CORETAN TERBARU NADH

Santau Menyantau

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Korang baca tajuk je takut nak klik kan? Aku tetiba teringat satu cerita. Pasal santau menyantau. Memang takut okeh. Bukan aku yang kena. Alhamdulillah masih kuat benteng. Tak nampak benda pelik lagi. Aku tak berani cakap besar. Kang kena batang hidung mahunya aku menjerit.

Setiap hari rumah aku akan pasang Tv agama. Sekarang pun tengah Imam Muda. Tapi bukan itu aku nak cerita. Ada satu rancangan pasal mengubati pesakit yang disantau. Memang mulanya aku tak rasa apa. Tapi tetiba aku terfikir, kenapa kebanyakannya ustaz yang kena ubatkan?

Padahal ramai ustazah kat sana. Mungkin ustazah uzur atau tak kuat melawan. Okey aku terima. Lagipun, tengah darurat kan? Tenaga syaitan dan jin yang merasuk tu kuat. Tak tertanggung kalau perempuan yang pegang. Tapi masalahnya kenapa kena rakam?

Buat rancangan ni bagus. Hal ini boleh sedarkan orang ramai pasal santau menyantau. Boleh tunjuk kaedah berubat secara Islam. Ya banyak kebaikan. Dia tutup muka orang yang dirawat. Memang bagus. Yang tak bagusnya masa perempuan tu meronta, kain baju kurung dia terselak.

Tahu aku nampak? Peha. Bukan betis tau. Jadi agaklah malu bila tengok video begitu. Cuba kalau orang dirawat tengok rancangan tu? Tak ke malu? Nasihat aku pada orang yang merakam dan edit video. Tolonglah cut bahagian yang melampau seksinya. Serius masa dia terkangkang aku tutup mata.

Tu perempuan yang tengok. Kalau lelaki? Uih banyak saham orang kena tanggung. Harap pihak berkenaan peka terhadap video tersebut=)

2 comments:

M Fizan said...

setuju2..tak pernah tengok lagi..tapi daripada makluman nie, boleh dapat dosa kalau nengok..hehehe

safwanmahzin said...

hermm..xpernah tgok rancangan macam ni..=)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers