ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sesiapa yang tak mengikuti cerita ni boleh klik link kat sidebar =) Nak tamatkan dengan cepat.
Dua hari telah berlalu. Barulah Fareez tahu cerita perempuan yang kini menumpang di rumahnya. Itupun pembantunya Mak Jah yang memberitahu. Fareez mula rasakan sesuatu. Dia mendaki tangga. Ingin menjenguk wajah kesayangannya.
"Farihana, kau okey?" Fareez masuk ke bilik itu. Pintu dibuka sedikit. Risau timbul fitnah.
"Weh, aku malu dengan kau. Terima kasih sebab selamatkan aku. Terima kasih," Suaranya mula sebak. Tangisan memenuhi ruang. Fareez hanya tersenyum.
"Dahlah, simpan air mata kau tu. Aku faham," Fareez berdiri.
"Err weh.." Farihana memanggil. Fareez berpaling. Wajah gadis itu ditatap sebentar. Dia tak mahu digoda syaitan durjana.
"Aku nak balik. Tolong hantarkan boleh?"
"Boleh, apa salahnya," Senyum tak lekang. Namun berat hatinya melepaskan perempuan itu pergi. Tapi apakan daya. Takkan mahu simpan perempuan bukan muhrim lama-lama.
xxxxx
"Mak Jah, Pak Mat terima kasih jaga saya selama 3 hari ni. Saya terhutang budi," Dipeluknya perempuan tua itu. Rindu pada emaknya yang lama sudah kembali ke rahmatullah. Mak Jah menangis.
"Kalau senang datanglah lagi. Kami sunyi tanpa kamu nak," Fareez dah jeling. Cemburu pula mendengar kata Mak Jah.
"Dahlah, jom aku hantar," Farihana mengangguk.
"Weh, mak ayah kau tak kisah ke kau tak balik rumah 3 hari ni?" Fareez memecah sunyi.
"Mak dah meninggal. Ayah aku ada lagi. Tak apa. Kata jelah aku masuk hospital," Senyum. Perkenalan mereka penuh tragik tapi akhirnya berubah menjadi teman tapi mesra. Sehingga kini masih seperti itu.
xxxxx
"Mama, Reez nak kahwin," Mama kelihatan terkejut.
"Wah mama tak sangka akhirnya Reez nak jugak terima pilihan mama tu," Mama dah mula memeluk anaknya yang satu.
"Tak ma. Reez nak kahwin dengan Ann. Lama kami kenal. Tiba masa kami bersatu dengan ikatan suci. Reez harap mama terima," Fareez melutut.
"Mama kan dah kata mama tak nak terima dia sebagai menantu," Fareez tetap melutut di situ.
"Ma, tolong setuju. Reez sanggup melutut sampai bila-bila. Reez memang sayangkan mama tapi Reez sayangkan dia jugak. Dialah jodoh Reez. Tolonglah mama," Sebak.
"Lantak kaulah Reez. Mama tetap dengan pilihan hati mama," Dibiarkan anaknya melutut dari pagi hingga pukul 5 petang. Sehinggakan client datang pun tak dapat berbincang di pejabatnya. Terpaksa menggunakan bilik mesyuarat.
xxxxx
"Encik Fareez tak nak balik ke? Datin masih berbincang di bilik sana," Setiausaha mamanya menegur. Fareez hanya menggeleng.
"Encik, lama encik melutut. Apa kata minum dulu. Saya buatkan air ye?" Sunah bertanya lembut.
"Tak apalah. Saya okey," Sunah menutup pintu bilik bosnya.
"Datin, anak datin tu," Datin Rozana terkejut.
"Kenapa dengan dia?" Pelik.
"Ada melutut kat dalam. Seharian dia tak makan Datin," Datin Rozana mendengus. Anaknya sungguh degil.
"Fareez kenapa? Nak jadi anak derhaka?" Terkejut Fareez mendengar suara mamanya. Diangkat kepala sedikit supaya bisa melihat wajah mak kandungnya.
"Mama sekali ni je Fareez mintak. Selama ni Fareez turutkan kata mama. Sampai bial Fareez kena ikut telunjuk mama? Cukuplah ma. Takkan mama dan papa kena kahwin paksa. Fareez pun kena ikut jugak? Mama sanggup biar Reez derita? Macam mama derita dengan perangai papa dulu?" Fareez berkata perlahan. Dia tahu segalanya tentang kisah duka mamanya.
"Fareez! Jangan samakan mama dengan arwah atuk. Ini lain. Mama tahu anak mama akan bahagia dengan pilihan mama tu," Datin Rozana memeluk anaknya penuh kasih.
"Kalau mama sayangkan Reez, tolonglah setuju. Kalau tak, mama akan kehilangan Reez buat selama-lamanya ma. Please ma," Terkejut dengan kata anaknya.
"Reez! Apa istimewanya Ann di mata Reez? Sampai Reez sanggup ketepikan mama?" Datin Rozana bangun.
"Bukan ketepikan ma. Tapi Reez mahu bahagia. Reez bahagia bila dengan dia. Reez bahagia juga kalau mama dapat terima dia. Tolonglah mama. Lama Reez pendam rasa ni. Inilah masa sesuai untuk mama terima dia. Dia akan jadi menantu yang baik," Datin Rozana terdiam.
"Janji dengan mama. Kalau Reez kahwin dengan dia Reez takkan ketepikan mama? Tetap sayang mama?" Fareez gembira. Dia ingin berdiri. Tapi lututnya sakit.
"Reez janji ma. Kalau sekali dia lukakan mama. Sekali tu juga Reez akan ceraikan dia," Janjinya sungguh tinggi. Mampukah dia mengikut?
"Mari bangun. Mama tolong. Nanti kita pinang dia. Fareez jangan risau," Mama janji. Fareez terlalu gembira lalu mencium pipi Datin Rozana bertalu-talu.
xxxxx
"Kalau macam tu kita nikahkan mereka cepat-cepat," Ayah ketawa. Farihana hanya tertunduk malu. Siapa sangka Fareez juga mempunyai rasa yang sama. Fareez, terima kasih atas segalanya. Sungguh, hati ini milik engkau sejak dari dulu.
TAMAT
2 comments:
mama jgn bimbang mam..syurga totap dibawah telapakkaki mama
farihana dengan ann ni orang yang sama ke?
Post a Comment