CORETAN TERBARU NADH

Ada apa dengan Ustaz

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hah ustaz. Apa pulak tak pernah post pasal ustaz. Jangan tipu ya. Aku ada cerita pasal Ustaz kat sekolah masa praktikum. Sila ingat kembali. Saat aku mengiklankan dia. Ni semua idea muncul dari Ustaz Jiji punya entry tadi. Aku bukan tak suka ustaz-ustaz ni. Alergik? Agaklah.

Mana taknya ibu selalu sakat aku. Supaya aku kahwin dengan ustaz. Geram je. Mak siapalah tu. Dia kata apa salah ustaz yang tak suka sangat. Er tak suka? Tak adalah tak suka. Siapalah kita tak nak suka kat orang ilmunya dalam tentang agama. Ustaz kan cikgu juga. Dalam bahasa arab panggil cikgu ustaz ustazah.

Kira aku ni ustazah. Er geli! Haha tapi kita dah setkan mind dari kecil lagi yang ustaz ustazah adalah cikgu agama Islam. Tu je kita ingat kan? Ustaz selalu bawa imej baik. Macam Ustaz Amirul tu. Tak tengok pun. Jadi ustaz ni dipandang tinggilah kan. Kenapa aku alergik bila sebut ustaz?

Biar aku jawab untuk seorang cikgu tu. Kenapa perempuan selalu kata tak layak untuk ustaz. Ni pandangan je okey. Kang ada yang banned aku yang tak popular ni.

1. Imejnya yang terlalu baik. Yalah, ustaz. Imej dipandang mulia. Memang gaya suci je. Jadi orang takut nak dekat. Kata orang ustaz-ustaz boleh baca pemikiran orang lain. Jadi dia takut kantoi apa yang dia fikirkan. Aku pernah fikir begitu. Masa sekolah aku ada syok kat seorang ustaz ni. Aku rasa muka dia ala FITRI UNIC. Kiut tapi sebab ustaz aku cancel. Haha macam ustaz nak kat aku=P.

2. Ustaz skema: Ini selalu bermain di fikiran aku. Serius aku kalau jumpa ustaz. Tak kiralah mana-mana aku akan janggal. Sebab nampak nerd je.

3. Sebab ilmu agama dia luas. Buat kita rasa kerdil je. Kang buat salah kena ceramah panjang lebar. Ada yang tak suka ditegur even cara baik. Termasuk aku. Jiwa lembut hati batu memang susah terima nasihat. 

4. Ustaz membuatkan kita malu. Malu nak tunjuk muka. Sebab ada yang pandai baca orang. Takutlah kisah silam terbongkar. Kan sebaiknya kita tutup kemas kisah tu. Tapi dah kalau dia boleh tahu, macam mana?

5. Diri tak cukup sempurna untuk ustaz. Yalah aurat pun tak cukup sempurna lagi ditutup. Takut orang kata ya juga. "Harap lakinya kaki surau, bini dia 'telanjang' selalu."

6. Mungkin gaya hidup berbeza membuatkan ustaz bukan pilihan. Yalah manusia mana tak suka hiburan. Lagi-lagi perempuan yang nafsunya 9. Sibuk nak puaskan nafsu. Takut tak masuk kepala dengan ustaz. Kita borak pasal hiburan, dia tak layan. Dia cerita pasal hadis kita buat muka bosan.

Dahlah tu. Kang sentap para ustaz di luar sana. Aku bukan tak suka ustaz. Jangan salah faham ya. Aku cuma utarakan apa yang aku rasa tentang ustaz. Aku tahu ada ustaz otai. Kepala boleh ngam. Tu aku suka. Kawan aku walaupun kerjanya hafal hadis, tapi dia sekepala. Macam tu la aku nak. Ni tak dua puluh empat jam dakwah. Kadang orang naik rimas sebab ulang benda sama. Sukar nak puaskan hati orang. Ibu jangan doakan lagi dapat ustaz=P
Post by,
Miss Ran 

3 comments:

Sunah Mohammad said...

ustaz kena pandai tarik hati orang lain la gini..supaya tak 'ditakuti' untuk didekati..tapi didekati untuk tujuan baik ye, bukan untuk digoda...hehehe..

aliarosli said...

part, ustaz ilmu tinggi tue betul

rasa kerdil dan banyak kekurangan

huuuuuuuuuuu, part yang cakap boleh baca pemikiran orang pun ye gak

seram, tah ape kita tengah pikir

die tau je

ishiko said...

saya doakan qmu dapat ustaz nanti...
thehehee...~

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers