa?" Ady bertanya.
"Tak, bang." Senyum secantik sakura di taman.
"Abang, Lini tak nak tanya?" Sengih
"Dah korang ni. Tak ingat dosa ke?" Culik anak dara orang lagi," Pakcik Ustaz memberi ceramah. Manakala Pakcik Beng melaporkan kepada polis. Baginya, biar polis saja yang menguruskannnya.
"Siti, terima kasih pilih abang," Ady senyum gembira.
"Siapa pilih abang?" Siti tersipu malu.
TAMAT cerita dongeng ini ditaja sepenuhnya oleh MISSRAN aka Iffah Afeefah. Aku suka baca cerpen sendiri. Tetiba je.
3 comments:
menarik :)
haha..itulah aku ygn sebenar..ehehe
intersting..kita x baca sampai habis sebab cite lawan2 kot..hahahha
Post a Comment