CORETAN TERBARU NADH

Sikap patut dikikis

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Oh aku layan Imam Muda. Memang aku hairan. Banyak sangat blog update pasal Maharajalawak. Okey, aku mengaku aku tengok jugak. Kesimpulan, aku suka sepah dan jozan untuk minggu ni. Tapi itu bukan persoalan sekarang.

Ni pasal Imam Muda. Tak tahulah korang tengok ke tak semalam. Dia mengisahkan tentang diambang kematian. Ada dua jenis kematian. Satu yang dalam keadaan beriman satu lagi berpaling tadah dari ajaran Islam. Aku angguk. Betullah tu.

Bukan itu aku nak cerita. Aku tertarik dengan kata-kata pegawai kat penjara kot iaitu masyarakat selalu pandang serong kat banduan. Bila keluar, tak dapat hidup dengan normal. Sebab orang kita ni yang buruk sekali kita buat selamanya dia ungkit.

Macam mana banduan nak teruskan hidup dengan pandangan hina macam tu. Diorang pun manusia jugak. Kita pun ada je buat salah. Dia dah kena hukum pun. Kalau dah bertaubat lagilah. Apa hak kita nak hukum diorang pulak.

Aku teringat satu kisah, dia menagih semula sebab masyarakat tak terima dia. Masyarakat pandang rendah kat dia. Tak nak bergaul pun dengan dia. Akhirnya, dia masuk geng-geng penagih dan mula menagih balik. Siapa salah? Kita salahkan dia. Tapi kita tak beri peluang kat dia pun.

Kalaulah semua orang ambil berat pasal dia. Percaya dia. Bagi peluang buktikan dia dah berubah. Aku rasa kurang duit peruntukan bina penjara, pusat serenti. Hentikanlah rasa curiga masing-masing. Biarlah mereka menjadi manusia normal di kehidupan normal. Dosa dia biarlah dihukum sewajarnya oleh Allah S.W.T.

PS: Siapa tak pernah buat salah kan? Entry autopublish =)

2 comments:

Eera Shera said...

salam.betul sangat tu.kesian dorang kan.bila tak dapat sokongan, asik dihina je macam mana dorang nak teruskan hidup.macam la dorang aja yang buat salah. kita pun buat salah, cuma tak nampak di mata manusia jek. apa la hak kita nak menghukum orang lain. sedangkan kita sendiri akan dihukum ALLAH.

bersama kak Es said...

~mungkin sebab tu lah ada pepatah mencegah lebih baik dari merawat ...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers