CORETAN TERBARU NADH

Bila hati dah...

Bila hati dah bosan semua jadi serba tak kena.
Bila hati dah rasa penat semua jadi tekad.
Bila hati dah buntu rasa ingin berhenti.
Bila hati dah lelah semua jadi muktamad.

Itulah yang berlaku bila hati dah mula penat nak berblogging. Penat nak update entri. Penat nak kerah idea. Penat nak cari pembaca setia. Penat nak kekalkan trafik. Penat nak jaga hati semua. Penat untuk sentiasa menghadap blog.

Aku tahu perasaan tu. Pernah rasa suatu ketika dulu. Kawan blogger ada luahkan rasa yang dia nak berhenti. Aku tegah tapi dia tak peduli. Siapalah aku ni kan? Tapi bila hati dah muktamad semua nasihat mana nak endah.

Aku tanya soalan satu je. Kau tak sayang ke dengan semua ni? Dia tak balas. Kalau aku, aku sayang dengan usaha yang aku buat selama ni. Bertahun nak dapat pembaca sendiri. Bertahun nak dapat seribu pengikut. Bertahun untuk ke tahap ni.

Jadi kalau rasa nak berhenti fikirkan semua ni dulu. Kalau betul hati dah tak nak, lepaskan dan jangan berpaling lagi. Itu je nasihat aku.

Ps: Dia tak boleh berhenti!
Published with Blogger-droid v1.7.4

7 comments:

maszull said...

assalamualaikum iffah...sentiasa fikirkn yg terbaik buat semua jgn bertindak terburu2 yer...

blog adalah satu cara utk luahan semua rasa hati dan peristiwa yg berlaku mahupun baik atau burukkn...^-^

selamat hari raya aidil adha iffah...:)

reenapple said...

YEe.. pernah jugak alami perasaan tu.. then terfikir, "Tak sayangkah aku pada usaha selama ni"...

keep blogging eh.=)

budak penjara said...

hati-hati dengan hati la..haha..selamat hari raya weh..blik klate dop??

JIJI YU said...

mu dok tanya dio ni kelik kelate ko dok im..dio tok ingat doh kelate ni lah mani

msredcheesecake said...

Msred akan berhenti blogging juga satu hari nanti, tapi bukan sebab putus asa atau bosan....

Salam Aidiladha....

mas saari said...

blogging just for fun je, jangan paksa diri sangat! ada idea update, takde idea rilek lah dulu...heheheee

aimie amalina said...

tetibe opah takot opah x de mood nk hupdate sebab dh sakit ni
wuuuuu...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers