CORETAN TERBARU NADH

Kerja jangan bertangguh

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Entri ni khas untuk diri sendiri yang sibuk sangat berblogging sampai lupa yang dirinya tertakluk kepada terma dan syarat. Eh tak. Sebagai student aku rasa aku dah tak study. Sibuk blogging 24jam. Apakah? Takkan nak jadi blogger tegar? Pengsan! Mana nak cekau beratus ribu nak bayar balik.

Lupakan hal itu. Aku nak beritahu assignment terakhir telah pun siap di print. Malangnya. Aku terpaksa bersengkang mata untuk pulun supaya aku dapat berdating dengannya dengan hati yang tenang. Haha siapa jelah eh. Tak tertanya? Tak nak bagitau. 

Hal praktikal masih belum selesai. Kenalah ada portfolio yang lengkap ye tuan-tuan. Kemalasan berganda. Jadi menumpukan pada tugasan. Kini tiba masa berdating semula dengan praktikal. Oh sadis. Okey, aku kena buat lagi 3 laporan. Refleksi? 2 ke 3 je kot. Malas taip bebanyak. Jurnal? Tamat sudah tadi. 2 sekaligus aku hentam.

Oh ya jangan tiru aksi ini. Mengarut! Siapa suruh malas. Moral of the story kerja jangan bertangguh. Nanti hidup tertekan lepas tu mula merungut kenapa aku hiduplah. Apalah. Sekian. Mahu menyambung kerja yang tertangguh.
Post by,
Miss Ran 


1 comment:

aliarosli said...

patutlah tunggu entri dari tadi tak update

busy rupenya

hehhehheheehhe, siapkan apa yang patut dulu

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers