ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Pernah dengar tak ayat ni? Hehe lagu tu best kan. Tapi aku bukan nak sentuh bab lagu. Aku nak korang buat pilihan. Antara filem atau drama yang ada sepanjang korang hidup korang pilih yang mana dulu untuk tengok. Maksud aku filem dari negara mana. Korea? Jepun? Thailand? Malaysia? Indonesia? Spanyol? Filem orang barat sana? China? Filipina? Semua negaralah. Malas nak cerita satu-satu.
Mana korang pilih untuk tengok? Kalau aku, mestilah aku pilih korea yang bergenre romatik komedi. Haha aku suka cerita jiwang tapi lawak. I like. Tadi pun baru habis tengok. Tapi cerita tu 18sx. Cerita pasal kartunis dan penulis skrip. Jadi penuh kartun yang agak er... Fikir apa jelah. Aku takkan bagitau cerita apa. Nanti korang pergi download pulak.
Tapi cerita tu best. Sila abaikan kartun merepek kalau nak tengok. Sweet je. Dari kerja sama-sama terus bercinta. Tapi tulah. Cerita simple tapi menarik. Buat apa pening kepala dengan cerita kahwin lari, kahwin paksa, tangkap basah. Korea sentiasa ada jalan cerita yang membuat kita nak tengok berkali-kali.
Lelaki tu tak handsome sangat. Perempuan tu tak comel pun. Tapi entah. Mungkin penghayatan watak dan jalan cerita menarik tapi ringkas buat kita santai. Ni tak cerita hantulah, cerita ngerilah. Takut nak tengok. Korang pulak macam mana?
3 comments:
suke cite jepun~ :)
sy x kisah mana2 pun..
janji ada lawan2 n aksi maksi.. hehehe..
sama juga...korea...hehehehhehe. Jepun pun menarik gak....
Post a Comment