CORETAN TERBARU NADH

I think i love you part 3 Finale

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
"Lia, abang geram betullah," Zahra tergelak sendirian.
"Lia dengarlah abang nak cakap ni. Tengok, tinggalkan abang sorang-sorang. Merajuklah macam ni," Zahra gelak dari dapur.
'Bang, tak payah ikut jejak mak tu. Meh tolong Lia masak," Zahra tertawa sendirian. Bahagia apabila suami di sisi.
"Macam nilah isteri abang layan suami. Tak apa. Nanti abang minta petua kat Abang Salleh. Bini 4 dah tu," Sengaja dia laungkan. Supaya isterinya dengar.
"Apa bang? Malam ni nak terasa nak tidur luar? Silakan. Lama Lia teringin nak jadi bujang balik," Sinis. Adwi Zaquan meluru ke dapur dan memeluk mesra isterinya dari belakang.
"Apa ni sayang? Abang guraulah," Si suami memujuk.
"Dah, jangan kacau Lia. Orang nak masak ni. Kang perut lapar mulalah bising," Zahra serius. Bebelan isterinya umpama melodi yang menambat hatinya. Maklumlah baru kahwin.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Peristiwa lama membuatkan dia tertawa lagi.
"Abang, jangan asyik ketawa. Honeymoon kita tertangguh nanti," Zahra bersemangat. Adwi Zaquan ketawa lepas.
"Sayang ni kenapa? Semangat semacam je. Kita nak pergi kampung je. Bukan Paris ke apa,"
"Abang, kampung tu jauh. Paris naik kapal terbang sampai dah. Ni nak memandu kereta. Abang gelak je bila nak sampai?" Bebel lagi.
"Kan abang tengah memandu ni. Kalau Lia tak nampak tak tahulah," Sakatnya lagi.
"Abang! Geram Lia. Kalau Lia tahu abang macam ni, tak nak kahwin dengan abang,"
"Lia, menyesal dah kahwin dengan abang? 5 bulan baru," Serius.
"Abang, jangan fikir bukan-bukan. Bawak kereta tu. Kedah jauh. Bukan dekat," Zahra menutup mata tapi mulut tak henti berbunyi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bahagia milik kita akhirnya. Zahra menaip di diary online. Kisah percintaannya digarapkan menjadi novel. Ya kini dia menjadi novelis berjaya. Namun, kerjaya editor tidak dilupakan. Masih berada di naungan syarikat suami yang dicintai. Genap sebulan percutian mereka berakhir. Hadiah pertama mungkin akan disusuli dengan kedua dan ketiga.

Suamiku, saat ini benih cinta kita sedang membesar. Kau belum tahu. Aku masih tak tahu bagaimana mahu khabarkan berita ini. Sungguh aku gembira. Inilah bukti cinta kita. Walaupun cinta pandang pertama. Namun ku harap inilah cinta pertama dan terakhirku. Abang, anak ini adalah hadiah kerana abang hadir dalam hidup aku. Abang, harap kita akan bersatu di akhirat kelak. Sama seperti pasangan yang lain. Insyaallah bang. Doaku yang terbaik untuk perkahwinan kita ini. Oh ya, kalau anak lelaki nak namakan apa ya? Anak perempuan? Eh semangat sangat. Belum tentu lahir. Abang, I think i love you too...

TAMAT~~~

Ps:Nampaknya aku memang tak ada kerja. Ni entry penghabisan untuk cerita ni. Dulu ada buat. Tu klik atas tu. Nanti-nanti. Biarkan entry tu berhabuk. Baru ada kesempatan nak update.

5 comments:

fRaMe+LenSeS said...

waaahhhhh.. ati berbunga2 baca cita ni.. hehehe

Tuan Auz said...

hehe simple n sweet.

tapi nape Part1 tu macam tergantung ye? terus sambung part 2?

er ke saya blur?

Jer ... said...

huhu . mmg ada gaya lah :)

Tasha said...

not bad..... berbuai2 je perasaan baca citer ni. mesi ini angan2 iffah ea?

fardhilah said...

aduh.. gian baca cerpen awak bikin sy xbuat kerja kat opis. :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers