CORETAN TERBARU NADH

Dari Dapur Seri Iman 32

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sedar tak sedar aku dah menaip resepi bertimbun kat sini. Korang mesti dapat teka aku masak apa. Yelah sebelum ni aku dah bebel pasal benda tu kan. Tapi hasil mengecewakan. Haha janganlah sifu dengan muridnya tengok. Malu aku. Haha

First time buat. Lagi satu mixer tak ada. Aku jadi tak berapa yakin. Time buat whipping cream tu aku syok sendiri sampai dia jadi pelik. Aku rasa tulah punca kek aku jadi lembik. Tapi masih sedap di makan okey. Malu nak bagi kalian rasa. Esok dahlah nak jumpa blogger. Janganlah ada tanya pasal kek ni. Haha

okey edit lebih bagi cover kehuduhan
Okey kek apa? Strawberry cheese cake unbaked. Dulu aku pernah post pasal Blueberry Cheese Cake. Tapi tu dibakar. Mari kita tengok resepi yang aku ambil dari Dapur Tanpa Sempadan.


BAHAN:

200 gram biskut marie
80 gram mentega, dicairkan
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
6 biji strawberry segar, kisar halus
1 camca teh strawberry emulco
6 biji strawberry segar, didadu
1 1/2 camca besar gelatin halal (jenama nona je ada kat tesco tadi)
125 ml air suam
200 ml whipping cream, disejukkan (1 kotak kecil)
Strawberry segar untuk hiasan

kelihatan huduh. Belum siap lagi ni

Cara:
1. Kisar biskut yang dipecah-pecahkan. Cairkan mentega dan gaulkan biskut bersama. Masukkan dalam loyang dan tekan-tekan bagi padat. Sejukkan dalam peti sejuk.
2. Putar krim keju dan gula halu. Mixer tak ada pakai wisk. Hasil? Menyayat hati.
3. Letak strawberi kisar dan emulco dalam adunan. Kacau.
4. Dalam bekas lain putar whipping cream sampai kembang. Aku over putar. Jadi berair dan pelik.
5. Masukkan whipping cream dalam adunan keju tadi. Kacau.
6. Masukkan strawberi yang dipotong tadi.
7. Gelatin dicampurkan ke dalam air suam dan kacau sampai larut.
8. Masukkan dalam adunan kacau.
9. Masukkan adunan ke acuan yang telah disejukkan.
10. Tunggu 3 hingga 4 jam. Letak strawberi sebagai hiasan bila dah keras.



Malang sekali aku punya lembik. Tapi rasa dah okey. Tak tahu kenapa. Tak pernah buat kek macam ni. Pelik. Aku kecewa lantas buat resepi lain=P

3 comments:

NotY taPi SkemA said...

Lapar tengok kek nie..huhuuh...
dap ea.....:-)

Sunah Mohammad said...

dear...i buat jugak lah! nape sama? ahaha~ tapi tak siap lagi..hehehe...dalam peti... :p

aliarosli said...

waaaaaaaaaaaa, lembik pun macam sedap je

lagi2 ciskek

waaaaaaaaaa,nak ciskek! kempunan dah

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers