CORETAN TERBARU NADH

Kau pelik

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kau tahu tak kau pelik? Geram sangat bila fikir pasal kau. Kau kata suka aku tapi kau layan perempuan lain. Kau tak tahu ke aku ni cemburu? Kau baik dengan perempuan lain. Tapi dengan aku kau buat endah tak endah. Tapi kau kata hanya aku dalam hati kau.

Kau pelik tahu? Kau suka buat aku cemburu. Kau tahu aku cemburu tapi kau buat jugak. Bila aku tanya kau kata suka tengok aku cemburu. Kau suka? Aku tak tahu? Aku tak suka cemburu. Sakit hati menahan rasa tu kau tahu?

Kau suka cerita pasal orang lain. Kau kata dia bagus. Dia comel. Kau tak pernah puji aku. Kau asyik puji orang lain. Bila aku tanya kau kata dah dia memang comel. Aku senyap. Makin bengang.

Kau kata kau tak ada orang lain selain aku. Tapi kau senang-senang mesej perempuan lain. Kau kata tu kawan. Kalau kawan kenapa kena mesej selalu? Kau kata dia istimewa. Tak sampai hati tak balas. Tapi mesej aku kau buat tak tahu je kenapa? Kau kata aku takkan marah sebab aku kenal kau.

Kau memang pelik. Sekali aku makin tak suka. Sekali tu kuat perasaan aku untuk kau. Kau guna-gunakan aku ya? Kau jawab "Aah, aku bagi kau sedatif cinta. Buat kau terima aku seadanya," Aku hanya mengangguk lemah. 

Cinta memang pelik!

5 comments:

Sunah Sakura said...

mengangguk lemak????

qucachahir said...

ouh..pelik nye.. (??)
hehe..

Unknown said...

hehe..pelik2..aku pon tak paham ni

safwanmahzin said...

dah bape taunn???????

mas saari said...

tak pernah mengalami cinta pelik sebegini...huhuhu

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers