ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Mereka bertanya. Aku diam. Aku berfikir. Patutkah aku menjawab. Lantas kepala mengangguk tanpa sedar. Jadi aku membuka pekung di dada. Cerita lama akan terimbau kembali. Kalau boleh aku putarkan masa. Entahlah. Oh ya ini bukan cerpen. Ni kisah seorang kakak. Ya kakak sulung aku. Ada dua orang tertanya-tanya. Jadi aku kenalah menjawabnya.
Klik sini untuk cerpen khas untuk kakak aku. Aku karang masa betul-betul kejadian tu berlaku. Aku masih ingat lagi. Dua hari aku ponteng kuliah. Sampai kena panggil HEP. Kata macam-macam kat aku. Mereka hina aku. Mereka memfitnah aku menyalah gunakan sijil sakit orang lain. Mereka langsung tak ada empati kat aku yang hampir kehilangan ahli keluarga.
Sakit weh. Sakit lagi hati ni bila dia cakap yang mati biarlah mati. Yang hidup kena teruskan. Kau fikir sikit ayat tu bila anak kau mati pulak. Baru kau rasa betapa kejamnya ayat kau. Prihatin? Empati? Simpati? Perikemanusiaan langsung tak ada. Manusia jenis apa kau ni? Nak je aku cakap macam tu. Sampai dah bertahun-tahun kejadian ni dan aku masih belum bisa memaafkan dia. Sorry. Aku bukan sengaja nak berdendam. Cuma hati berat nak maafkan orang yang langsung tak punya belas kasihan. Korang doakan aku dapat maafkan dia. Kadang tengok muka dia pun aku tak ingin.
Sambung pasal kakak aku tu. Aku tak tahu kakak aku sakit apa. Lama dia koma. 3 bulan kat ICU. Sebulan kat wad biasa sampai doktor kata bawalah balik. Jagalah di rumah. Aku bergilir-gilir jaga. Dia sakit masa sebelum bulan puasa. Sampai masa raya pertama aku jaga dia kat hospital. Duduk berbaju raya. Raya di hospital. Best?
Sekarang dia boleh berjalan. Macam manusia biasa. Tapi apa yang pelik dia selalu cakap merepek. Selalu menjawab. Sampai rasa nak maki-maki. Nak tampar je mulut sebab melawan cakap ibu ayah. Tapi aku sedar tu kakak aku. Dia kata dia memang dah mati pun. Mati waktu dulu. Serius aku tak tahu nak kata apa. Sampai balik rumah pun malas sebab ada dia. Kenapa dugaan ni sangat berat Ya Allah? Aku harap dia akan berubah. Aku tak tahu setakat mana tahap kesabaran ibu ayah aku. Walaupun sihat tapi dia sakit sebenarnya. Sakit di dalam!
12 comments:
Mga dia cepat sihat n sembuh. amin.
tak baca lagi yang kat sana sebab nak habiskan baca yang kat sini..
tapi macam jangkitan virus ye masa koma tu? ade adik sorang kawan ni pun koma sekejap dulu, bila da sedar, tak macam dulu dah... lemah sikit dari segi fikiran dia... moga dia cepat sembuh ye u... bawaklah berubat kat Darussyifa'.. :)
sume tu ujian Allah pada kita..
Allah uji kita sebab Allah nak angkat kita ke satu tahap yang lebih tinggi.
sebab ada syurga utk orang2 yg sabar..
Allah nak uji samada kita layak ke tak untuk menghuni syurga tu..
Allah buat pemilihan..
sama macam pemilihan untuk masuk universiti..
Allah bagi ujian..
Allah tak pakai guna random.org..
err.. betul ke ni ai yg komen iffah??
cam tak caye.. huhuhu
ciannyee..berat sgguh ujian tu..mg dia akan berubah suatu masa nanti..amiiinn..
besar sungguh dugaan.
semoga parent miss ran masih mampu bersabar :)
sesungguhnya Allah menurunkan ujian bersesuaian dengan tahap kesabaran orang itu.
Kisah Iffah ni sama cam husband kak Fiza...yg ni kes azkutif dia yg x percaya sbbnyer member yang baik selalu cu AZ tu...kalau anak kak fiza masuk spital dia cakap kata husband kak fiza balik kg sbb tu cuti...ada sekali nenek kak fiza masuk ICU dia cakap kami sesaja ja nak balik kg...last sekali kak fiza ambik gambo nenek yang x sedarkan diri kat ICU tu hantar kat dia...kadang hairan dgn masyarakat kita ni x prihatin langsung...Wah panjang lebo kak fiza membebel kat sini eekkk...cam nak buat cerpen pulak...ha ha ha...sowi teremosi pulak bila baca cerita Iffah ni...apapun sabo jer lah dan bykkan doa agar kakak berubah...=)
sabar ye. ni semua dugaan..
kita yg sihat mesti cuba utk memahami
didoakan agar dia cepat "sihat dan sembuh"
kena ade yg bagi semangat lebih kat die tu..
doa banyak2 k .
"hmmm yg mati biar la mati.. yg hidup kena teruskan...." pedihkan beli dpt ayat mcm tu :(
fa terima ayat tu dari makcik fa sendiri .. coz fa still sedey dengan pemergian mak ...:(
Hi dear,
moga kamu sekeluarga kuat menghadapi dugaan yang DIA bagi. Ujian tak datang lebih dari kemampuan kita kan?
saya doakan...
p/s : kakak saya yang sulung dah meninggal.. betul2 meninggal eksiden... tragis je..=(
Post a Comment