CORETAN TERBARU NADH

Part 4: Ya Allah!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

"Ambulans sampai, cepat," Aku bersyukur. Kesakitan pada kaki sangat terasa. Lekas saja paramedik datang menyelamatkan aku.

"Adik, boleh bangun?" Aku angguk pantas. Bangun dengan menahan kesakitan. Terus saja aku baring. Terasa badan di angkat menuju ambulans.

Tangan dicucuk jarum. Sakit.

"Adik, saya tengah cari urat. Nak masukkan air ya?" Angguk aku. Dalam pada menahan.sakit aku terdengar orang bergaduh di luar.

"Macam mana ni bang?!" Seorang lelaki melampias amarah.

"Sabar. Bukan kita mintak kan?" Suara lain pula kedengaran.

"Saya patut ke Seremban. Ni kena patah balik uturn di Nilai pulak," Kecoh di luar. Aku terasa berat kepala. Segera memejamkan mata. Bantuan pernafasan diberikan. Aku terlena saat ambulans bergerak ke Hospital Tunku Jaafar, Seremban. Lenaku terganggu mendengar bunyi siren ambulans. Aku diam tak berkutik. Harapan segera sampai ke hospital.

*****

"Perempuan ni accident di highway plus. Kereta terbakar. Mangsa hanya seorang,"

Aku ditolak menuju ke wad kecemasan. Aku perasan ramai mata memandang. Malu menyelinap ke jiwa. Mana taknya. Rambut keras terbakar. Tudung hilang ghaib. Aku segera menutup mata semula. Malu.

"Adik okey?" Aku tersenyum.

"Okey,"

"Mana yang terasa sakit?"

"Kaki, muka, tangan. Pedih!"

"Okey rehat dulu," pantas tanganku diperiksa. Mungkin check denyutan nadi.

Kurang seminit terjengul wajah ibu tercinta. Muka kerisauan jelas terpancar. Aku cuba senyum.

"Ibu, sorry," Sebak. Aku tahu kereta takkan dapat diselamatkan.

"Tak apa. Yang penting Ipah selamat," Aku dipeluk sekejap.

"Muka Ipah okey, tak teruk sangat," Ibu meneliti semua luka. Baju masih dipakai.

"Rambut bu. Terbakar," Aku sempat mengadu.

"Tak apa. Nanti boleh tumbuh baru. Ni jelaga je ni," Aku senyum lega. Tak teruk agaknya. Aku bersyukur dalam diam. Ayah pula menyusul. Mereka meminta diri untuk melihat keadaan kereta dan tempat kemalangan. Sangka mereka aku tak teruk mana.

*****

Nota Iffah: Sebulan lebih kisah ni berlalu tapi otak masih ingat setiap rentetan peristiwa. Aku nak abadikan kisah 27.8.2011 dalam blog ni. Yang pasti ingatan takkan pernah lupa pada para penyelamat aku :-)

Ps: Dia diam buat aku gundah.
Published with Blogger-droid v1.7.4

13 comments:

Kira Sakura said...

pengalaman guru terbaik tuk masa depan...

guru yg menjadikan iffah lebih tabah menempuh hari mendatang...

aamalinaazman said...

T________________T
bile saat tawu kak ngah eksiden.
dari tu nak tawu sgt cm mane bole jadi
huuuuuuu

kak ngah sgt kuat!=]

Masz Mukhtar said...

Tak apalah. Atleast ada kenangan muka putih sebentar. Haha. Gudlax exam weh. Nanti tak tau, tanya Senin jawapan k.

fRaMe+LenSeS said...

isau tau dak masa tau kejadian tu..

PUCCAnis said...

Allah...alhamdulillah..dipnjngkan umur ya...syukur2..sy x tergmbar nk kate ape2..sbnarnye saat2 mcm ni la yg buat kite lagi dekat dengan ALLAH..:)

buku bertimbun blh dibace tp pengalaman jgk la yg sebenarnye byk mengajar kite..

tah knpe merepek kat sni..sorry..

Asyikin said...

baru tahu cerita nie dear :( kuatkan semangat, ramai lagi penyelamat dear akan dtg, including myself ! pinky promise ! :)

maszull said...

assalamualaikum iffah...itulah memori yg x dpt dilupakn sepanjang hidup ini moga iffah tabah dgn dugaan dr Allah ini...take care dear...:)

Dayang Deno said...

tak boleh bayangkan kesakitan ipah... ipah kuat....

reenapple said...

tabahnya awak dalam hadapi situasi macam ni.,.. keep the strength..=)

Addin said...

sangat tabah :) impress !

Alhamdulillah, takda apa yang teruk,

Eera Shera said...

lambat dapat tau psl ni dulu. tau pun masa ternampak kat blog jiji..gile ah tekejut..

moge cepat sembuh ek. semoga apa yg jadi dapat menguatkan semangat utk tempuh hari yg mendatang ;)

Nazz@Purple said...

dugaan allah..semoga cpt sembuh..

Nong Andy said...

ya iffah.. setiap peristiwa... sukar.. payah.. perit .. mengerikan.. atau yang sebaliknya. abadikan dalam blog boleh jadi tatapan kita sendiri juga. kita ingat dengan jelas masa ni. tapi bila masa berganti ingatan kita yang terhad dgn pertambahan usia.. byk peristiwa menjadi semakin kabur. bila kita dah 'ceritakan' dlm blog maybe suatu hari nanti bila kita lupa.. kita boleh ingat balik dgn baik semua peristiwa itu kan..

* masih byk n3 iffah aku teringin nak baca.. :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers