CORETAN TERBARU NADH

BEN ASHAARI KENANG MASA SEKOLAH

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
image
klik klik
Pada zaman sekolah dahulu, terdapat seorang remaja perempuan yang tinggal di asrama. Asramanya agak jauh daripada rumah. Peraturan ketat membuatkan dia lebih terkurung di dalam asrama indah permai itu. Setiap hari dia menjalani hidupnya yang bosan di asrama, sekolah, kelas, surau. 

Dia bukanlah baik dan bukanlah seorang perempuan jahat. Hanya sedang-sedang. Dia selalu mendapat nombor satu di dalam kelas. Bukan untuk berlagak tapi kelasnya memang rata-rata pencapaian akademik agak kurang memuaskan. Termasuklah dia. Dia suka belajar subjek katering dan penyediaan makanan. Baginya itu adalah hobi.

Setiap kali memasak, hasil kerjanya menjadi contoh. Setiap kelas mempunyai 34 orang. Jadi dapur tidak cukup menampung kesemua pelajar. Jadi kelas masakan dibahagikan kepada dua dapur. Setiap dapur mempunyai guru berlainan. Dia sememangnya suka memasak. Sehingga dia mengutarakan masalahnya iaitu tidak mempunyai teman memasak. 

Dapur disebelah juga ada kekurangan pelajar. Jadi dia membuat keputusan untuk berpindah ke sana. Namun, cikgunya keberatan. Dia pelajar kesayangan cikgu tersebut. Sehingga kini masih tersimpan cawan pemberian cikgu itu sebelum dia bersara. Rindu pula rasa di hatinya. Namun, guru di dapur sebelah sangat lembut dan baik. 

Setiap kali memasak, ramai antara kami akan menimbang sukatan lebih kerana makanan yang di masak akan dimakan. Jadi, ramai mahu makan lebih. Namun perkiraan mereka salah. Banyak masakan tak berjaya dilakukan akibat tamak. Dia suka belajar. Sehinggakan pada hari reunion sekolah, sempat juga dia bertemu dengan cikgu.

Sungguh cikgu-cikgu memasak sangat ramai. Mereka masih mengenali dia. Dia sangat teruja. Kini sudah tiga tahun berlalu. Sijil SPM juga tak diambil jua. Tunggu sampai ke pusat di Putrajaya gamaknya. Rindu belajar memasak. Kini bidangnya lari jauh dari apa yang dia belajar. Tapi dia tetap bersyukur. Tanpa sekolah tersebut, takkan ada dia di sini.
Post by,
Miss Ran 

3 comments:

aliarosli said...

masakk? ek? ok

tak suka

.::TAIKO ::. said...

masak? xsuke...
makan? suke...
jahit baju kurung banyak2..suke2..
heheh...

aynadys said...

Salam kenal. Dari blog BA. Cite yang menarik. Sudi jengah blog saya. Tq :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers