CORETAN TERBARU NADH

Oh malunya!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Cik Pulau ada buat entry pasal malu semalam. Jiji pun buat pasal malu. Buat aku terfikir kejadian pagi tadi. Ada ipad sebiji terus up entry time tu jugak. Malangnya tak ada. Jadi malam baru teringat nak post.

Haha lupakan pasal berangan nak dapat Ipad. Netbook pun masih samar je ni. Aku pergi beli ayam goreng. Tak ada masa nak rehat. Budak kelas aku pakat ganti puasa. Jadi yang minoriti terpaksa berlapar sebab rehat dah terkorban demi habiskan kelas awal.

Aku pun tunggu depan kedai. Bersesak. Malas aku beli apa-apa. Aku tercegat menunggu member. Datang abang teknikal. Dia handsome. Tapi tak tahu dah kahwin ke belum. Oh aku tak nak mengorat dia. Jangan nak menggosip. Sekali dia berdiri sebelah aku. Dia tegur weh. First time ni. Terus nervous.

"Dik, nak bawak motor ke?" Aku terpinga-pinga. Apa kena aku nak bawak motor pulak. Dahlah berbaju kurung. Ada tayangan free pulak nanti.

"Tak adalah," Aku menghadiahkan senyuman paling manis. Pandang dia. Dia pandang aku. Aku pelik. Syok kat aku ke apa?

"Tu motor," Aku pandang motor betul-betul depan aku. Aku kira berdiri bahagian raga. Wah baru aku sedar aku berdiri depan motor dia. Macam mana dia nak naik. Aku malu. Terus sengih macam kerang busuk.

Malu gila kot. Tulah lain kali jangan berangan. Kan dah malu. Serius kalau dia tak bagitau memang aku tak sedar depan aku tu ada motor. Tercegat je buat apa. Malu kuasa 1juta!

Kalau malu buat biasa je. Jangan tunjuk. Petua aku ni berkesan okey=P

Sekian.

11 comments:

Sunah Sakura said...

adesss..u jangan malukan i iffah... :D

Unknown said...

opps..malu2...

Rawkzell said...

Serious agak malu :D

Cik Pulau said...

moral of the story..
jangan perasan..
hahaha.
oowwhh.. i malu...:P

K said...

malunya, hee~

p/s : hensem sangat la tu sampai terkoya XD

ct kektus said...

ayo, naseb baik brother ensem tu tegur elok2~

bila malu wat tak tau je, hehe

Cik Ajuera said...

u,,seiuss...malu laa u

Unknown said...

huk aoh wat citer malu jugak le tu..eheh

Admin said...

Hahaha .. adehhh ... malu kuasa satu juta tu .. tak tahann ...

www.hasrulhassan.com

suha said...

hehehe (^_^)

erk cik suha ade petua gak hehe jmput la terjah

Anonymous said...

tu la..len kali hati2 k.. kan x pasal2 besar kemaluan ko..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers